Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...
Dua tiga harini..aku asek berfikir kan.. aper agaknyer yg akan jadik, kalau aku x jadi aku? Faham x maksud aku? Yelah..kalau aku jadik orang lain. Kire cam aku berpura² jadik orang lain semata² utk x menyakitkan hati org lain? Bagus ker macam tu? Will it make me happy? Most importantly, will it make everyone around me happy?
Orang kater aku memperlekehkan org, aku hina orang..orang maner yg aku hina? orang maner yg aku perlekehkan? Sepatutnyer aku berdiam diri dan buat bodoh walaupun aku sendiri yg diperlekehkan? Aku bukan jenis org yg suka balas dendam. Kalau x caya..cariklah Perempuan yang bernama Melissa Cashen yg aku pernah anggap sebagai musuh hidup aku sebelum ni. Tanyer dia..aper yg aku buat utk balas dendam kat dia? Sekarang, kalau dia dtg balik dlm hidup aku, bg salam, aku akan sambut salam dia ngan penuh rasa kesyukuran. Syukur sebab dah kurang org yg jadik musuh aku. Syukur sebab dia mmg pernah menjadik kawan aku dulu dan aku x nah terniat nk putuskan talian persahabatan tu ngan dia.
Aku x pernah jugak anggap yg diri aku lebih mulia dr orang lain sebab sesungguhnya, hanya Allah yg tahu hamba mana yg mulia dan berhak utk dipanggil mulia. Jugak, sebab aku tau siapa diri aku dan apa yg aku pernah buat kat muka bumi ni. So x payahlah korang nk ckp yg aku aibkan korang sebab nk tutup aib aku. That was not my intention on writing entry yg lepas. Tujuan aku tulis entry yg lepas adalah sebab seseorang yg mungkin x faham situasi aku pada masa tu, dah terkecik ati sebab aku x layan dia masa kat YM. Mmg aku terlampau sibuk masa tu. Bukan nk larikan diri dr dia x kirelah berapa banyak cerita bohong atau betul yg dia ceritakan..selalunyer bile aku mmg free, aku layan jer sesaper yg tegor aku kat YM. Biar lah org tu hidup miskin , susah, payah, hina, dina, rongak, buta, pekak..aku x kisah..aku x pernah menilai sesaper pun yg layak utk jadik kawan aku. Aku x pernah memilih saper yg bagus dan kaya raya yg layak jadi kawan aku. Kalau aku nk memilih kawan yg mcm tu..mungkin kita mmg x pernah berkawan sedari mula. Aku jugak x nah menilai kawan dr segi..ko dah kawen, x kawen , bercerai, menggatal ngan laki orang, kawen tp mcm x kawen. x aku x nah menilai sesaper. Sebab aku tau, aku sendiri x sempurna.
Cuma aku paling pantang sekali dlm setiap perhubungan seseorang dgn aku..jgnlah ader PEMBOHONGAN! Bende yg bernama pembohongan ni, x kirelah, kalau ko laki aku, kawan baik aku , adik beradik aku..aku mmg x boleh nk terima. Besar atau kecik pembohongan itu, ianya tetap pembohongan. Tuhan x tolak stengah markah utk bohong kecil dan markah penuh utk bohong besar. Betul x? Kalau korang nk menipu/membohongi aku, sila pastikan yg aku x mungkin akan dapat tau pasal hal pembohongan itu. Kirenyer, kalau aku mati hidup semula pun aku x mungkin akan tau yg korang bohong kat aku. Mcm tulah.
Apa² yg aku dah katakan dan x kire mcmmaner perasaan aku yg dah kena bohong ni, aku tetap x tolak korang ke tepi. Cuma aku akan ambik masa utk completely heal dan akan ambik masa utk percaya ngan kata² org yg pernah bohong kat aku tu. Itu jer. Aku x lari. Aku ader jer. Samada korang nampak atau x..terpulang lah.
Satu lagi yg korang perlu tau, aku cuma manusia biasa. Kedudukan aku dan kawan² aku dlm masyarakat, x penting. Kejujuran yg paling penting buat aku. Aku jugak punya hati dan perasaan dan ya..aku mmg seorang yg sensitif dan sangat mengambik berat ttg hal² berkaitan penipuan dan pembohongan.
Apa sebab aku buat entry yg lepas..pada sesaper yg terase..tlg tgk dan pikir balik aper yg korang buat yg boleh buatkan aku terasa sehingga mampu utk lempiaskan segala perasaan aku dlm entry² yg lepas.Aku bkn nk cuci tangan dan kata yg aku x bersalah dlm hal ni. Mungkin salah aku terlalu sensitif? From blog entry -pantun about kawan² dan ttg hal tenggelam timbul sendiri, masa tu aku dah mula terasa. Yelah..aku anggap org tu kawan aku, dan mana yg aku mampu bantu, aku hulurkan dgn ikhlas. Cuma, timing yg x betul dan kesibukan aku, jadik had dlm hal² kita berkawan. Jadi, bukan aku x nk mendengar rintihan seorang teman, tp Bg aku, hal² seperti ini, perlukan aku bertenang utk mendengar dgn ikhlas. Apaguna kalau aku iyakan dan tidakkan sedangkan aku x faham, apa pun yg sedang berlaku. Lainlah kalau korang terima jer iya dan tidak yg tidak ikhlas itu dan pretend ianya satu kenyataan , anggukan dan gelengan yg ikhlas, then its up to u.
Bg aku setiap apa yg korang lalui, yg korang ceritakan kat aku..bende² ni, aku anggap serious, in some cases, aku x boleh tdo kalau pikirkan betapa sedihnya keadaan kawan aku ketika itu. Mcm tu gak kalau aku tau yg aku dah sakitkan ati kawan yg lain. Bg yg dah faham ngan karenah aku, like Del, Lizz, KD, Cerap, Vin, Ekin mungkin tau apa yg akan terjadi kalau bende² mcm ni berlaku. Sebabnya, aku ambik setiap hubungan kawan² tu sebagai sesuatu yg kukuh. Bkn utk ditolak tarik bila perlu.
So kalau korang nk kata aku sombong, terpulang, kalau korang nk kata aku perlekehkan korang, hina korang, aibkan korang, aku mintak maaf. Dan aku x kan masuk campur lagi lam hal² korang lepas ni.
Sekian. Ampun dan maaf aku mintak pd yg terasa hati, terkecik hati terluka hatinya. Dr hujung rambut sampai hujung kaki aku mintak maaf.
cheers!!
noreez™