Monday, July 8, 2013

Slippers

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Gambar ihsan google image.


Harini nk cerita pasal selipar. Macam2 kesah yg berlaku berkaitan selipar di tempat kediaman kami ni.
Ini semua sebab baru2 ini, selipar encik suami di kebas anjing. Untuk kali ke berapa, we lost count. Yg penting, dah banyak kali. tihihi

Encik suami dan anjing2 yg berkeliaran di sekitar kawasan campus ni memang ada bagai satu dendam kesumat. Dia x pukul anjing2 ni, tp bila nampak je kelibat encik suami, maka anjing2 ni dgn muka tensen, akan blah dr kawasan lepak dorang. Kalau jenis yg baru join the pack atau yg jenis degil ni, dia akan buat dono. So, encik suami akan jerit dgn suara yg garang.. dia akan ckp, "AWAY!" fyi, anjing2 kat sini semua speaking. hehehehe.. Bila dah terdengar suara garang encik suami tu, maka blah la anjing2 tu. Maka nk dijadikan cerita, cara anjing2 ni balas dendam adalah, mencurik sebelah selipar encik suami. Kadang tu saya tergelak jugak. Mana x, bila time nk keluar, encik suami akan mula bebel kat luar rumah. Bukan sekali dua.. dah banyak kali la. tinggal sebelah jer selipar dia. Sian tu sian jugak. Tp yelah, namanya pun binatang. Tp pandai pulak tu, ambik satu.. saja lah kot nk bg terseksa jiwa dan raga encik suami.hahaha

Itu bila anjing kebas, kita taulah yg itu perbuatan anjing. Nak marah lebih2 pun x guna. Tp, bila selipar yg hilang tu di curi oleh manusia, mmg sakit hati. Selipar saya pernah dicuri, tapi, org yg ambik tu, dia gantikan dgn, selipar dia yg lama, siap berlubang kat tapak tu. Saya ni suka ada banyak selipar, kadang sampai 3 pasang kat depan tu. Masa kejadian tu, ada dua pasang selipar kat depan tu. Mula2 saya x perasan. Sbb yg sepasang ada lagi.. then nampak satu selipar biru, lama dan berlubang.. terpikir kat adik saya, selipar dia kot.   Bila tanya dia, rupanya bukan! Masa tu baru perasan selipar saya dah x de. Geram la, kalau anjing ambik, saya x marah.. ini siap ganti dgn yg lama. Hampeh betul. Beberapa hari jugak la saya dok prati kaki org lalu lalang dpn rumah. hahaha

Till next entry.


Saturday, July 6, 2013

Kereta Tua

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini saya dan encik suami pergi mengambil kereta tua yg masuk hospital pada 16/6 haritu. Siap 2-3 hari lepas, so hari ini tadi kami berdua memulakan perjalanan ke Senawang. Kenapa jauh na kat Senawang keta tu? Mana x jauh, dia mati tgh highway nk ke Batu Pahat. Gearbox dia koma. So kena tow ke Senawang dan terus tinggalkan untuk di baiki.
Ni semasa kejadian rosak-16 June 2013

Dengan hati yg berbunga2 rindu kat kereta tua, kami pun mulakan dengan bismillah. hehe
Naik komuter dari Kajang. Dalam perjalanan ke Senawang, tiba2 tukang pomen telipon, katanye, sepatutnya turun kat Sungai Gadut. Mana kami nk pi tau kata kena turun kat Sungai Gadut. Ingatkan kedai nya kat Senawang, maka station Senawang la. So, sebelum sampai ke stesen Seremban, saya ni, ternampaklah Seremban Parade. So ckp la kat encik suami, wahhh.. kalau brenti kat sini, boleh gi Seremban Parade. Sebenarnya, saya kelaparan masa tu. So turunla di stesen Seremban. Kami teruskan perjalanan ke Seremban Parade. Nampak mcm dead je tempatnya. Rupa2nya, tgh renovation. Cuma ada McD, Pizza Hut dan Parkson sahaja yg buka. Apa boleh buat, nasib badannn. hehehe.. mkn la McD.

Selesai mkn, kami sambung perjalanan ke Sungai Gadut. Sementara tunggu train yg seterusnya tu, encik suami pulak kata nk ke toilet. So dia gi sorang2. X sampai beberapa minit dia ke toilet, train sampai. Hurmm.. Terlepas la.. tunggu pulak yg seterusnya. Lepakk!!

Sampai je train, kami naik, sehingga la last station, iaitu, Sungai Gadut. Stesen baru.. mmg cun gile. Tunggu pulak sampai sakit pinggang dan lutut berdiri kat luar stesen tu. Tunggu apa? Tunggu tukang pomen dtg ambik la.

Sampai ke kedai pomen. Alangkah sayunya hati melihat kereta tua dibiarkan tersadai di tepi jalan. Kedua2 tingkapnya dibuka. Pomen suruh try. Kami naik berdua.. hati saya sebak.. stop satu beat. KOTOR!! Minyak hitam tumpah kat seat belakang! Minyak hitam di alas letak kaki driver dan penumpang! Minyak hitam di bahagian atas kereta! Malah Minyak hitam terpalit di tepi sikat di dlm compartment!Sunglasses saya pun mereka ambik pakai! Apa niiiiii??? Ya Rabbi. Menyirap darah. Sedih. Pilu. Menitis airmata saya. Ini harta kami. Kenapa x jaga langsung?? Alasannya senang saja, rosaknya banyak.. so biasalah kereta jadi kotor. Saya akan anggap benda itu normal kalau minyak hitam x tumpah di seat belakang meninggalkan tompok besar. Kalau tuan2 dan puan2 mcm mana? Apa reaksi?

Sedih saya sepanjang perjalanan balik, saya bebel. Encik suami pun sedih. Tp dia x tunjukkan. Dia call kawannya yg punya Carwash. Terus bertanya, bolehkan dicuci seat belakang? Jawapannya, Boleh. Alhamdulillah. Terus balik ke Semenyih dan ke Carwash itu. Pekerja di situ agak skeptikal ttg minyak hitam tu, tp setelah dia cuci dan sental dgn special chemical, Alhamdulillah, tanggallah jugak sedikit kesannya. Di cucilah kereta tua, di snow wash kan, di vakum kan. Lega hati selepas itu.

So pengajaran buat kereta tua yg disayangi dan dikasihi, janganla buat perangai merajuk di tengah highway lagi. Agak kalau nk buat perangai, silalah buat perangai tu di kawasan sekitar semenyih dan lembah klang. Buat tukang pomen itu. Terima kasihlah kerana membuktikan yg anda semua tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Semoga perniagaan anda terus maju.

Selepas di perbaiki.. SPA-6 July 2013
So, until next entry.

Thursday, July 4, 2013

Tak de title

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Harini saya x boleh nak pikir apa yg saya nk boh as a title. Agak lewat mlm tadi kami dikejutkan dgn berita pemergian seorang staff di tempat kerja encik suami. Bergegas encik suami dan beberapa orang rakan lain ke hospital.

Secara personalnya, saya kenal arwah. Beberapa thn yg lalu, sebelum arwah berkahwin, arwah kerap juga dtg ke rumah bersama seorang lagi rakan lain. Masa tu, arwah dan rakan lain tu, asyek bermain badminton. So terkadang tu dia crash kat rumah rakan tu. So, dr situ, kami kenal arwah. Walaupun x rapat, tapi, bila bertemu dgnnya, dia akan tersenyum. Isteri arwah pula, seorang cikgu di sekolah rendah tempat anakanda belajar dulu. Jadi, skali skala tu terlihat juga kelibat arwah di skolah.

Berita pemergiannya, somehow agak mengejutkan. Yelah, arwah ni sihat orang nya. Cuma dr berita yg saya dpt melalui encik suami, arwah baru sahaja lepas menjalani pembedahan membuang tonsil dan dia terjatuh beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital swasta. Hospital swasta tu pula, minta isteri arwah, agar dia dipindahkan ke hospital kerajaan setelah mendapat tau bahawa, arwah menghidap kanser darah(saya x pasti). Kesian. Kata wakil dr hospital swasta, mereka x punya pakar dlm hal itu.

Petang semlm, arwah diletakkan di bawah life support system. Kami x tau arwah dimasukkan ke hospital dan kami x tau yg arwah berada dlm keadaan kritikal. Bukan lah maksud saya kalau kami tau pun kami boleh buat sesuatu. Jika ada sesuatu yg boleh kami lakukan pun, jika tempoh pinjaman Allah untuk dia kepada kami sudah tamat, gunung emas pun x boleh nk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut. Wallahua'lam.

Sudah sampai masanya, sudah ajal dia, Allah lebih sayangkan dia. Antara kata2 yg pasti didengar oleh isteri arwah. Hatinya Allah saja yg tau. Anak2nya masih kecil. Yg paling tua pun 3 tahun. Masih bermain2 di hospital semalam ketika arwah ayahnya sedang diuruskan pihak hospital untuk di hantar pulang ke kampungnya di Johor. Apa yg dia tau. Mungkin dia tau, arwah ayahnya dah x menderita.

Saya x tau apa yg saya nk katakan. Apa yg saya tau, kita hanya dipinjamkan oleh Allah hanya untuk jangka waktu yang tertentu. Sesetengah org, panjang jangka waktu nya, sesetengah org pula, pendek sahaja. Sampai masa kita, sedang buat apa dan dimana pun kita boleh pergi meninggalkan dunia pinjaman ini. Marilah kita bersama2 hargai apa yg ada di depan kita. Kasihilah org tersayang dgn sepenuh jiwa dan raga. Bersyukur dgn nikmat yg tuhan beri walaupun sekelumit.

Saya doakan semoga roh arwah ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman dan dicucuri rahmat-Nya. Semoga ketabahan menjadi milik isteri arwah. Amin.


Wednesday, July 3, 2013

Menepek

Assalamualaikum n salam sejahtera sem

Harini, x tau apa nk share, so tepek gambar jelah.
Sila Jamu mata.. heheh

Blue Ombre Cake

Carrot Cake

Rainbow Cake

Lemon & Orange Cake

Semua kek2 ni saya buat sendiri. TP bkn utk hariraya. ni kek untuk celebration la. Saja la postkan.. lately ni dok sebok buat kek & biskut utk raya, saya tolak semua order utk kek2 ni. Kiranya saya tutup order la. Nnt seminggu lps raya saya bukak balik order nya. 

Till next entry.

Tuesday, July 2, 2013

Misteri Nusantara..

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini nk bercerita ttg misteri. Saja ja letak title tu.. bg gempak sikit. hihihi
Anyway, kejadian penuh bermisteri-misterian ni agak kerap jugak berlaku pada kami berdua. Saya & encik suami. Tp x de lah sampai nk lari keluar ke bagai.

Semlm masa saya nk masuk tdo, saya salunya akan ke toilet dulu, membuang bahan kumbahan. tingkap bilik air saya diketuk. Terkejut la jugak. Tp dah tau ada yg nk mengusik.

X berapa lama dulu, saya nk masuk tdo jugak, masa tu tgh cuci muka n gosok gigi, tiba2 ada suara perempuan bg salam x cukup sifat. Instead of Assalamualaikum, dia jadik, "semkom". Meremang bulu roma, tp masa memula dengar tu, terus dlm kepala saya fikir, mcm2. Adik saya dlm kemalangan ke? Ada masalah ke dgn student2? tp bila saya tunggu untuk salam ke-2 dan ke-3 x de pun. dia skali je. apalagi. cepat2 saya keluar dr bilik air, naik atas katil, lupa ambik socks, lupa ambik air utk minum tghmlm.

Itu cerita saya. Cerita encik suami pulak, dia pernah dengar Wind chime kami yg kat luar rumah tu, di mainkan dr satu hujung ke satu hujung. Padahal dah lepas tgh mlm. Selalunya kalau angin, dia akan randomly chiming. Ini mmg seperti di sentuh dgn jari dan di tarik jari tu merentasi kesemua btg2 kecil chime itu.

Itu kisah baru2 ni. Lama2 dulu lagi seram. Tp x yah la citer bende dah lepas kan. hehehe

Till next entry. x de gambau harini. tomorrow perhaps.

Monday, July 1, 2013

Hijrah

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Sihat ka? Saya doakan semua nya sihat dan berjalan lancar. Amin.
Saya dan keluarga, Alhamdulillah, sihat. Fizikalnya sihat la. Tp emosinya agak kurang sihat.

Semlm, 30 Jun, adik saya yg selama ini tinggal bersama saya dan keluarga, telah memindahkan dirinya. Bukan la dihalau, tp dia telah mendapat kerja baru di Lembah Petaling, so, nk x nk dia kena pindah. Lebih memudahkan begitu. Sedih ke?? Opkos kami sekeluarga sedih. Anakanda sedih, Encik Suami sedih.. saya pun sedih jugak. Yelah, sejak anakanda ke MRSM, kami tinggal bertiga di rumah ni. Skarang, dia pulak keluar, so, tinggalla saya dan encik suami berdua. X de la org yg nk dibahankan. hehehe

So, ptg semlm kami ke rumah baru adik tu. Agak cun jugak la. Dah siap dgn kitchen cabinet n built in stove. Quite nice. 3 bilik tdo dan 2 bilik air. Living room area pun agak luas jugak. Agak berpuas hatila dgn keadaan rumah sewa beliau itu. Setelah melepak skejap, dan meneliti apa yg patut dan apa yg tidak, kami pun beredar.

Mlm nya pula, masa telifon anakanda, saya pun bgtau la kat dia yg aunty dia dah berpindah, terkejut la anakanda saya. Siap menangis. Sian. Manakan tidak, adik saya itu telah menjadi sebahagian dr keluarga kecil kami. Apa2 yg terjadi antara kami, adik saya sebahagian drnya. Tp mmg x dinafikan la, keputusan adik saya untuk berpindah mmg mengejutkan kami sekeluarga. Walau apa pun, itu keputusan dia. Saya x kan bantah, kalau dia tau apa yg terbaik untuk dirinya sendiri.

Inilah dia adinda saya. Sengal2 saiko orangnya.
Until next entry.

Sunday, June 30, 2013

Bola

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Mlm tadi, saya rasa seluruh rakyat Malaysia menonton Perlawanan Akhir Piala FA 2013 antara JDT & TRW. Saya x tgk di stadium.. cuma menonton di rumah sahaja. Selalunya bila ada perlawanan akhir bola, saya dan adik saya, akan terpacak depan tv. Tp, kali ini, saya terpacak dpn tv sorang2. Encik suami pulak dudok di depan laptop. Skadar memberi ulasan skali skala.


Seronok menonton perlawanan akhir kali ini. TRW mmg mantap. Dr segi serangan, defense, mmg terbaik. Saya salute la dorang. Memang menang bergaya walaupun cuma 1-0. Satu pun janji menang!

Until next entry.


Friday, June 28, 2013

Kuih Raya pulok!

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Semalam cerita pasal baju.. harini saya nk cerita pasal kuih raya. Actually bkn la cerita, tp promote kuih raya. Ya! Saya meniaga kuih raya.. hehehe
Tahun ni, saya meniaga biskut2 dan kek2 lapis. Bukan la kek lapis yg complicated, tapi lapis biasa sahaja. Bkn apa, kek lapis yg complicated tu, harganya agak tinggi, so saya mulakan dgn yg senang dan murah dulu. Insha-Allah, thn depan kalau umur panjang, saya akan adakan.

Bagi biskut2 pula, biskut saya bukan la biskut "canggih" yg colorful, cuma biskut biasa sahaja. Walaupun biasa, koleksi biskut2 ini mempunyai peminat tegarnya tersendiri. Contohnya, Popiah Horlicks, Almond London, Sarang Semut dan juga Hazelnut Chocolate Chips. Malah Biskut Arab juga punya peminat tersendiri. Setiap tahun, sejak saya mula meniaga secara serius di bulan ramadhan, orang yg sama akan tempah biskut2 yg sama. Alhamdulillah, rezeki dr Allah. Boleh dikatakan, biskut2 saya agak tradisional jugak la.

Dari segi harga pula, alhamdulillah, saya masih mampu untuk kekalkan harga yg sama sejak 3 thn lepas. Selagi saya mampu untuk hasilkan kuih raya yg sedap dan mampu milik(chehh..mampu milik.. hahaha),Insha-Allah, saya akan cuba untuk kekalkan harga itu.

Bahan2 yg saya gunakan adalah bahan2 yg berkualiti dan bermutu tinggi. Setiap biskut dan kek saya, saya gunakan Anchor, mentega bermutu tinggi(tinggi la kot).Kecuali biskut Arab la. Yg ini saya gunakan minyak sapi bermutu tinggi jugak. Mcmmana saya boleh kekalkan harga sedangkan harga bahan2 ini agak tinggi dan sentiasa meningkat? Saya akan ke kedai/pasaraya borong untuk membeli bahan2 ini. jadi, Alhamdulillah la saya dapat kekalkan harganya.

So, sekiranya anda berminat untuk menempah biskut2 atau kek lapis, atau kedua2nya sekali, tempahan masih dibuka sehingga minggu ke-2 puasa. Insha-Allah. Sila lah tinggalkan komen, atau bg yg tau phone number saya, call je lah or sms or whatsapp.

Inilah kuih2 raya yg saya jual.

Almond London
50 pieces
RM20.00
Crystal Ball
50 Pieces
RM20.00
Hazelnut Chocolate Chip
50 pieces
RM20.00
Honey Cornflakes
50 pieces
RM20.00
Popiah Horlicks
500gm
RM20.00
Sarang Semut
50 pieces
RM20.00
Surprise Caramello
50 pieces
RM25.00
Kek Lapis Masam Manis
Kek Lapis Nescafe
8 inci x 2.35 inci
RM20.00
Kek Lapis India/Cadbury
Kek Lapis Oreo
8 inci x 2.35 inci
RM 25.00
 So kalau anda semua berminat, bolehla contact saya. Di sini atau di muka buku. Mungkin anda ada pertanyaan lain atau anda mahu sample pun boleh minta dr saya. Mungkin lebih senang kalau rasa dulu sebelum membeli, ye tak?

Until next entry.


Thursday, June 27, 2013

Baruku sedari...

Assalamualaikum n salam sejahtera.

Wahahaha.. barulah saya sedar, rupanya blog saya sangat membosankan. Lama saya x post gambar.

Okay, bg mewarnai blog saya, saya postkan beberapa gambar..

Daughter, Nephews & Nieces

Lavender Fields In Provence, France. Satu hari!

Ini saya akan buat bila pasu bunga di luar rumah saya pecah!=P

Ini Rules yg anda boleh baca sendiri...
Tadaaaa! Warna warni aidilfitri. hihihihi

Baju raya!

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

X lama lagi, seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menjalani ibadah puasa. Saya tau, ramai yang dah mula menghantar tempahan baju kurung, kebaya, jubah n whatnot untuk hari raya nanti. Walaupun x start puasa lagi, baju dah tempah.. bkn apa, ada diantara org yg mengambil tempahan baju raya sudah pun berhenti mengambil tempahan. Mana x tutup tuan2 dan puan2, seorang wanita Melayu di Malaysia, kalau x cukup seminggu baju baru untuk beraya, mmg x sah. Betul x? Ini yg menyebabkan org yg mengambil tempahan terpaksa menutup pengambilan tempahan baju terlebih awal.. kalau seorang 4-5 pasang baju, 10 org dah 40-50 pasang. Itu wanita bujang, kalau yg dah berkeluarga, dgn baju anak2 lagi, baju melayu suami lagi.. memang masyuk la tailors se-Malaysia bila nk raya. hehehehe

Bagi saya sekeluarga pula, rasanya lebih mudah kalau beli baju yg sudah siap sahaja. Bkn apa, kami x rajin nak cari tailor yg betul2 menepati citarasa. Sudahnya nnt, baju x siap la, x cukup kain la.. Ini semuanya pernah saya alami sendiri. Sebenarnya, bkn nk tempah pun, tp saya sering juga menerima hadiah yg berupa kain2 untuk dibuat baju kurung/kebaya. Kalau saya x tempahkan nnt, dan x pakai baju yg terhasil dr kain tersebut, kecik pulak hati org yg bg kain tu kan. So, untuk menjaga hati orang, saya tempahkan juga la. Dan adala beberapa situasi dimana saya sebok jugak nk beli kain online. So, adala kain yg perlu ditempah. 3 thn kebelakangan ini, saya telah menempah baju2 kurung untuk beraya.

Thn 2010, saya tempah dgn sebuah kedai cha ya nun alif. Melayu susah sikit nk cari yg ada kedai. kalau ada pun di kawasan kampung persekitaran, dan saya x berapa kenal. Maka saya hantarkan ke kedai itu. Siap taukenya, tanya saya, balik kampung ke raya thn ni? Saya pun jujurla bgtau, x la, kami x balik thn ni. So dia pun ambik ukuran, contoh kain & apa2 je la yg diperlukan oleh seorang tailor utk membuat baju kurung pahang. Saya hantarkan 3 pasang baju utk diri sendiri, dan 2 pasang utk anakanda. Encik Suami pula lebih selesa beli baju melayu di Gene Martino. Nk dijadikan cerita, sehari sebelum hari raya, saya pun ajak encik suami pergi ambik baju yg sepatutnya sudah siap itu, Tailor tu ckp, oh.. cuma 2 pasang baju yg sudah siap! Sepasang baju saya dan sepasang baju anakanda. Melenting berpusing kiri kanan depan belakang saya! Mana x nya, nk pakai utk raya boleh x siap?? Dia ckp, lusa, pagi2 dtg ambik yg selebihnya. Esok mesti sudah siap sbb 2-3 hari itu, pembantunya x dtg kerja sbb x sihat. Ok la, kami pun balik. Masuk hari ke-dua raya, saya x de baju baru. Encik suami pergi ke kedai itu, pagi2 tu, dan cuba teka? Baju saya x siap lagi!!! Ini sudah lebih kan??kan?? Saya yg dirumah tunggu la bagai nk rak, 3 jam suami saya keluar semata2 nk ambik baju tu. Rupa2nya, Tailor tu suruh suami saya balik dan dtg pulak esok untuk ambik baju yg lagi satu. Ada ke gila, asal nk pakai je nk kena ke kedainya ambik baju. Sengal! Padahal bayarannya kami lunaskan masa membuat tempahan. Bila saya kata saya kan dah bayar, kenapa x siap jugak.. dia boleh jawab.. sapa suruh lu bayar? Gila pailang x tailor tu?? wahaha Masa yg 3 jam suami saya keluar tu, encik suami paksa tailor tu siapkan baju saya dan dia sanggup tunggu. Oh encik suami.. sanggup tunggu. sian.

Itu thn 2010. 2011 lain ceritanya, saya tempah dgn seorang makcik di kampung mana entah saya x ingat sbb adik saya yg pergi buat tempahan tu. Dpt balik baju yg dah siap awal gile. Tapi, ada tapinya...hahaha, baju yg saya tempah tidak menepati citarasa. Untuk mengubat kelukaan hati saya itu, encik suami belikan baju yg sudah siap 2 pasang untuk saya. hehehe

2012. Thn lepas, kami balik beraya di kampung saya. Sarawak. Mak saya pulak sudah tetapkan dr awal thn yg dia mau anak2 menantu yg balik mempunyai baju yg mengikut tema hari raya. Warna, kelabu, purple dan biru. Warna kelabu utk raya pertama. Biru utk raya ke-2 dan purple utk Open House nnt(raya ke-4).So saya pun pergi buat tempahan ke sebuah kedai melayu di Tesco semenyih. Baju yg terjual di situ mmg menarik. Beli sehelai baju yg sudah siap utk anakanda dan tempah yg selebihnya untuk dirisendiri dan adik di kedai tersebut. Ceritanya, baju kebaya saya yg berwarna biru adalah terlebih besar, baju purple yg ditempah   katanya x cukup kain, so dia x buatkan. Hangen? opkos la. Kalau dah dia x buatkan tu, dia bgtau terus kat saya kan senang. Ini dia boleh perap kain tu dan tunggu sehingga saya dtg ambik baju yg dah siap utk raya. X pun apalah salahnya dia buka satu slot utk saya bg menggantikan kain yg dia x buat tu. Bernanah je hati! Sudahnya, beli yg sudah siap 2 pasang dan 3 pasang yg siap utk anakanda. Nah! Puas hati saya.

Tahun ini, saya x mau tempah.. saya beli je la. Senang. X pening kepala dgn karenah tukang pembuat baju.
Baju anda semua dah tempah?? hihi

Until next entry.

Wednesday, June 26, 2013

Jerebu datang lagi

Assalamualaikum n salam sejahtera semua...

Ye.. saya sihat, Alhamdulillah. Anda semua pun mesti sihat walafiat kan.. kalau x, x kan berkesempatan utk berblog, ye x?

Baru2 ni, negara kita diserang JEREBU lagi. Setiap tahun kita terpaksa berdepan dgn keadaan yg amat x menyenangkan ini. Apa yg kita sebagai individu boleh buat? Pakai mask la.. apa lagi? hahah
Jerebu yg ,kerap melanda negara kita ni, (maaf kalau saya silap) disebabkan oleh pembakaran kawasan lapang untuk bercucuk tanam oleh para2 sakura.. tihihi.. para petani di Indonesia. Ini cara mereka untuk mencari rezeki dgn bercucuk tanam dan harus menjadikan kawasan yg terpilih itu subur.

Yg membuat saya geram.. apa yg kerajaan Indonesia telah buat untuk menangani masalah ini? setiap tahun kita rakyat Malaysia, menjadi mangsa keadaan. patutnya kerajaan Malaysia, minta ganti rugi. Ubat2an yg diperlukan untuk mengubati rakyat yg mendapat masalah kesihatan disebabkan jerebu bukan nya sedikit. Walaupun saya cuma perasan jadi doktor, tp saya tau, mesti ramai org yg x sihat ke hospital atau klinik bg mendapatkan rawatan. Nahhh.. mintaklah pampasan. hehehe.. ckp senanglah kan.. long term nya, nnt, bermusuhan pulak kita dgn Indonesia. So, x payah. hehehe

Alhamdulillah,semalam, aini, angkat kain di jemuran..hujan dah turun... heheheh, iklan jap.
Pembenihan hujan di seluruh Malaysia semlm, telah berhasil. Walaupun sekejap, at least kuranglah sedikit jerebunya. Walaubagaimanapun, pembenihan hujan yg dilakukan oleh manusia, kalau tiada kehendak dan keizinan dari Allah swt, maka tiadalah hujan. Maka, bersyukurlah kita kepada-Nya.

Bercakap ttg bersyukur ni, sukalah saya nk sentuh sedikit bab yg berkaitan dgn hal keagamaan ini. Saya lihat di muka buku, ada segelintir rakan2 yg suka memberitahu dunia bahawa mereka bersyukur, suka memberitahu dunia, mereka itu solat, suka memberitahu dunia, mereka itu berdoa..bertasbih.. dan mcm2 lagi.
Saya sebenarnya x kisah, itu hak masing2. Cuma saya agak keliru lah, apakah yg terjadi pada solat dan doa org tersebut, sekiranya berniat utk memberitahu dunia bahawa mereka itu solat dan sebagainya? Ikhlas kah hendak melakukan nya kerana Allah swt sedangkan dibauri riak dan bongkak? Wallahua'lam. Saya x kisah  dgn usaha mengajak org ramai solat. Sebab terkadang bila terleka, at least ada ingatan dr rakan2. Alhamdulillah ada org yg ingatkan kita. Tp rasanya, x perlulah kita memberitahu satu dunia yg kita itu solat. Bg saya, solat itu adalah sesuatu yg sangat indah.. sesuatu yg sangat personal. Saat2 untuk kita bersama Allah. Saat2 kita tunduk sujud, saat2 kita menadah tangan meminta dr Allah. Setiap perlakuan kita di dalam solat itu adalah personal. Walaupun kita berjemaah ianya tetap antara kita dan Pencipta.

Well, saya rasa saya dah start melencong jauh dr tajuk asal. hehehe
maaflah kalau ada sesiapa yg terasa atau tersinggung, Ini pandangan ikhlas saya. Itu saja.

Until next entry.


Monday, May 6, 2013

Salam

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..

Laaaamaaaaa gilaaaaaaaa saya x update. Seolah2 saya lupa pada kewujudan blog ini. Saya x lupa.. saya ingat. Cuma saya kurang rajin menaip sahaja. Ada banyak benda yg saya mau ceritakan, tp, seperti yg saya ckp tadi, saya kurang rajin.

Salah satu peristiwa penting yg berlaku dlm kehidupan kami sekeluarga pd permulaan tahun ini adalah, Anakanda yg tercinta telah mendapat tawaran belajar di MRSM Batu Pahat Johor. Anakanda ditawarkan mengikuti program IGCSE-International General Certificate of Secondary Education. Bg sesiapa yg x tau atau kurang tau tentang IGCSE tu, ianya adalah Program Cambridge O Level yg ditawarkan di sesetengah MRSM di Malaysia. Batu Pahat adalah salah satu Maktab yg menawarkan program tersebut. Mmg selepas keputusan UPSR, anakanda apply program ini dan selepas proses temuduga dan exam yg dijalankan di beberapa MRSM, Alhamdulillah, anakanda terpilih. Maka, dgn linangan air mata, saya dan encik suami hantarkan juga anakanda ke Batu Pahat.

Ramai juga yg kata, anak seorang pun sampai hati nk di hantar jauh2.. hantarkan ke skolah biasa sudahlah. Bila sudah habis skolah nnt, barulah hantarkan jauh2. Itu kata orang. Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul. Anak saya. Anak saya seorang sahaja. Siapa kata saya sampai hati? Siapa kata saya seksa anak saya? Ini semua berlaku dan kami izinkan berlaku untuk masa depan anakanda. Semasa di sekolah rendah lagi.. saya mmg berhajat untuk anakanda dpt pergi belajar ke sekolah yg terbaik. Saya mau dia ke sekolah premier. Saya mau dia belajar dan membesar di dalam persekitaran yg saya sendiri x mampu untuk lalui semasa saya usai skolah rendah dahulu. Ini pilihan terbaik. Ini tawaran terbaik. Ini jalan terbaik yg Allah sediakan untuk anakanda kami. Syukur yg kami panjatkan. Alhamdulillah, x sampai sebulan, anakanda text saya, katanya mahu berubah. Berlinangan air mata saya. Anakanda mula pakai tudung. Keluar rumah berbaju menutup aurat. Apalagi yg perlu saya katakan? Saya dan encik suami sangat2 bersyukur ke hadrat Illahi. Kami sendiri perlu diperbaiki. Tapi tuhan beri hidayahnya pada anakanda. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekarang sudah masuk bulan yg ke 4 anakanda di sana. Kerap juga kami berulang ke Batu Pahat. Pencapaian anakanda mmg x boleh kami sangkal. Dia sememangnya anak yg bijak. Selepas Ujian Selaras 1, anakanda mendapat ranking ke-2 bg keseluruhan tingkatan 1. Masuk Ujian Selaras 2, keputusan menurun.. setiap mlm bila bicara tentang results, anakanda menangis. Ibu mana yg tahan bila anaknya menangis dan dia tiada di sisi untuk menenangkannya? Saya kuatkan semangat. Saya pujuk dia. Bukan lah teruk mana pun menurunnya keputusan dia.. gred masih lagi A, cuma contohnya: drpd 98 dia dpt 86. Itu sahaja. Anakanda seorang yg competitive when it comes to study. Itu kami tau sejak dulu lagi. Anakanda pernah "break down" satu mlm 2 bln lepas kalau x silap saya. Dia tertekan sbb terlalu banyak yg perlu dia lakukan. Saya x tahan bila dia menangis. Saya jadi marah. Bukan marah pada dia. Marah pada diri saya sendiri. Saya tiada di sisinya untuk peluk dan tenangkan dia. Sesungguhnya, Allah saja yg tau setiap kali anakanda menangis, saya mau berlari ke Batu Pahat. Itu Fakta!

Apapun, saya tau anakanda saya seorang yg sangat kuat. Bkn dr segi physical, tp dr segi psychology-nya. Emosi-nya. Dia memang kuat. Ketabahannya melalui setiap dugaan dan ujian yg dilemparkan sangat2 kami banggakan.

Itu kisah awal tahun ini. We're adapting well to this. It's strange sometimes, but adaptable.