Assalamualaikum n salam sejahtera semua.
X lama lagi, seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menjalani ibadah puasa. Saya tau, ramai yang dah mula menghantar tempahan baju kurung, kebaya, jubah n whatnot untuk hari raya nanti. Walaupun x start puasa lagi, baju dah tempah.. bkn apa, ada diantara org yg mengambil tempahan baju raya sudah pun berhenti mengambil tempahan. Mana x tutup tuan2 dan puan2, seorang wanita Melayu di Malaysia, kalau x cukup seminggu baju baru untuk beraya, mmg x sah. Betul x? Ini yg menyebabkan org yg mengambil tempahan terpaksa menutup pengambilan tempahan baju terlebih awal.. kalau seorang 4-5 pasang baju, 10 org dah 40-50 pasang. Itu wanita bujang, kalau yg dah berkeluarga, dgn baju anak2 lagi, baju melayu suami lagi.. memang masyuk la tailors se-Malaysia bila nk raya. hehehehe
Bagi saya sekeluarga pula, rasanya lebih mudah kalau beli baju yg sudah siap sahaja. Bkn apa, kami x rajin nak cari tailor yg betul2 menepati citarasa. Sudahnya nnt, baju x siap la, x cukup kain la.. Ini semuanya pernah saya alami sendiri. Sebenarnya, bkn nk tempah pun, tp saya sering juga menerima hadiah yg berupa kain2 untuk dibuat baju kurung/kebaya. Kalau saya x tempahkan nnt, dan x pakai baju yg terhasil dr kain tersebut, kecik pulak hati org yg bg kain tu kan. So, untuk menjaga hati orang, saya tempahkan juga la. Dan adala beberapa situasi dimana saya sebok jugak nk beli kain online. So, adala kain yg perlu ditempah. 3 thn kebelakangan ini, saya telah menempah baju2 kurung untuk beraya.
Thn 2010, saya tempah dgn sebuah kedai cha ya nun alif. Melayu susah sikit nk cari yg ada kedai. kalau ada pun di kawasan kampung persekitaran, dan saya x berapa kenal. Maka saya hantarkan ke kedai itu. Siap taukenya, tanya saya, balik kampung ke raya thn ni? Saya pun jujurla bgtau, x la, kami x balik thn ni. So dia pun ambik ukuran, contoh kain & apa2 je la yg diperlukan oleh seorang tailor utk membuat baju kurung pahang. Saya hantarkan 3 pasang baju utk diri sendiri, dan 2 pasang utk anakanda. Encik Suami pula lebih selesa beli baju melayu di Gene Martino. Nk dijadikan cerita, sehari sebelum hari raya, saya pun ajak encik suami pergi ambik baju yg sepatutnya sudah siap itu, Tailor tu ckp, oh.. cuma 2 pasang baju yg sudah siap! Sepasang baju saya dan sepasang baju anakanda. Melenting berpusing kiri kanan depan belakang saya! Mana x nya, nk pakai utk raya boleh x siap?? Dia ckp, lusa, pagi2 dtg ambik yg selebihnya. Esok mesti sudah siap sbb 2-3 hari itu, pembantunya x dtg kerja sbb x sihat. Ok la, kami pun balik. Masuk hari ke-dua raya, saya x de baju baru. Encik suami pergi ke kedai itu, pagi2 tu, dan cuba teka? Baju saya x siap lagi!!! Ini sudah lebih kan??kan?? Saya yg dirumah tunggu la bagai nk rak, 3 jam suami saya keluar semata2 nk ambik baju tu. Rupa2nya, Tailor tu suruh suami saya balik dan dtg pulak esok untuk ambik baju yg lagi satu. Ada ke gila, asal nk pakai je nk kena ke kedainya ambik baju. Sengal! Padahal bayarannya kami lunaskan masa membuat tempahan. Bila saya kata saya kan dah bayar, kenapa x siap jugak.. dia boleh jawab.. sapa suruh lu bayar? Gila pailang x tailor tu?? wahaha Masa yg 3 jam suami saya keluar tu, encik suami paksa tailor tu siapkan baju saya dan dia sanggup tunggu. Oh encik suami.. sanggup tunggu. sian.
Itu thn 2010. 2011 lain ceritanya, saya tempah dgn seorang makcik di kampung mana entah saya x ingat sbb adik saya yg pergi buat tempahan tu. Dpt balik baju yg dah siap awal gile. Tapi, ada tapinya...hahaha, baju yg saya tempah tidak menepati citarasa. Untuk mengubat kelukaan hati saya itu, encik suami belikan baju yg sudah siap 2 pasang untuk saya. hehehe
2012. Thn lepas, kami balik beraya di kampung saya. Sarawak. Mak saya pulak sudah tetapkan dr awal thn yg dia mau anak2 menantu yg balik mempunyai baju yg mengikut tema hari raya. Warna, kelabu, purple dan biru. Warna kelabu utk raya pertama. Biru utk raya ke-2 dan purple utk Open House nnt(raya ke-4).So saya pun pergi buat tempahan ke sebuah kedai melayu di Tesco semenyih. Baju yg terjual di situ mmg menarik. Beli sehelai baju yg sudah siap utk anakanda dan tempah yg selebihnya untuk dirisendiri dan adik di kedai tersebut. Ceritanya, baju kebaya saya yg berwarna biru adalah terlebih besar, baju purple yg ditempah katanya x cukup kain, so dia x buatkan. Hangen? opkos la. Kalau dah dia x buatkan tu, dia bgtau terus kat saya kan senang. Ini dia boleh perap kain tu dan tunggu sehingga saya dtg ambik baju yg dah siap utk raya. X pun apalah salahnya dia buka satu slot utk saya bg menggantikan kain yg dia x buat tu. Bernanah je hati! Sudahnya, beli yg sudah siap 2 pasang dan 3 pasang yg siap utk anakanda. Nah! Puas hati saya.
Tahun ini, saya x mau tempah.. saya beli je la. Senang. X pening kepala dgn karenah tukang pembuat baju.
Baju anda semua dah tempah?? hihi
Until next entry.
No comments:
Post a Comment