Thursday, July 4, 2013

Tak de title

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Harini saya x boleh nak pikir apa yg saya nk boh as a title. Agak lewat mlm tadi kami dikejutkan dgn berita pemergian seorang staff di tempat kerja encik suami. Bergegas encik suami dan beberapa orang rakan lain ke hospital.

Secara personalnya, saya kenal arwah. Beberapa thn yg lalu, sebelum arwah berkahwin, arwah kerap juga dtg ke rumah bersama seorang lagi rakan lain. Masa tu, arwah dan rakan lain tu, asyek bermain badminton. So terkadang tu dia crash kat rumah rakan tu. So, dr situ, kami kenal arwah. Walaupun x rapat, tapi, bila bertemu dgnnya, dia akan tersenyum. Isteri arwah pula, seorang cikgu di sekolah rendah tempat anakanda belajar dulu. Jadi, skali skala tu terlihat juga kelibat arwah di skolah.

Berita pemergiannya, somehow agak mengejutkan. Yelah, arwah ni sihat orang nya. Cuma dr berita yg saya dpt melalui encik suami, arwah baru sahaja lepas menjalani pembedahan membuang tonsil dan dia terjatuh beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital swasta. Hospital swasta tu pula, minta isteri arwah, agar dia dipindahkan ke hospital kerajaan setelah mendapat tau bahawa, arwah menghidap kanser darah(saya x pasti). Kesian. Kata wakil dr hospital swasta, mereka x punya pakar dlm hal itu.

Petang semlm, arwah diletakkan di bawah life support system. Kami x tau arwah dimasukkan ke hospital dan kami x tau yg arwah berada dlm keadaan kritikal. Bukan lah maksud saya kalau kami tau pun kami boleh buat sesuatu. Jika ada sesuatu yg boleh kami lakukan pun, jika tempoh pinjaman Allah untuk dia kepada kami sudah tamat, gunung emas pun x boleh nk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut. Wallahua'lam.

Sudah sampai masanya, sudah ajal dia, Allah lebih sayangkan dia. Antara kata2 yg pasti didengar oleh isteri arwah. Hatinya Allah saja yg tau. Anak2nya masih kecil. Yg paling tua pun 3 tahun. Masih bermain2 di hospital semalam ketika arwah ayahnya sedang diuruskan pihak hospital untuk di hantar pulang ke kampungnya di Johor. Apa yg dia tau. Mungkin dia tau, arwah ayahnya dah x menderita.

Saya x tau apa yg saya nk katakan. Apa yg saya tau, kita hanya dipinjamkan oleh Allah hanya untuk jangka waktu yang tertentu. Sesetengah org, panjang jangka waktu nya, sesetengah org pula, pendek sahaja. Sampai masa kita, sedang buat apa dan dimana pun kita boleh pergi meninggalkan dunia pinjaman ini. Marilah kita bersama2 hargai apa yg ada di depan kita. Kasihilah org tersayang dgn sepenuh jiwa dan raga. Bersyukur dgn nikmat yg tuhan beri walaupun sekelumit.

Saya doakan semoga roh arwah ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman dan dicucuri rahmat-Nya. Semoga ketabahan menjadi milik isteri arwah. Amin.


No comments: