Wednesday, April 7, 2010

i hate we hate..

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer....

Sehat? x sehat? Aku, alhamdulillah, sehat jer.

Lately ni banyak jugak group² "WE HATE" yg di tubuhkan kat FB. Mcm cendawan tumbuh lepas hujan jer keadaannyer.
beberapa bulan yg lalu... kecoh di fb kisah seorang isteri yg menghina pompuan sarawak hanya kerana, suaminya main kayu tiga ngan perempuan sarawak tu. aku nk kata marah, x lah marah, nk kata aku suka, jauh panggang dari api kan. aku faham perasaan pompuan tu, tp yelah, dia tgh panas, so, terkuarlah kenyataan yang x difikir consequencesnyer. Sekali aku dpt tau, dlm hati dah terdetik, " agak² berapa lama pompuan ni boleh hidup?" bkn aper..bkn aku tuhan..maksud aku, kalau bkn melayu sarawak yg sanggup "buat" dia, heh..ramai lagi Iban, bidayuh, Cina even yg sanggup utk melakukan kerja terkutuk tu. Yelah, dia bkn sasarkan pada pompuan melayu sarawak jer..dia kater pompuan sarawak. then..gambar dia plak terpampang..even gambar suami dia pun org dah tgk. aper nk jadi atau aper dah jadi kat dorang berdua, tuhan jerlah yg tau. Aku on the other hand, berharap sesangat yg pompuan tu boleh ambik langkah bijak , mintak maaf secara terang & harap yg dia x di apa²kan.
Disebabkan perbuatan pompuan tu, banyak giler, group "we hate (nama pompuan tu)" ditubuhkan. Atas sebab² keselamatan negara, Admin FB telah men-delete group² tersebut kerana mempunyai unsur² kebencian or whatever. BTW, aku x join pun maner² group tu. eh ker aku join satu sbb nk baca komen? aku lupe lah..huhuhu

then baru² ni, kecoh pulak dgn status sorang budak berumor 13 thn. status yg agak kurang hajar dan komen-balas yg boleh memesongkan diri budak tu. na'uzubillah.
Nama budak ni Rafiqin Darwisy. pada hari pelawak negara meninggal dunia, budak ni dah letak status- "Al-F**k to (si polan)" astaghfirullah al-azim. then bile di komen, dia balas kata dia lah malaikat n aper² lagilah yg menjadi utusan tuhan kat dunia ni.
Mana silap nyer? Kata mak bapak x ajar? mustahil. Seteruk² mak bapak di dlm dunia ni, x kan lah sikit pun x ajar anaknyer supaya menghormati org yg dah meninggal. Salahkan cikgu? APERHAL LAK NAK SALAHKAN CIKGU??? x der maknanyer nk salahkan cikgu. unless dia belajar kat skolah setan then mungkin. tp tu cuma imaginasi sahaja. Pokok pangkal persoalan, semuanyer dtg dr dlm diri budak tu sendiri. Dia kata arwah tu suke kutuk org. Aku musykil, sbb selalunyer kalau arwah belawak pun, x pernah mengkhusus pada individu tertentu. ker arwah pernah kutuk budak ni dpn² btg hidung dia? wallahua'lam
Aper&sup2: pun, skang ni, budak umor 13 thn ni dah buat ramai org marah dgn kenyataan yg dia buat. Yg paling buat org sakit jiwe bila, budak ni dgn selamba dan eksennyer kata yg dia x takut sbb x mungkin org dpt carik dia. Hoh, nk tau cerita, semua org dah tau dia asal dr maner, skolah kat maner, n even ader gambar dia pulak tu.Sbbnyer, kawan skolah dia pecah lobang daaa...hahaha..rase kelakar pun ader. Tp, dlm kelakar dan geram tu, org x patut api² kan budak ni, patutn yer, nasihat, doa supaya dia insaf. Biar perbuatan dia, tuhan jer yg balas. sbb, bdk umor 13 thn, lagi dimarah, lagilah dia suka. Rebel phase lah katakan.Mana² group yg hate budak ni, aku x join.

Satu masalah masyarakat kita ni adalah cepat melenting. Next time timbul perkara² mcm ni, apakata, istighfar, cool down, kire 1-10, then kalau still terasa nk buat jugak group we hate ni, then silakan. tp bg aku, semuanyer, buang masa, sbb, adakah dorang akan terima kata² maaf dr pesalah laku tu? this happen with budak RD tu. bila dia letak status yg seolah menginsafi perbuatan lps, org kata dia jugak. dorang kata, dah terlambat..nk hukum dia sampai ke tahap mana? tahap nk putuskan kepala budak tu? mcm tu? kita yg kononnya mengaku Muslim sejati, nk buat mcmtu? Nabi Muhammad SAW ajar kita buat mcm tu? yes dia buat salah, yes dia dah malukan diri dia dlm FB. apalagi yg kita boleh buat. Nak paksa dia mintak maaf dgn keluarga arwah? Mungkin dia akan buat, tp atas sbb takut. bkn dgn rela hati. kan ker dah x ikhlas jadinya. So, pendapat aku, drpd kita melenting, marah² x tentu pasal kat budak tu, baiklah kalau kita doakan dia supaya terbuka hati dia untuk bertaubat. doakan supaya hati dia tenang dan boleh mintak maaf dgn ikhlas. kan lebih afdal?.ni x..sampai nk report polis..apa yg polis boleh buat kat Malaysia ni? dont get me wrong tp ada byk lagi keje yg polis boleh buat drpd habiskan masa marah budak bawah umor tu. fikir² kan lah. Jgn kita asek nk ikut jer..ada otak, ada akal sendiri mau ingat.

cheers
noreez™(^^,)

No comments: