Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, July 6, 2013

Kereta Tua

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini saya dan encik suami pergi mengambil kereta tua yg masuk hospital pada 16/6 haritu. Siap 2-3 hari lepas, so hari ini tadi kami berdua memulakan perjalanan ke Senawang. Kenapa jauh na kat Senawang keta tu? Mana x jauh, dia mati tgh highway nk ke Batu Pahat. Gearbox dia koma. So kena tow ke Senawang dan terus tinggalkan untuk di baiki.
Ni semasa kejadian rosak-16 June 2013

Dengan hati yg berbunga2 rindu kat kereta tua, kami pun mulakan dengan bismillah. hehe
Naik komuter dari Kajang. Dalam perjalanan ke Senawang, tiba2 tukang pomen telipon, katanye, sepatutnya turun kat Sungai Gadut. Mana kami nk pi tau kata kena turun kat Sungai Gadut. Ingatkan kedai nya kat Senawang, maka station Senawang la. So, sebelum sampai ke stesen Seremban, saya ni, ternampaklah Seremban Parade. So ckp la kat encik suami, wahhh.. kalau brenti kat sini, boleh gi Seremban Parade. Sebenarnya, saya kelaparan masa tu. So turunla di stesen Seremban. Kami teruskan perjalanan ke Seremban Parade. Nampak mcm dead je tempatnya. Rupa2nya, tgh renovation. Cuma ada McD, Pizza Hut dan Parkson sahaja yg buka. Apa boleh buat, nasib badannn. hehehe.. mkn la McD.

Selesai mkn, kami sambung perjalanan ke Sungai Gadut. Sementara tunggu train yg seterusnya tu, encik suami pulak kata nk ke toilet. So dia gi sorang2. X sampai beberapa minit dia ke toilet, train sampai. Hurmm.. Terlepas la.. tunggu pulak yg seterusnya. Lepakk!!

Sampai je train, kami naik, sehingga la last station, iaitu, Sungai Gadut. Stesen baru.. mmg cun gile. Tunggu pulak sampai sakit pinggang dan lutut berdiri kat luar stesen tu. Tunggu apa? Tunggu tukang pomen dtg ambik la.

Sampai ke kedai pomen. Alangkah sayunya hati melihat kereta tua dibiarkan tersadai di tepi jalan. Kedua2 tingkapnya dibuka. Pomen suruh try. Kami naik berdua.. hati saya sebak.. stop satu beat. KOTOR!! Minyak hitam tumpah kat seat belakang! Minyak hitam di alas letak kaki driver dan penumpang! Minyak hitam di bahagian atas kereta! Malah Minyak hitam terpalit di tepi sikat di dlm compartment!Sunglasses saya pun mereka ambik pakai! Apa niiiiii??? Ya Rabbi. Menyirap darah. Sedih. Pilu. Menitis airmata saya. Ini harta kami. Kenapa x jaga langsung?? Alasannya senang saja, rosaknya banyak.. so biasalah kereta jadi kotor. Saya akan anggap benda itu normal kalau minyak hitam x tumpah di seat belakang meninggalkan tompok besar. Kalau tuan2 dan puan2 mcm mana? Apa reaksi?

Sedih saya sepanjang perjalanan balik, saya bebel. Encik suami pun sedih. Tp dia x tunjukkan. Dia call kawannya yg punya Carwash. Terus bertanya, bolehkan dicuci seat belakang? Jawapannya, Boleh. Alhamdulillah. Terus balik ke Semenyih dan ke Carwash itu. Pekerja di situ agak skeptikal ttg minyak hitam tu, tp setelah dia cuci dan sental dgn special chemical, Alhamdulillah, tanggallah jugak sedikit kesannya. Di cucilah kereta tua, di snow wash kan, di vakum kan. Lega hati selepas itu.

So pengajaran buat kereta tua yg disayangi dan dikasihi, janganla buat perangai merajuk di tengah highway lagi. Agak kalau nk buat perangai, silalah buat perangai tu di kawasan sekitar semenyih dan lembah klang. Buat tukang pomen itu. Terima kasihlah kerana membuktikan yg anda semua tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Semoga perniagaan anda terus maju.

Selepas di perbaiki.. SPA-6 July 2013
So, until next entry.

Monday, July 1, 2013

Hijrah

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Sihat ka? Saya doakan semua nya sihat dan berjalan lancar. Amin.
Saya dan keluarga, Alhamdulillah, sihat. Fizikalnya sihat la. Tp emosinya agak kurang sihat.

Semlm, 30 Jun, adik saya yg selama ini tinggal bersama saya dan keluarga, telah memindahkan dirinya. Bukan la dihalau, tp dia telah mendapat kerja baru di Lembah Petaling, so, nk x nk dia kena pindah. Lebih memudahkan begitu. Sedih ke?? Opkos kami sekeluarga sedih. Anakanda sedih, Encik Suami sedih.. saya pun sedih jugak. Yelah, sejak anakanda ke MRSM, kami tinggal bertiga di rumah ni. Skarang, dia pulak keluar, so, tinggalla saya dan encik suami berdua. X de la org yg nk dibahankan. hehehe

So, ptg semlm kami ke rumah baru adik tu. Agak cun jugak la. Dah siap dgn kitchen cabinet n built in stove. Quite nice. 3 bilik tdo dan 2 bilik air. Living room area pun agak luas jugak. Agak berpuas hatila dgn keadaan rumah sewa beliau itu. Setelah melepak skejap, dan meneliti apa yg patut dan apa yg tidak, kami pun beredar.

Mlm nya pula, masa telifon anakanda, saya pun bgtau la kat dia yg aunty dia dah berpindah, terkejut la anakanda saya. Siap menangis. Sian. Manakan tidak, adik saya itu telah menjadi sebahagian dr keluarga kecil kami. Apa2 yg terjadi antara kami, adik saya sebahagian drnya. Tp mmg x dinafikan la, keputusan adik saya untuk berpindah mmg mengejutkan kami sekeluarga. Walau apa pun, itu keputusan dia. Saya x kan bantah, kalau dia tau apa yg terbaik untuk dirinya sendiri.

Inilah dia adinda saya. Sengal2 saiko orangnya.
Until next entry.

Thursday, June 27, 2013

Baruku sedari...

Assalamualaikum n salam sejahtera.

Wahahaha.. barulah saya sedar, rupanya blog saya sangat membosankan. Lama saya x post gambar.

Okay, bg mewarnai blog saya, saya postkan beberapa gambar..

Daughter, Nephews & Nieces

Lavender Fields In Provence, France. Satu hari!

Ini saya akan buat bila pasu bunga di luar rumah saya pecah!=P

Ini Rules yg anda boleh baca sendiri...
Tadaaaa! Warna warni aidilfitri. hihihihi

Monday, May 6, 2013

Salam

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..

Laaaamaaaaa gilaaaaaaaa saya x update. Seolah2 saya lupa pada kewujudan blog ini. Saya x lupa.. saya ingat. Cuma saya kurang rajin menaip sahaja. Ada banyak benda yg saya mau ceritakan, tp, seperti yg saya ckp tadi, saya kurang rajin.

Salah satu peristiwa penting yg berlaku dlm kehidupan kami sekeluarga pd permulaan tahun ini adalah, Anakanda yg tercinta telah mendapat tawaran belajar di MRSM Batu Pahat Johor. Anakanda ditawarkan mengikuti program IGCSE-International General Certificate of Secondary Education. Bg sesiapa yg x tau atau kurang tau tentang IGCSE tu, ianya adalah Program Cambridge O Level yg ditawarkan di sesetengah MRSM di Malaysia. Batu Pahat adalah salah satu Maktab yg menawarkan program tersebut. Mmg selepas keputusan UPSR, anakanda apply program ini dan selepas proses temuduga dan exam yg dijalankan di beberapa MRSM, Alhamdulillah, anakanda terpilih. Maka, dgn linangan air mata, saya dan encik suami hantarkan juga anakanda ke Batu Pahat.

Ramai juga yg kata, anak seorang pun sampai hati nk di hantar jauh2.. hantarkan ke skolah biasa sudahlah. Bila sudah habis skolah nnt, barulah hantarkan jauh2. Itu kata orang. Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul. Anak saya. Anak saya seorang sahaja. Siapa kata saya sampai hati? Siapa kata saya seksa anak saya? Ini semua berlaku dan kami izinkan berlaku untuk masa depan anakanda. Semasa di sekolah rendah lagi.. saya mmg berhajat untuk anakanda dpt pergi belajar ke sekolah yg terbaik. Saya mau dia ke sekolah premier. Saya mau dia belajar dan membesar di dalam persekitaran yg saya sendiri x mampu untuk lalui semasa saya usai skolah rendah dahulu. Ini pilihan terbaik. Ini tawaran terbaik. Ini jalan terbaik yg Allah sediakan untuk anakanda kami. Syukur yg kami panjatkan. Alhamdulillah, x sampai sebulan, anakanda text saya, katanya mahu berubah. Berlinangan air mata saya. Anakanda mula pakai tudung. Keluar rumah berbaju menutup aurat. Apalagi yg perlu saya katakan? Saya dan encik suami sangat2 bersyukur ke hadrat Illahi. Kami sendiri perlu diperbaiki. Tapi tuhan beri hidayahnya pada anakanda. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekarang sudah masuk bulan yg ke 4 anakanda di sana. Kerap juga kami berulang ke Batu Pahat. Pencapaian anakanda mmg x boleh kami sangkal. Dia sememangnya anak yg bijak. Selepas Ujian Selaras 1, anakanda mendapat ranking ke-2 bg keseluruhan tingkatan 1. Masuk Ujian Selaras 2, keputusan menurun.. setiap mlm bila bicara tentang results, anakanda menangis. Ibu mana yg tahan bila anaknya menangis dan dia tiada di sisi untuk menenangkannya? Saya kuatkan semangat. Saya pujuk dia. Bukan lah teruk mana pun menurunnya keputusan dia.. gred masih lagi A, cuma contohnya: drpd 98 dia dpt 86. Itu sahaja. Anakanda seorang yg competitive when it comes to study. Itu kami tau sejak dulu lagi. Anakanda pernah "break down" satu mlm 2 bln lepas kalau x silap saya. Dia tertekan sbb terlalu banyak yg perlu dia lakukan. Saya x tahan bila dia menangis. Saya jadi marah. Bukan marah pada dia. Marah pada diri saya sendiri. Saya tiada di sisinya untuk peluk dan tenangkan dia. Sesungguhnya, Allah saja yg tau setiap kali anakanda menangis, saya mau berlari ke Batu Pahat. Itu Fakta!

Apapun, saya tau anakanda saya seorang yg sangat kuat. Bkn dr segi physical, tp dr segi psychology-nya. Emosi-nya. Dia memang kuat. Ketabahannya melalui setiap dugaan dan ujian yg dilemparkan sangat2 kami banggakan.

Itu kisah awal tahun ini. We're adapting well to this. It's strange sometimes, but adaptable.



Friday, June 1, 2012

The Smartness

Assalamualaikum & salam sejahtera sumer.

Today I'd like to share a few things about our beloved cat, Binky.

Binky is a female of 7 years-human years. I, especially love her with all my heart. This is the cat that'll greet me every morning, sit/lay down with me watching TV, and of course, the one that'll always manage to make me smile even in my worst mood.

Standing up on our comp's chair.

After 7 years together, we kind of knew how she'll react to certain situation, for example, if her food bowl was empty, she'll cling to you until it's filled. Same goes with her water bowl. The thing is, we thought we knew her well by now only to find out she'll surprise us even more. Take her water bowl, we used to think that if her bowl's empty, she'll push/pull it & placed it in the middle of the way just so we'd noticed it. What actually happen is, Binky will never drink her water if there's something in it. i.e, ants, her own hair, dust etc. So, to avoid the ants, hair dust etc, she'll push and pull her bowl with her paw just so those unwanted things in her water bowl move to the side so she can drink her water. That's why we always found her bowl in the middle of our way to the kitchen. How smart is that?? I was speechless when i saw that with my own eyes.

Another thing she loves to do is to stay in our room. Mainly becoz it's air-conditioned. We usually leave our door ajar, and this smart cat will try to get in but her head is too big to fit through that ajar-opened-door. What she'll do, she'll use her paws, stand on her hind legs and push the door wide open. Or if she's from inside the room, she'll just use her paw, pull open the door. Intelligent much! There's one occasion couple of years back if I'm not mistaken, she was "playing" with the door. The door wasn't close or anything, its wide open tho, she was so crazy over the sound of that door made banging against the wall, she kept banging that door. I, as usual, scream "Binky!!! Stop that!!" . Guess what? She stopped immediately.

Binky also, loves to sit on Encik Hati's chest while he reads every night before sleep. Why? We have no idea. Seems like a routine that she tends to follow every night without fail.

See that? Right on top of  his chest. 

Another thing that she never fails to do is to "teman" myself performing solah. She doesn't have to sit next to me while I'm at it, but just enough to be in the same room. There are times that she'll sit on the top corner of my prayer's mat. Doing nothing, just sitting there until I'm done. Encik Hati manage to capture some of that moments in photo. Once I'm done, she'll just stand up and move along.

I've had dreams of Binky leaving us. I sat up on bed crying. Honestly, I wouldn't know what to do if Binky is no longer with us.

May Allah grant Binky a long healthy life. Ameen.

The Smartness taking a break. =D


That's all for now. Till next entry.
Cheers!


Wednesday, May 30, 2012

Coti coti Sekulah..

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer.

How r u guys doing? Saya sekeluarga sihat alhamdulillah.

Last week, on Saturday, kami sekeluarga, telah pergi bercuti. X jauh pun, dekat jer. Kat PD jer. We have to go early this time becoz, this whole week, anakanda's school akan ada extra classes in preparation of UPSR. Kalau nk tunggu until last weekend of school holiday, takut nnt, penuh pulak hotel² di PD tu.

We stayed at Avillion Admiral Cove lagi. Actually, last month, saya & encik hati dah stay dah kat hotel tu. Tempatnya sangat BEST. The room is spacious, the environment is so tranquillizing. The hotel itself is located by the sea. Facing the sea, we can watch the sunset & rise every evening & morning. Green sea water. Not green with mud. But green as in teal green. So very beautiful.

Gambar ini saya ambik dr google image.
Since the last time we went, only saya & encik hati jer yg stay kat situ, so this time around we took anakanda to experience what we've experienced a month ago. Of course, she loved it. We only left the hotel to go out for lunch & dinner. First nite, we had Pizza. Not the pizza hut or domino's pizza but Tino's Pizza. The owner, an Austrian made his own pizza & ice cream or as he call it Gellato.I have no idea on how did an austrian manage to cook up or prepare an Italian food. Semenjak 7-8 years ago, we've never missed going to his place for lunch or dinner everytime we're in PD. Its one of our must go place to eat. He's a very friendly guy who speaks fluent BM. Well, he is married to a local. If u ever find urself in PD, u guys should try his Pizza & Gellato. If u are anything like me who loves authentic italian pizza, then give it a go. The shop is not a typical pizza place. Its very humble. And with tino's daughters all grown up, they turn the shop into, half eatery, half boutique. Or maybe boutique sounds a lil sophisticated, its more like a kedai baju & selipar. Do not fear the interior of the shop becoz the food is superb. And don't forget to try their ice-coffee too. Oh ya, he also bake his own bread.
This time I managed to grab some of his frozen bread. There's quite a variety of bread but unfortunately, we only get to buy his, Farmer's bread and caraway seeds & rye bread.

The round one is the farmer's bread & the oblong one is the caraway seeds & rye bread.
Okay, so nuff about Tino n his foods. hihi
On the second day, encik hati & saya went for  full body massage at the hotel's spa.. SUNGGUH syok! The lady who massaged me, is a very experienced masseuse. The ambiance in that massage room is so calming & relaxing. would really love to do it again bila ada peluang ke hotel tu lagi in the future. hehehe
That afternoon, took anakanda for archery & KMX ride. Semua activity ini pun dlm kawasan hotel jugak.  Glad that she enjoyed herself. Actually, kalau anda ada anak kecik around 5-12 thn, dorang boleh spend their time dekat Kiddies Corner where they have pottery lesson, beadings, card making, sand arts Play-station and much more. Swimming pool pun a very popular spot kat hotel ni.

Now the breakfast, quite a range of food served every morning. From our local nasi lemak, loh see fun, nasi beringin, mihun goreng, congee & a variety of its condiments, cereals, to western breakfast, fresh fruits and even cold cuts & salads.

Mlm pulak, after dinner, we went for a walk kat pantai. So therapeutic.

All in all, we had the most relaxing weekend away from the chaotic KL.

That's all for now.
Cheers!





Tuesday, May 22, 2012

Our Weekend

Assalamualaikum & salam sejahtera sumer.

How r u guys doing? Saya sekeluarga alhamdulillah sihat. Cuma anakanda sahaja yang agak kurang sihat. A lil coughing & running nose.

Okay, been wanting to write something on Saturday.. Sunday.. and even Monday but ended up with frozen fingers. hehehe

Saturday
Got up quite early for anakanda's school's outing. They went to UKM for some motivational talk and adik angkat programme. Left the school at about 7 something if i'm not mistaken n came back at about a quarter past 7 in the evening. She was so exhausted.

Sunday
Lately, there've been a whole bunch of directors(telemovie, drama & film) who did their "shooting" here. So on Sunday, 1 of the location manager came over to our house requesting on using our living room as part of the scene. So we have to do some spring cleaning just to find out later that they actually only need to use our living room the next day(Monday).

Monday
Anakanda didn't go to school for she was having a bad case of allergy. So she was coughing out really bad. Took her to the clinic. Got her some medication.. Anti-histamine & some asthmatic medication to be taken in case of emergency.
The drama crew came. Did their thing & leave. Nothing much on that coz all 3 of us were in our bedroom the whole time they were filming.

Today
Mr husband left for his company Training programme in Colmar Tropicale.
Anakanda didn't go to school again. Still having her allergy.

That's all for today.

Cheers!


Thursday, May 17, 2012

Spell-It-Right

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini, saya telah berjanji pada diri saya sendiri untuk buat lebih post utk blog saya ni berbanding tahun lepas. so chaiyok².

Sebelum saya teruskan dgn bercerita lebih panjang lebar tentang tajuk di atas, saya nk tanya, apa khabar semua? Saya dan keluarga, sihat Alhamdulillah.

Berkenaan tajuk entry harini, Spell-It-Right, minggu lepas, hari Sabtu, telah diadakan pertandingan tersebut dan  kami anak beranak bersama² seorang kawan baik anakanda telah pergi dan menyaksikannya. Bkn apa nk pergi tgk, anakanda telah menyertai pertandingan tersebut.

Kisahnya bermula begini, bulan lepas, kitorang dah dengar pasal pertandingan Spell-It-Right ni, so adik saya, dah pergi beli newspaper NST dan suruh saya isikan. Dia kata, nnt dia tlg faxkan. So mlm tu, isi lah borang penyertaan tu dgn harapan dapatlah anakanda terpilih untuk menyertainya. Lama jugak saya tunggu jawapan dr pihak yg menganjurkan sehingga terpaksa memujuk anakanda bahawa dia x terpilih & not to worry. Its probably there's too many people have already entered the competition. So, kami semua dah kira cam, x kisah lah. Alih² minggu lepas, hari Khamis, saya dapat panggilan telefon dr pihak penganjur, bertanyakan email address saya & org tu bgtau yg the event will be held on Saturday. WHAT?? in a matter of 2 days, we have to get our daughter ready for the biggest spelling competition in Malaysia and we're not even sure if she will be selected in the first place. Saya rasa, itulah hari yg sangat2 mengujakan. Terus call encik suami mintak tlg print out email tu. Lepas tu masa ambik anakanda balik dr skolah, terus gi jumpa cikgu English dia, mintak tlg coach anakanda di sekolah the next day.

Hari Khamis tu, anakanda balik jer dr skolah, terus practice dgn dictionary. Alhamdulillah, we have 1 of many dictionary yg akan digunakan utk pertandingan tersebut. Ours is Cambridge Advance Learner 3rd Edition. So ke hulu ke hilir la dgn dictionary. The next day, kat skolah, her english teacher only coach them(anakanda & another boy) for half an hour. Balik rumah, lepas mkn, terus proceed practice spelling lagi.

Come Saturday. Anak beranak bangun before 6 to get ready. Siap saya masakkan bihun goreng for breakfast. Yelah, kena la bangun awal. Semenyih ke Tropicana Mall tu bkn dekat. Nak² kalau jalan sesak. We dare not take the risk to be stuck in traffic, so by 7, we left the house. Picked her bestfriend up and we're on our way. Reached tropicana mall before 8. Masa sampai tu, ramai jugak parents, teachers and students yg dah sampai. Masing² dgn segala macam cara untuk menghadapi pertandingan tu. Selesai pendaftaran, terus cari tempat duduk. Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 10 barulah nak mula.

Masa anakanda kat atas stage tu, sayalah yg paling nervous. Siap menggigil jari ni. Alhamdulillah, lepas pusingan pertama dan kedua. anakanda telah berjaya terpilih sebagai finalist. Throughout the whole thing tu, terkeluar lah perkataan² yg x pernah didengar walaupun saya ni bolehlah dikira banyak jugak membaca. Nasib x menyebelahi anakanda, dia tersingkir di pusingan kedua final. Kitorang kira² dia no 7. Alhamdulillah la jugak. Dgn masa yg terhad untuk berlatih berbanding skolah² lain. Ini dikira sudah cukup baik bg kami sekeluarga. Anakanda dpt RM100 sebagai hadiah saguhati.

Inilah satu² pengalaman yg x mungkin kami akan lupakan seumur hidup. Dan tahun depan , Insha-Allah dipanjangkan usia, kami akan dtg lagi. =D

Cheers!







Sunday, June 19, 2011

Work.

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..

How u guys doing? Saya, seperti biasa, sihat la jugak.

Seperti biasa jugak, dah lama x update blog saya yg dah berwajah baru ni.. hehehe..sempat saya mencantikkan blog saya ptg semlm sebelum gi keje. Cantik kan? hahaha..

Saya nk citer pasal keje this time. Hari Sabtu yesterday, June 18, bkn seperti any other Saturday. I have to work. Its our centre sorta fun house. It was soo much fun having those students of ours having fun with english. We had, Line Game, Charade & Ghost games. U can really see it on their face that they were having fun. Every game however based on the using of verbs. They have to use verbs to play the game. Every students have to participate at least once. Even the quietest ones have the opportunity to join in the fun. I dont have to tell u about the chatterboxes. LoL.

The fun house starts at 10:30 & ended at 12:30. By the time it was over, I was all hyped out. Tired but fun. The whole thing was a success. The students demanded to have another session so our principal thought that it would be a great idea to do it again in the near future. Can't wait actually. hehehe..sounds crazy yes? but i really enjoy my work.

The thing with my work is that i have to be responsible to some students..ie a monitor teacher to 3 students from 3 different levels. Well of course i have to be responsible to any students that come to my table to learn but those 3 are in need of special attention. 1 in particular is this Malay girl. I would really love to see her move forward in her english class. She can read english, she can answer those questions in the worksheets but she doesn't understand any of it. Weird? No. She answer those questions by scanning thru the passage given. She read english for the sake of reading. Understanding it is still way beyond her reach. She is also the main reason I have to think twice, thrice about quitting my job for god sake! lol.

Ok, moving on. Today is Father's Day! So, Happy Father's Day to all daddies all around the world.

Last week, June 12th , was my 33rd birthday! Yes, saya dah tua!!! boohoo.. lol
We were in Genting n encik hati took me n Princess to Coffee Terrace for buffet dinner. My sister, gave me a Handbag n a cookbook, my MIL, gave me a house like key holder n my aunt gave me 2 recipes book. Then encik hati took us to bookxcess n got me 2 books by my fav author, Patricia Cornwell. Thank you everyone. I heart u guys so much. N my parents call me on my mobile to wish me happy birthday. Very much appreciated! Time kaseh mak & bapak for giving me this life. I love you both sampai kiamat!

Thats all for now. Till next entry.

Cheers!

Monday, March 7, 2011

Books~

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..

Pe khabar? Sihat I hope. Kami sekeluarga sihat alhamdulillah.

Sebelum saya start dgn title entri arini, saya nk citer sikit pasal perkhemahan Chek Ieja. Masa balik dr perkhemahan tu, dia penat sangat. Hari Sabtu tu, saya dan encik hati gi ambik dia kat skolah, pastu, kami tiga beranak ke Kenny Rogers dan selepas makan² dan jalan² sat, kami pun balik. Sampai kat rumah, Chek Ieja trus masuk dlm bilik dia, then tiba2 kuar dr bilik, nangis teresak². Terkejut beruk kitorang, so, tanyalah, kenapa nangis, rupanya, seluar dia hilang, baju dia hilang & bateri torch lite pun hilang. Adoyai! Sampai ati jugak org yg ambik tu. Tp, nk ckp pun x de gunanye kan. Bende dah jadik.

Ok..skang citer pasal title plak. Buku.


Kitorang anak beranak kan ske membaca kan. So bila dah abis buku dibaca kat uma, maka, mencariklah bahan bacaan. Beberapa minggu lps, dah beli few books each, then, bila habis dibaca, encik hati pun, terus ajak ke BookXcess kat Amcorp mall. Kat situ, mmg surga buku! Kalau boleh x nak balik. Chek Ieja, beli classic books, dia ambik, Wuthering Heights, Pride & Prejudice, Alice in Wonderland & Through The Looking Glass. Saya plak, pilih Sidney Sheldon - Rage of Angels & The Naked Face..ni adalah buku² Sidney Sheldon yg x der dlm collection saya. So sangat² happy bile jumpe.Lagi dua saya choose, Miss Hargreaves dan Love's Shadow. Encik hati plak pilih, Sherlock Holmes & Empire Rising.



Sangat seronok sbb de banyak buku nk baca.
Bila nk habis baca x tau lagi. Tp, selalunya, kalau free, boleh baca 1 buku sehari.






Friday, February 11, 2011

Filling up empty pots~

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..
Hehehe..tetibe terajin lak nk update blog..baru jer yesterday buat entry..arini masok plak.

Arini nk citer pasal pokok² bunga saya! Yay!!

Saya ni sebenarnya agak suka bertanam pokok munge ni. Cuma selalunye saya x berkesempatan nk ke nursery utk membeli pokok munge. Pernah beberapa kali saya ke nursery masa dok di Damansara dulu tp, saya jadik rambang mata. Saya end up leaving the nursery empty handed! Sbb saya x boleh made my mind on which one to buy.

Sebelum dok kat Damansara dulu, saya mmglah ada ber-tanam sedikit. Tanaman paling sukses masa tu adalah, Cactus bulat tu & pokok cili . Cili tu, berbuah..punye banyak..n i remember that nk bg bunga dia di-debungakan, saya sentuh pollen bunga tu dgn jari dan pindahkan dr satu bunga ke satu bunga cili yg lain. hasilnya, sangat memberansangkan. Sbb saya buat tu sumer, sbb x der insect yg nk tlg buat tu sumer..so saya buat sendiri proses tu.

Awal thn ni, parents saya kan ada kat sini, so mak saya ajak gi ke nursery n beli bunga sbb banyak jugak pasu kosong. So, saya, Dla(bkn nama sebenar), mak , bapak n anakanda ke nursery utk beli bunga, pasu, tanah dan baja. Kat nursery yg hidup segan mati x mau tulah saya pilih beberapa jenis pokok munge utk di tanam. Beberapa cactus, keladi menjadi pilihan. Sbb mak kata(bkn saya kata) tanam keladi bunga ngan cactus utk jaga rumah. Betul atau x wallahua'lam. Belilah jugak masa tu beberapa packs of fertilized soil. Pasu besar utk mengalihkan cactus bulat lama yg dah penuh dlm pasu lama tu.

Sesampai kat rumah, lps lunch, maka bermulalah operasi menanam semula dan mengisi pasu kosong kat rumah. Aleh² tanah x cukup..hahahak
Pergi balik ke nursery, beli tanah dan beberapa pokok dan pasu lagi! Gilak betol..dah kata dah, jgn ajak saya ke nursery!hukhukhuk
Then, siap tanam sumer dan mengemas kawasan dpn umah saya..nampak cantek dan berseri² jer. Ceria jer..hehehe
Then, few days lepas tu, when we were at the morning market, adalah satu lori yg jual pokok² munge kat situ. So, saya pun belilah pulak satu pokok munge yg diberi nama Al-Juga. Cantek sangat sbb munge² dia kaler purple halus².

Here's some pikcher yg sempat saya snap.

Pink Cactus milik Dla(bkn nama sebenar)

Red Cactus

Cactus Bulat yg dah di alih n di tanam semula~

Keladi Pink yg cantik..love the colors~

Sebahagian of munge² saya~


Sekian jer entry kali ni. Till next entry.

Cheers!

Saturday, October 2, 2010

Sempat Lagi kan?

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

First n foremost, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. fuuhhh..sempat ler nk wish. hehehe

Tahun ni lambat sikit nk wish sbb busy x hengat punye pasal. Bkn busy beraya or busy balik kampung tp busy yg lain. Raya ni pun macam x raya sbb satu rumah pun kitorang x pi thn ni. Cuma beraya di rumah MIL dr first day of Eid, sampailah ke hari yg ke berapa entah. Reasonnyer, Nenda Azlan telah gering sepanjang tempoh tersebut.

Then, hari Isnin hari tu, anakanda plak kena chicken pox. Yesterday plak saya start keje.

Oh..nk tanye u guys, ingat lagi x ngan majalah Dewan Pelajar? Masa skolah rendah dulu, bile dpt Dewan Pelajar, syok kemain lagi kan. Best sbb ada mcm² info berguna dlm tu. So, nk di jadikan cerita, a couple of weeks ago, yours truly, bought that mag for Princess. Well, I've always talk about how poor her BM was n thinking that its time to prepare her for UPSR in 2 years time,so the idea of getting DP seems like a good idea then. Its not all poor now(her BM), she've improved tremendously. Its not becoz of DP of course but we've been getting her Malay Teens Novels. Banyak jugaklah yg dia dah baca n her karangan mmg dah bertambah baik. Penguasaan kata kerja, kata nama juga dah makin bagus. Pengolahan kata pun better.Alhamdulillah.



Back to Dewan Pelajar. Dah 2 minggu saya beli majalah tu. Keputusannya, majalah itu, masih di tempat yg sama that I've left it for her to read n still in MINT condition, ie, x di baca langsung!

Geram pun ada jgk. Sbb kalau beli entertainment mag spt, Galaxie, Hot, Hello, mesti dia baca that instant front to back. Kenape ek sampai jadik cam gitu? sbb banyak sangat kena sogok ngan bende² tu ker eh? YANG PENTING, majalah DP tu x disentuh langsung. Kesian majalah tu, mesti rasa kecik ati sbb x der org yg interested nk baca. Or maybe if dorang paparkan isu seperti selebriti yg bermati-matian belajar just to inspire young readers then maybe it'll be as interesting. Then again they might not call it Dewan Pelajar.

Out of curiosity, do people actually call u lame if cought reading Dewan Pelajar. Back in my days, u'll be the coolest kids to have DP in hand. Then again, those were the days! Princess even made me kiss n hug her at home just so I dont have to do it in front of her schoolmates! She'll go berserk if I ever hug her or kiss her in public. The same idea only applies to parents kissing or hugging their kids but not necessarily applies to them. Oh yeah..they can kiss u or hug u whenever, wherever they felt like it. Ask n u shall get also does not applies to parents in public spot but MAY be done at home.But, Only when they felt like it too. No questions ask.

Apa² pun, saya dah x der idea nk type nih. heheheh

Sebelum saya mengundur diri, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Salah silap, kasar bahasa, halalkan makan dan minum. Thn ni x buat open house sbb rasa cam x appropriate lak nk buat open house. Perancangan dah buat awal² tp keadaan x mengizinkan.

Sekian till next entry.


Cheers!
noreez™(^^,)

Friday, August 27, 2010

Saya, tekak dan gigi!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

How u guys doing? Harapnye sihat sejahtera hendaknya. Lebih² lagi di bulan puasa ni jgn ada yg sakit sampai melarat. Dgn keadaan cuaca x menentu sumer kan. Kalau dah terasa x sihat tu, cepat² lah gi jumpe doktor. Jgn lah nk tangguh². Dah sakit, saper yg susah? diri sendiri gak.

Berbalik pada tajuk entry ni. Saya, tekak dan gigi! huhuhu..

Sebenarnya, few days before ramadhan, aku sakit gigi. Gigi geraham belah kanan, berlubang. Sakit gile. Selama ni aku dengar org ckp sakit gigi, sakit gigi, aku rasa cam overrated jer dorang nyer sakit gigi. Skali dah terkena dgn diri sendiri..mak aih! SAKIT GILER with a capital S. wahahaha..menangis gue sbb sakit yg amat. siap x leh tdo tau. Yg peliknyer kan, aku ni adalah seorang yg sangat menjaga kesihatan dan kebersihan gigi. Setiap hari, bangun tdo, lps mkn, sebelum tdo, aku mesti gosok gigi. siap floss lagi. mcm maner gigiku yg sungguh sihat ini boleh ade cavity???Saya x percaya!!!Tp kena percaya gak, sbb dah jadik dah. then imagine lak..lubang tu dah membesar dan menyebabkan satu gigi tu dah tinggal half. the other half..decayed.Unproper decayed plak tu. tajam dan menyucuk bahagian pipi di sebelah kanan tu. Peritnyer tuhan jer yg tau. Siap tanyer my SIL, camner nk buat, boleh gi cabut ker gigi yg rusak tu? dia ckp, doktor x kan cabut kalau sakit sangat. Dia akan bg ubat utk kurangkan sakit sebelum dia boleh cabut. So tangguh dulu lah misi nk mencabut gigi geraham tu. Beberapa hari lepas tu, ok..kuranglah sakit. maybe I just get used to that stinging pain.

Seminggu lepas tu, tekak gue lak sakit. Merah jer kat bahagian belah kanan, sebelah uvula tu. Dang! beberapa hari leh tahanlah..masuk hari ke-3, x tahan beb. sakit dah sampai infect my right ear. Gi jumpe doktor, doktor bg antibiotik, panadol dan lozenges. Yg peliknyer, lozenges yg dia bg tu adalah utk cough relief. Aku x batuk pun. Cuma sakit tekak in which aku rasa disebabkan oleh gigi tu. Maksud aku, bakteria yg ada kat gigi dah pindah ke amigdalas gue. dan seperti biasa, telinga dan tekak mmg somehow linked. so telinga pun terasa skali lah. 3 hari mkn antibiotik dan panadol(i skipped those lozenges sbb aku x batuk) akhirnya, kuranglah sakit tekak itu. yg meresultkan aku beberapa hari ponteng puasa sbb nk kena minum air utk lembabkan kawasan tekak supaya kurang sakit. Doktor plak, x ckp langsung pun sbb ape leh sakit tekak aku tu. Geram betol. Nk mkn pun susah. nk MINUM pun susah. But Alhamdulillah, dah ok lah sikit tekak aku skang ni.

Hari yg gi jumpe doktor tu call lah mak aku. Rupanyer, mak pun demam kat kuching. Sian mak. dahlah demam, kaki dia bengkak lak tu. Lutut dia sakit. Apparently, mak punyer aper eh, that stuff yg cushion our knee tu dah kering. Kesian mak. Lagilah sakit lutu dia. Then doktor bg some medication utk generate balik bende tu. so Hopefully bende tu leh bertindak cepat. Sbb kesian kat mak kan, nnt x leh nk berjalan².Ooo..doktor ckp mak kena turunkan berat badan dia. Samalah cam anak dia ni. Hahahaha. Masa ckp ngan mak tu, nangis² arr..rindu nk jumpe mak ngan bapak. Yg tambahkan lagi kerinduan tu sbb dah dkt nk raya. minggu lps hati rasa sayu..yelah, thn ni kitorang beraya kat PJ. Thn lps dah balik.Insya-allah thn dpn lah pulak baru nk beraya kat sana. Tp x per, mak, bapak n Ferry(my youngest brother) will be coming down this december. So x lah terasa sangat tara nk tunggu thn dpn. then bln 6 thn dpn pun insya-allah mak, bapak nk dtg lagi. sbb kitorang nk gi holiday ke Langkawi sesamer. Akulah yg ajak mak skali. then mak ckp, sepupu kitorang skang dok langkawi. Ikut suami dia keje situ. Dla(bkn nama sebenar) pun akan ikut gak. Insya-allah! Perancangan kitorang jer tu. Terlaksana atau x tu ketentuan tuhan.

Anyway, panjang dah aku cerita ni. Lenkali sambung lak.

Selamat berpuasa. Semoga segala ibadah di bulan mulia ini berjalan lancar dan di rahmati Allah hendaknya. Aminnnn.

cheers!!
noreez™ (^^,)

Monday, May 10, 2010

Mums Day!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Happy Mother's Day to sumer ibu² di seluruh dunia ni.

Arini aku bgn tdo agak lambat sikit. bkn sbb aper..tp mls ya rabbi. terjaga kol 8 lebih, then 10 lebih then 12 lebih..then kol 3 baru membangkitkan diri. bangkit tu, rasa sedih jer..yelah..setiap thn, sejak Princess pandai menulis dan buat card, dia akan buat 1 card utk aku, tp arini..x der pun, selalunyer, tgh mlm semlm dah ader org wish happy mother's day..tp last nite..sumer org cam lupe jeer. sedih lah. then aku start mengomel..sambil kemas mana yg patut..sedih lagi ni..sbb x der org wish..last² aku senyap jer..mls dah nk mengomel. penat! huhu

Then, terajin lak..masak utk dinner..dah x der org nk ajak kuar mkn to celebrate..aku pun masak lah..masak nasik, lemon chicken, buttered prawns n stir fried mix vege. sebelum start tu, Princess pass card mother's day yg dia buat pg tadi. dlm tu dia tulis, " Happy Mother's Day! Today , I will be singing "The Best Day" by Taylor Swift. I hope you'll like it. I love you, Mummy!!!p.s remember to look at the back of the card. By, Me....."

I was crying when i heard her singing that song. Its the best mother's day ever!

Here I'd like to share that song with u guys. So..Enjoy!

Till next entry..
cheers!!
noreez™

Friday, April 2, 2010

Penang

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Apa habaq? sehat ka? heheh...kalau x sehat..sendiri mau ingat lah yer...

hurmm..blog ni kan..bile teringat baru nk update..bile x ingat...sunyi sengap jer..sian.
anyway, x der cerita nk di share sebenarnyer..nampak cam boring jer kehidupan aku lately ni kan..x perlah...biarlah boring kan drpd aku buat2 cerita kan..tuhan marah lak, idup x aman...nau'zubillah.

sebelum terlajak..marilah kita bersama² sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Din Beramboi yg telah kembali ke rahmatullah. Kehilangan seorang lagi insan seni yg sering buat aku x kering gusi bile tgk dia kat tv or dgr suara dia kat radio ERA. Semoga, roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang² yg beriman. Amin.

sememangnyer, x ramai yg boleh dikatakan peminat dia. tp aku sejak dulu lagi, mmg minat lawak dia walaupun lawak dia kadang² boleh buat org sakit hati tp sendiri mau ingat lah. x semua manusia ni perfect kan. Pak Nil td masa aku tgk tv, menangis bile bercerita ttg arwah. Sedih.

Moving on.. haritu cuti skolah, kitorang ke Penang. Pergi pun bkn utk suka² tp utk menghadirkan diri ke kenduri kahwin makcik azlan.dan saya plak, selaku pengubah hantaran, kenelah ader skali, sbb nk make sure, hantaran semua di settlekan.alhamdulillah, semuanyer berjalan ngan lancar.

Lps kenduri kendara tu, kitorang stay lagi sehari while the rest of the family heads home to PJ. So, plan ler nk ke Toy Museum. berpeluh jugaklah carik toy museum tu n bile sampai tu, Princess lak di charge as an adult sbb kalau nk masok situ kena ikut ketinggian n bkn umor. keadaan dlm toy museum itu sungguh menghampakan. sedih tgk, toys kat situ x dijaga dgn elok. glass kepada display unit kat situ, made of plastic, then some dah pecah². lantai plak jongkang jongkit. Toilet lak..hurmm..terbantut proses pembuangan air kecik. SMELLY.DIRTY. Sayangnyer sebb, kebanyakkan toys kat dlm "so-called-museum" itu quite impressive. Di harap pihak management boleh mengambil langkah yg sepatutnyer utk memastikan lebih ramai pengunjung yg dtg ke situ berpuas hati.

Lps ke toy museum tu, kitorang terus ke Butterfly Farm. Puas hati sbb mmg byk butterfly n critters yg kitorang leh tgk kat situ. So, berbaloi lah rasenyer ke situ.

After Butterfly farm, kitorang pun mengatur langkah , utk balik ke Damansara. Sbbkan princess x pernah rasa lagi naik feri, so we decided to tunggu feri n give her that once in a lifetime xperience coz u never know bile ferry sservices akan di tamatkan. anyway, menunggu punyalah lama..aku siap dah start nk hangen dah sbb kena beratur tunggu sampai sejam lebih. tu tunggu nk masuk ke feri tu, bkn tunggu dlm feri nk sampai ke seberang. dahlah our air-conditioner keta kehabisan gas masa tu. memula tu rase menyesalnyer opt to naik feri. then bile dah on the ferry itself..rasa cam..seronok sgt. its worth the wait.

then balik ke damansara, tidur semlm, pas tu ke semenyih for the rest of the school holiday.

tu jerlah nk share this time. till next entry.

cheers
noreez™(^^,)

Wednesday, March 3, 2010

Hidup Ini...

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Lama x update kan. Skang tgh busy buat hantaran utk makcik yg nk melangsungkan perkahwinan bulan 3 ni nnt. Ader masa free pulak, aku ber fesbuk. Biasalah..aku skang kan ker "keje" fulltime ngan fesbuk. ehehe

Harini, aktiviti seperti biasalah. Bangun tido, siapkan princess ke skolah. Buat breakfast, siapkan bekalan air dia, baju skolah dia n tunggu van dia sampai, then naik ke rumah balik langsung ke fesbuk terus. X lah terus-terus tp lepas sarap scramble eggs dan toast ler..kopi x ketinggalan hehe.

Tgh hari, tunggu princess balik dr skolah n seperti aku sedia maklum, setiap hari rabu adalah hari kegiatan ko-kurikulum kat skolah princess..cuma sebelum ni x berjalan seperti yg sepatutnyer sebab ader aktiviti sukan tahunan. So dah lepas sukan ni, start lah kegiatan ko-kurikulum tu. Princess aritu masa memula start skolah, dia apply nk join Persatuan Pengakap, tp sbb dah penuh, so cikgu dia masukkan dia lam Persatuan Tunas Puteri. ahaks! cam tetau jer cikgu tu anak aku Princess.. hahaha!
Disebabkan Puan Transporter x leh nk hantar students utk kegiatan ko-kurikulum, so kenalah aku menapak bersama princess ke skolah tgh ari td. kire² dlm jam 2:45 ptg. Sampai ke skolah, aku teruskan perjalanan ke kedai menjual bahan² utk buat hantaran sbb nk cairk manik dan toolbox kat hardware store. Jauh jugaklah jarak perjalanan aku.
Dah beli sumer tu aku balik semula ke shades tempat tunggu princess. Sampai² jer, ader sorang kakak ni tegur aku. " dr maner dik?" akupun xplain ler, aku baru balik dr kedai hardware beli toolbox. then duduk sebelah dia, sembang² lah. aku tanyer dia, "akak x keje ker?" dia pun ckp kater dia x keje, dia sakit. aku tanyer lak, sakit aper? dia kater, sakit no 1 kat dunia ni. Sakit aper yer? sakit jantung? Bukan..dia der cancer pangkal rahim!!! terkejut gak aku. dah 2 thn dia kene cancer tu. kesian sungguh aku dengar citer dia. Maka bermulalah sessi menangis kat shades tempat tunggu anak, antara aku ngan kakak tu.
sedih lah kan. Baru beberapa hari yg lalu aku dpt tau yg ayahanda kepada adik cyber aku, kene barah paru², ni kakak yg aku baru jumpe ni plak adalah seorang pesakit cancer. sedih bangat! Aku sembang² ngan dia. N aper yg sedih sgt, masa aku nk balik tu, kakak tu peluk aku. ntah ler..rasa hiba sesangat. first time jumpe, tp dah rase cam lama kenal.

tulah kan, hidup kite ni, kite cuma mampu rancang jer..ketentuannyer, hanya Allah yg tahu.
Aku ingat lagi kater² Muvin dulu, "Long, sabar yer long. Hanya Insan² yg terpilih sahaja yang akan menerima dugaan berat dr tuhan." aku ckp mcm tu kat Kakak tu tadi. Dia tanyer aku balik, kenaper dugaan ni yg maha berat? aku x leh jawab. tu sumer urusan tuhan.kite punyer pilihan, bile di turunkan dugaan dan ujian ni, adakah kite akan lupekan Dia? atau kite kembali ke jalan-Nya. Memohon di permudahkan segala perjalanan dlm menempuh ujian ni. Lebih mendekatkan diri pada-Nya yang Maha Mengasihi. aku tau, Allah x akan menduga hambanya, lebih dr kemampuan hamba itu mampu tanggung. dan aku jugak tau, setiap kejadian, ada hikmah di sebaliknya. Hikmah² terindah akan Allah tunjukkan pada kita usainya dugaan dan ujian itu. Insya-Allah.

Aku doakan, semoga kakak tu, temui ketenangan jiwa dan minda. Pasrah terima ketentuan dr Allah. Aku doakan jugak segala yang terbaik buat kakak tu dan jugak ayahanda Lizz.

" Ya Allah, berilah ketenangan jiwa dan minda mereka. Permudahkan perjalanan hidup mereka. Berikan mereka petunjuk agar tabah mereka lalui hari² mendatang. Sesungguhnya hanya diri-Mu Ya Allah, yang maha mengetahui lagi maha mengasihi. Amin amin, ya rabbal alamin."

sama² lah kita doakan mereka ni..

ikhlas
noreez™

Thursday, October 8, 2009

Wedding

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Seperti yg aku dah janjikan kat esen/isin..ni adelah gambar nikah adik ipar aku. Setelah aku mengodek² photobucket selama beberapa minit. huhuhu..sebb kalau nk upload guna blogger ni lambat yg amat. Sudahnyer, aku give up. Dah lama dah sebenarnyer aku nk masukkan gambar ni, tp tulah..sebb yg di catat di atas. hehe

N mintak maaflah aku x jemput sesaper, bkn per..ni majlis dia kan..bg aku, majlis, nikah kawen ni, mestilah simple, x over the top dan yg paling penting, private. Bkn lah sesuatu yg kite guna utk ambik kesempatan menunjuk kemampuan kita meraikan pengantin dgn cara yg paling membazir sekali. Kalau ikutkan aku, majlis nikah kawen, hanyalah utk ahli keluarga terdekat dan kawan² rapat. X payahlah nk jemput org ternama, artis, datuk datin dr ceruk mana bagai unless dorang tu family. Yg penting pasangan pengantin diraikan secara sederhana tp puas hati. FULLSTOP. Jgn nnt, bile dah buat bagai nk rak..lepas majlis, mengumpat org tu, mengumpat org ni..pakai baju cam tah paperlah, x bg hadiah lah..org tu dpt pahala, kita dpt dosa.Puas hati?x kannnn... huhuhu..

Anyway, sebelum aku membebel lebih lanjut..silelah cuci mata ngan gambar yg x seberapa ni. Ni gambar² masa akad nikah-Masjid PJ, resepsi bride's side-Dewan Felda.



wani

akad

ring time


hantaran

wokeh...tu yg akad nikah

wokey...halfway during the process of uploading pics to photobucket , my internet die on me. thats for the thousand-th times today just so u know.

will put up some more pictures insya-allah.

enjoy!

noreez™(^^,)

where to start?

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Apa khabar u all? Hows ur Raya celebration? Puasa?

Its been a along time since my last update.

Sebelum terlambat, i'd like to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my Muslim friends, Maaf Zahir Batin. Segala kata² yg menyakitkan hati yg keluar dr mulut aku, ampun dan maaf dipinta. Halalkan makan dan minum. Terima kasih.

Okie..now, activities.
Lets start with..sebelum raya.
  • busy with my SIL's wedding-akad, receptions
  • busy with sample kuih raya(yes..thn ni aku ambik tempahan buat kuih raya)

Kalau tgkkan list tu, x der lah banyak/ panjang maner kan. Tp, usaha yg dikeluarkan utk semua tu 110% Mmg penat thp cipan puasa di bulan februari.huhuhu

paper pun, segala nya berjalan ngan lancar-Alhamdulillah.

Tempahan kuih raya pulak, x lah banyak tempahan yg diterima, tp syukur jugak ler. Well, its just the beginning kan. lagipun, masa bg sample pun dah 2-3 ari nk puasa..so kire lambat jugak, sebab, org lain hantar sample, sebulan sebelum puasa. Tp x per..thn depan, aku buatkan sample awal². No problemo.

Raya thn ni disambut dgn penuh kesederhanaan tp dgn hati , jiwa raga yg gumbira sebab kitorang balik beraya di Sarawak. lebih kurang 10 hari jugaklah kat sana. Seronok dan syukur.

Sekarang pulak, Aku n Dla, ngah sibuk buat persiapan utk open house. Hari Sabtu ni, jemputlah ke rumah kitorang. Dlm pukul 2 ptg. Nk tau alamat kat ner.. email jer aku.

tu jer lah nk citer kat korang. insya-allah, kalau berkesempatan lagi masa akan dtg, aku update lagi k.

cheers!

noreez™(^^,)

Monday, August 3, 2009

Terlampau busy...

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer....

Dah lama giler aku x update blog ni. Aderlah 3-4 kali nk update, tp bile dah bukak blog, dah nk start menaip, ader jer seruan² kerajaan yg nk perlu di sahut. huahuahua..seruan kerajaan kunun. Seruan kerajaan pasir berdengung that is. hahahahha

Anyway..apa habaq? baik ka? aku..ok lah..nak kata sihat, x lah sihat sangat. ni pun masih batuk² lagi. Haritu, siap flu lagi. teruk jugak ler. Sampai seminggu merana batuk² dan flu serentak.

Terlampau busy..yess..i am very² busy. Why? My SIL wedding is just around the corner. Less than couple of weeks to be exact. Aku busy aper kalau dia kawen? Aku busy buat hantaran n what not. hahahha..mostly the hantaran la. Lagi satu sebab aku busy, karena, aritu jiran aku yg jugak ahli mesyuarat tingkap(our kitchen facing each other that is) dah anta anak dia yg berumor 1 bln lebih ke rumah aku utk di babysit. N God that boy is big. I mean, he's only just a few days over a month n he weights more than 5 kg. Sampai sakit tangan aku mendukung budak itu. Masuk 2 bln, 6 kg lebih. seriously..tangan aku masih lagi sakit. I think i pulled a muscle there or something. As a result to that unseen injury, I can now, lift nothing more than a box of ciggies.
Well..his mom stop sending him last week. Reason?? Dont ask. Ask jugak? I wont tell. X nak lah menyakitkan ati sendiri with benda remeh temeh ni. I can only conclude.."Perempuan Gila, Anak Saudagar Penipu" lol . thats from our fav P. Ramlee Movie, Tiga Abdul.

Okie...here's a lil updates on things yg berlaku sepanjang July
  1. Birthday FIL.
  2. Birthday Twins-Hana n Husna.
  3. Birthday Princess.
  4. Birthday Azlan.
  5. My parents Anniversary.
  6. Birthday Adrianna.
Hahahaha..banyak birthday kan? mmg banyak.Tp hadiah sumer..Mak Long n Pak long..utang dulu. hehehe..bkn aper..ader bende yg lebih penting yg nk di dahulukan. So u guys will have to wait na.

Oh ya.. mesti korang tertanya naper lah panggilan Mak Long n Pak long? SO x glemer. hahahha
Its not about the glamour. Cuma nk mengekalkan panggilan tu. Sebab now, jarang dah kita dengar panggilan tu utk new generation. Selalunyer, people will stick to Aunty n Uncle. So... we want them to remember n to know that there r other Panggilan selain Aunty n Uncle. Then again, my side of the family still jugak anak² sedara panggil us, Aunty Nor n Uncle Lan. So..nk wat camner tu? huhuhu

Okielah..sampai sini jer this time.
Till next entry.

cheers!!
noreez™(^^,)

p/s: Del, kalo ko baca ni, aku nk gitau ko..aku skang ni dah start tgk sinetron Indon-Upik Abu dan Laura. Dan jugak aku dah start tgk citer Puteri Aurora Beradu tanpa sebarang motivasi dr Dla. Cool ain't it?? hehehhe

Friday, June 12, 2009

31 y.o

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

hihi...arini June 12, adalah harijadi aku yg ke-31. hehehe

Tgh mlm semlm , adinda aku, Dla, bg cupcakes yg sangat cantik, cute, n sodap sebagai adiah arijadi thn ni.

Azlan org pertama yg wish happy birthday with some mengharukan ayat. hehehe.."Love u daddy!"
My MIL n FIL sms-ed Happy Birthday time² tu gak.
My very own mom wish me this morning.
Now my Princess, bile dia teringat jer..every other minutes keep wishing me a Happy Birthday. huhuhuhu

O..lupe lak..my youngest brother is here. Sampai from Sarawak last nite. Pick him up kat Airport n will be around for a month or so. Dia tgh cuti semester.

Dah 31 tahun aku thn ni. huhuhuhu...so last nite masa drive back to Semenyih, I told Azlan..i still feel the same. x rasa pun yg aku dah 31 thn. Dia just gelak n said something , aku x ingat. o maybe it was something about its how u view it like, is another birthday means another year, or something else. cant remember. i was having a bad headache last nite so cant remember much as i was concentrating on my headache.

Thats all for now.
Till next entry.

cheers!!
noreez™(^^,)

will upload gambar² cupcakes tu bile aku rajin sikit yek. hehehe