Friday, June 28, 2013

Kuih Raya pulok!

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Semalam cerita pasal baju.. harini saya nk cerita pasal kuih raya. Actually bkn la cerita, tp promote kuih raya. Ya! Saya meniaga kuih raya.. hehehe
Tahun ni, saya meniaga biskut2 dan kek2 lapis. Bukan la kek lapis yg complicated, tapi lapis biasa sahaja. Bkn apa, kek lapis yg complicated tu, harganya agak tinggi, so saya mulakan dgn yg senang dan murah dulu. Insha-Allah, thn depan kalau umur panjang, saya akan adakan.

Bagi biskut2 pula, biskut saya bukan la biskut "canggih" yg colorful, cuma biskut biasa sahaja. Walaupun biasa, koleksi biskut2 ini mempunyai peminat tegarnya tersendiri. Contohnya, Popiah Horlicks, Almond London, Sarang Semut dan juga Hazelnut Chocolate Chips. Malah Biskut Arab juga punya peminat tersendiri. Setiap tahun, sejak saya mula meniaga secara serius di bulan ramadhan, orang yg sama akan tempah biskut2 yg sama. Alhamdulillah, rezeki dr Allah. Boleh dikatakan, biskut2 saya agak tradisional jugak la.

Dari segi harga pula, alhamdulillah, saya masih mampu untuk kekalkan harga yg sama sejak 3 thn lepas. Selagi saya mampu untuk hasilkan kuih raya yg sedap dan mampu milik(chehh..mampu milik.. hahaha),Insha-Allah, saya akan cuba untuk kekalkan harga itu.

Bahan2 yg saya gunakan adalah bahan2 yg berkualiti dan bermutu tinggi. Setiap biskut dan kek saya, saya gunakan Anchor, mentega bermutu tinggi(tinggi la kot).Kecuali biskut Arab la. Yg ini saya gunakan minyak sapi bermutu tinggi jugak. Mcmmana saya boleh kekalkan harga sedangkan harga bahan2 ini agak tinggi dan sentiasa meningkat? Saya akan ke kedai/pasaraya borong untuk membeli bahan2 ini. jadi, Alhamdulillah la saya dapat kekalkan harganya.

So, sekiranya anda berminat untuk menempah biskut2 atau kek lapis, atau kedua2nya sekali, tempahan masih dibuka sehingga minggu ke-2 puasa. Insha-Allah. Sila lah tinggalkan komen, atau bg yg tau phone number saya, call je lah or sms or whatsapp.

Inilah kuih2 raya yg saya jual.

Almond London
50 pieces
RM20.00
Crystal Ball
50 Pieces
RM20.00
Hazelnut Chocolate Chip
50 pieces
RM20.00
Honey Cornflakes
50 pieces
RM20.00
Popiah Horlicks
500gm
RM20.00
Sarang Semut
50 pieces
RM20.00
Surprise Caramello
50 pieces
RM25.00
Kek Lapis Masam Manis
Kek Lapis Nescafe
8 inci x 2.35 inci
RM20.00
Kek Lapis India/Cadbury
Kek Lapis Oreo
8 inci x 2.35 inci
RM 25.00
 So kalau anda semua berminat, bolehla contact saya. Di sini atau di muka buku. Mungkin anda ada pertanyaan lain atau anda mahu sample pun boleh minta dr saya. Mungkin lebih senang kalau rasa dulu sebelum membeli, ye tak?

Until next entry.


No comments: