Saturday, July 6, 2013

Kereta Tua

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini saya dan encik suami pergi mengambil kereta tua yg masuk hospital pada 16/6 haritu. Siap 2-3 hari lepas, so hari ini tadi kami berdua memulakan perjalanan ke Senawang. Kenapa jauh na kat Senawang keta tu? Mana x jauh, dia mati tgh highway nk ke Batu Pahat. Gearbox dia koma. So kena tow ke Senawang dan terus tinggalkan untuk di baiki.
Ni semasa kejadian rosak-16 June 2013

Dengan hati yg berbunga2 rindu kat kereta tua, kami pun mulakan dengan bismillah. hehe
Naik komuter dari Kajang. Dalam perjalanan ke Senawang, tiba2 tukang pomen telipon, katanye, sepatutnya turun kat Sungai Gadut. Mana kami nk pi tau kata kena turun kat Sungai Gadut. Ingatkan kedai nya kat Senawang, maka station Senawang la. So, sebelum sampai ke stesen Seremban, saya ni, ternampaklah Seremban Parade. So ckp la kat encik suami, wahhh.. kalau brenti kat sini, boleh gi Seremban Parade. Sebenarnya, saya kelaparan masa tu. So turunla di stesen Seremban. Kami teruskan perjalanan ke Seremban Parade. Nampak mcm dead je tempatnya. Rupa2nya, tgh renovation. Cuma ada McD, Pizza Hut dan Parkson sahaja yg buka. Apa boleh buat, nasib badannn. hehehe.. mkn la McD.

Selesai mkn, kami sambung perjalanan ke Sungai Gadut. Sementara tunggu train yg seterusnya tu, encik suami pulak kata nk ke toilet. So dia gi sorang2. X sampai beberapa minit dia ke toilet, train sampai. Hurmm.. Terlepas la.. tunggu pulak yg seterusnya. Lepakk!!

Sampai je train, kami naik, sehingga la last station, iaitu, Sungai Gadut. Stesen baru.. mmg cun gile. Tunggu pulak sampai sakit pinggang dan lutut berdiri kat luar stesen tu. Tunggu apa? Tunggu tukang pomen dtg ambik la.

Sampai ke kedai pomen. Alangkah sayunya hati melihat kereta tua dibiarkan tersadai di tepi jalan. Kedua2 tingkapnya dibuka. Pomen suruh try. Kami naik berdua.. hati saya sebak.. stop satu beat. KOTOR!! Minyak hitam tumpah kat seat belakang! Minyak hitam di alas letak kaki driver dan penumpang! Minyak hitam di bahagian atas kereta! Malah Minyak hitam terpalit di tepi sikat di dlm compartment!Sunglasses saya pun mereka ambik pakai! Apa niiiiii??? Ya Rabbi. Menyirap darah. Sedih. Pilu. Menitis airmata saya. Ini harta kami. Kenapa x jaga langsung?? Alasannya senang saja, rosaknya banyak.. so biasalah kereta jadi kotor. Saya akan anggap benda itu normal kalau minyak hitam x tumpah di seat belakang meninggalkan tompok besar. Kalau tuan2 dan puan2 mcm mana? Apa reaksi?

Sedih saya sepanjang perjalanan balik, saya bebel. Encik suami pun sedih. Tp dia x tunjukkan. Dia call kawannya yg punya Carwash. Terus bertanya, bolehkan dicuci seat belakang? Jawapannya, Boleh. Alhamdulillah. Terus balik ke Semenyih dan ke Carwash itu. Pekerja di situ agak skeptikal ttg minyak hitam tu, tp setelah dia cuci dan sental dgn special chemical, Alhamdulillah, tanggallah jugak sedikit kesannya. Di cucilah kereta tua, di snow wash kan, di vakum kan. Lega hati selepas itu.

So pengajaran buat kereta tua yg disayangi dan dikasihi, janganla buat perangai merajuk di tengah highway lagi. Agak kalau nk buat perangai, silalah buat perangai tu di kawasan sekitar semenyih dan lembah klang. Buat tukang pomen itu. Terima kasihlah kerana membuktikan yg anda semua tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Semoga perniagaan anda terus maju.

Selepas di perbaiki.. SPA-6 July 2013
So, until next entry.

No comments: