Monday, July 8, 2013

Slippers

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Gambar ihsan google image.


Harini nk cerita pasal selipar. Macam2 kesah yg berlaku berkaitan selipar di tempat kediaman kami ni.
Ini semua sebab baru2 ini, selipar encik suami di kebas anjing. Untuk kali ke berapa, we lost count. Yg penting, dah banyak kali. tihihi

Encik suami dan anjing2 yg berkeliaran di sekitar kawasan campus ni memang ada bagai satu dendam kesumat. Dia x pukul anjing2 ni, tp bila nampak je kelibat encik suami, maka anjing2 ni dgn muka tensen, akan blah dr kawasan lepak dorang. Kalau jenis yg baru join the pack atau yg jenis degil ni, dia akan buat dono. So, encik suami akan jerit dgn suara yg garang.. dia akan ckp, "AWAY!" fyi, anjing2 kat sini semua speaking. hehehehe.. Bila dah terdengar suara garang encik suami tu, maka blah la anjing2 tu. Maka nk dijadikan cerita, cara anjing2 ni balas dendam adalah, mencurik sebelah selipar encik suami. Kadang tu saya tergelak jugak. Mana x, bila time nk keluar, encik suami akan mula bebel kat luar rumah. Bukan sekali dua.. dah banyak kali la. tinggal sebelah jer selipar dia. Sian tu sian jugak. Tp yelah, namanya pun binatang. Tp pandai pulak tu, ambik satu.. saja lah kot nk bg terseksa jiwa dan raga encik suami.hahaha

Itu bila anjing kebas, kita taulah yg itu perbuatan anjing. Nak marah lebih2 pun x guna. Tp, bila selipar yg hilang tu di curi oleh manusia, mmg sakit hati. Selipar saya pernah dicuri, tapi, org yg ambik tu, dia gantikan dgn, selipar dia yg lama, siap berlubang kat tapak tu. Saya ni suka ada banyak selipar, kadang sampai 3 pasang kat depan tu. Masa kejadian tu, ada dua pasang selipar kat depan tu. Mula2 saya x perasan. Sbb yg sepasang ada lagi.. then nampak satu selipar biru, lama dan berlubang.. terpikir kat adik saya, selipar dia kot.   Bila tanya dia, rupanya bukan! Masa tu baru perasan selipar saya dah x de. Geram la, kalau anjing ambik, saya x marah.. ini siap ganti dgn yg lama. Hampeh betul. Beberapa hari jugak la saya dok prati kaki org lalu lalang dpn rumah. hahaha

Till next entry.


Saturday, July 6, 2013

Kereta Tua

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini saya dan encik suami pergi mengambil kereta tua yg masuk hospital pada 16/6 haritu. Siap 2-3 hari lepas, so hari ini tadi kami berdua memulakan perjalanan ke Senawang. Kenapa jauh na kat Senawang keta tu? Mana x jauh, dia mati tgh highway nk ke Batu Pahat. Gearbox dia koma. So kena tow ke Senawang dan terus tinggalkan untuk di baiki.
Ni semasa kejadian rosak-16 June 2013

Dengan hati yg berbunga2 rindu kat kereta tua, kami pun mulakan dengan bismillah. hehe
Naik komuter dari Kajang. Dalam perjalanan ke Senawang, tiba2 tukang pomen telipon, katanye, sepatutnya turun kat Sungai Gadut. Mana kami nk pi tau kata kena turun kat Sungai Gadut. Ingatkan kedai nya kat Senawang, maka station Senawang la. So, sebelum sampai ke stesen Seremban, saya ni, ternampaklah Seremban Parade. So ckp la kat encik suami, wahhh.. kalau brenti kat sini, boleh gi Seremban Parade. Sebenarnya, saya kelaparan masa tu. So turunla di stesen Seremban. Kami teruskan perjalanan ke Seremban Parade. Nampak mcm dead je tempatnya. Rupa2nya, tgh renovation. Cuma ada McD, Pizza Hut dan Parkson sahaja yg buka. Apa boleh buat, nasib badannn. hehehe.. mkn la McD.

Selesai mkn, kami sambung perjalanan ke Sungai Gadut. Sementara tunggu train yg seterusnya tu, encik suami pulak kata nk ke toilet. So dia gi sorang2. X sampai beberapa minit dia ke toilet, train sampai. Hurmm.. Terlepas la.. tunggu pulak yg seterusnya. Lepakk!!

Sampai je train, kami naik, sehingga la last station, iaitu, Sungai Gadut. Stesen baru.. mmg cun gile. Tunggu pulak sampai sakit pinggang dan lutut berdiri kat luar stesen tu. Tunggu apa? Tunggu tukang pomen dtg ambik la.

Sampai ke kedai pomen. Alangkah sayunya hati melihat kereta tua dibiarkan tersadai di tepi jalan. Kedua2 tingkapnya dibuka. Pomen suruh try. Kami naik berdua.. hati saya sebak.. stop satu beat. KOTOR!! Minyak hitam tumpah kat seat belakang! Minyak hitam di alas letak kaki driver dan penumpang! Minyak hitam di bahagian atas kereta! Malah Minyak hitam terpalit di tepi sikat di dlm compartment!Sunglasses saya pun mereka ambik pakai! Apa niiiiii??? Ya Rabbi. Menyirap darah. Sedih. Pilu. Menitis airmata saya. Ini harta kami. Kenapa x jaga langsung?? Alasannya senang saja, rosaknya banyak.. so biasalah kereta jadi kotor. Saya akan anggap benda itu normal kalau minyak hitam x tumpah di seat belakang meninggalkan tompok besar. Kalau tuan2 dan puan2 mcm mana? Apa reaksi?

Sedih saya sepanjang perjalanan balik, saya bebel. Encik suami pun sedih. Tp dia x tunjukkan. Dia call kawannya yg punya Carwash. Terus bertanya, bolehkan dicuci seat belakang? Jawapannya, Boleh. Alhamdulillah. Terus balik ke Semenyih dan ke Carwash itu. Pekerja di situ agak skeptikal ttg minyak hitam tu, tp setelah dia cuci dan sental dgn special chemical, Alhamdulillah, tanggallah jugak sedikit kesannya. Di cucilah kereta tua, di snow wash kan, di vakum kan. Lega hati selepas itu.

So pengajaran buat kereta tua yg disayangi dan dikasihi, janganla buat perangai merajuk di tengah highway lagi. Agak kalau nk buat perangai, silalah buat perangai tu di kawasan sekitar semenyih dan lembah klang. Buat tukang pomen itu. Terima kasihlah kerana membuktikan yg anda semua tidak bertanggungjawab dan tidak amanah. Semoga perniagaan anda terus maju.

Selepas di perbaiki.. SPA-6 July 2013
So, until next entry.

Thursday, July 4, 2013

Tak de title

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Harini saya x boleh nak pikir apa yg saya nk boh as a title. Agak lewat mlm tadi kami dikejutkan dgn berita pemergian seorang staff di tempat kerja encik suami. Bergegas encik suami dan beberapa orang rakan lain ke hospital.

Secara personalnya, saya kenal arwah. Beberapa thn yg lalu, sebelum arwah berkahwin, arwah kerap juga dtg ke rumah bersama seorang lagi rakan lain. Masa tu, arwah dan rakan lain tu, asyek bermain badminton. So terkadang tu dia crash kat rumah rakan tu. So, dr situ, kami kenal arwah. Walaupun x rapat, tapi, bila bertemu dgnnya, dia akan tersenyum. Isteri arwah pula, seorang cikgu di sekolah rendah tempat anakanda belajar dulu. Jadi, skali skala tu terlihat juga kelibat arwah di skolah.

Berita pemergiannya, somehow agak mengejutkan. Yelah, arwah ni sihat orang nya. Cuma dr berita yg saya dpt melalui encik suami, arwah baru sahaja lepas menjalani pembedahan membuang tonsil dan dia terjatuh beberapa hari sebelum dimasukkan ke hospital swasta. Hospital swasta tu pula, minta isteri arwah, agar dia dipindahkan ke hospital kerajaan setelah mendapat tau bahawa, arwah menghidap kanser darah(saya x pasti). Kesian. Kata wakil dr hospital swasta, mereka x punya pakar dlm hal itu.

Petang semlm, arwah diletakkan di bawah life support system. Kami x tau arwah dimasukkan ke hospital dan kami x tau yg arwah berada dlm keadaan kritikal. Bukan lah maksud saya kalau kami tau pun kami boleh buat sesuatu. Jika ada sesuatu yg boleh kami lakukan pun, jika tempoh pinjaman Allah untuk dia kepada kami sudah tamat, gunung emas pun x boleh nk melanjutkan tempoh pinjaman tersebut. Wallahua'lam.

Sudah sampai masanya, sudah ajal dia, Allah lebih sayangkan dia. Antara kata2 yg pasti didengar oleh isteri arwah. Hatinya Allah saja yg tau. Anak2nya masih kecil. Yg paling tua pun 3 tahun. Masih bermain2 di hospital semalam ketika arwah ayahnya sedang diuruskan pihak hospital untuk di hantar pulang ke kampungnya di Johor. Apa yg dia tau. Mungkin dia tau, arwah ayahnya dah x menderita.

Saya x tau apa yg saya nk katakan. Apa yg saya tau, kita hanya dipinjamkan oleh Allah hanya untuk jangka waktu yang tertentu. Sesetengah org, panjang jangka waktu nya, sesetengah org pula, pendek sahaja. Sampai masa kita, sedang buat apa dan dimana pun kita boleh pergi meninggalkan dunia pinjaman ini. Marilah kita bersama2 hargai apa yg ada di depan kita. Kasihilah org tersayang dgn sepenuh jiwa dan raga. Bersyukur dgn nikmat yg tuhan beri walaupun sekelumit.

Saya doakan semoga roh arwah ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman dan dicucuri rahmat-Nya. Semoga ketabahan menjadi milik isteri arwah. Amin.


Wednesday, July 3, 2013

Menepek

Assalamualaikum n salam sejahtera sem

Harini, x tau apa nk share, so tepek gambar jelah.
Sila Jamu mata.. heheh

Blue Ombre Cake

Carrot Cake

Rainbow Cake

Lemon & Orange Cake

Semua kek2 ni saya buat sendiri. TP bkn utk hariraya. ni kek untuk celebration la. Saja la postkan.. lately ni dok sebok buat kek & biskut utk raya, saya tolak semua order utk kek2 ni. Kiranya saya tutup order la. Nnt seminggu lps raya saya bukak balik order nya. 

Till next entry.

Tuesday, July 2, 2013

Misteri Nusantara..

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini nk bercerita ttg misteri. Saja ja letak title tu.. bg gempak sikit. hihihi
Anyway, kejadian penuh bermisteri-misterian ni agak kerap jugak berlaku pada kami berdua. Saya & encik suami. Tp x de lah sampai nk lari keluar ke bagai.

Semlm masa saya nk masuk tdo, saya salunya akan ke toilet dulu, membuang bahan kumbahan. tingkap bilik air saya diketuk. Terkejut la jugak. Tp dah tau ada yg nk mengusik.

X berapa lama dulu, saya nk masuk tdo jugak, masa tu tgh cuci muka n gosok gigi, tiba2 ada suara perempuan bg salam x cukup sifat. Instead of Assalamualaikum, dia jadik, "semkom". Meremang bulu roma, tp masa memula dengar tu, terus dlm kepala saya fikir, mcm2. Adik saya dlm kemalangan ke? Ada masalah ke dgn student2? tp bila saya tunggu untuk salam ke-2 dan ke-3 x de pun. dia skali je. apalagi. cepat2 saya keluar dr bilik air, naik atas katil, lupa ambik socks, lupa ambik air utk minum tghmlm.

Itu cerita saya. Cerita encik suami pulak, dia pernah dengar Wind chime kami yg kat luar rumah tu, di mainkan dr satu hujung ke satu hujung. Padahal dah lepas tgh mlm. Selalunya kalau angin, dia akan randomly chiming. Ini mmg seperti di sentuh dgn jari dan di tarik jari tu merentasi kesemua btg2 kecil chime itu.

Itu kisah baru2 ni. Lama2 dulu lagi seram. Tp x yah la citer bende dah lepas kan. hehehe

Till next entry. x de gambau harini. tomorrow perhaps.

Monday, July 1, 2013

Hijrah

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Sihat ka? Saya doakan semua nya sihat dan berjalan lancar. Amin.
Saya dan keluarga, Alhamdulillah, sihat. Fizikalnya sihat la. Tp emosinya agak kurang sihat.

Semlm, 30 Jun, adik saya yg selama ini tinggal bersama saya dan keluarga, telah memindahkan dirinya. Bukan la dihalau, tp dia telah mendapat kerja baru di Lembah Petaling, so, nk x nk dia kena pindah. Lebih memudahkan begitu. Sedih ke?? Opkos kami sekeluarga sedih. Anakanda sedih, Encik Suami sedih.. saya pun sedih jugak. Yelah, sejak anakanda ke MRSM, kami tinggal bertiga di rumah ni. Skarang, dia pulak keluar, so, tinggalla saya dan encik suami berdua. X de la org yg nk dibahankan. hehehe

So, ptg semlm kami ke rumah baru adik tu. Agak cun jugak la. Dah siap dgn kitchen cabinet n built in stove. Quite nice. 3 bilik tdo dan 2 bilik air. Living room area pun agak luas jugak. Agak berpuas hatila dgn keadaan rumah sewa beliau itu. Setelah melepak skejap, dan meneliti apa yg patut dan apa yg tidak, kami pun beredar.

Mlm nya pula, masa telifon anakanda, saya pun bgtau la kat dia yg aunty dia dah berpindah, terkejut la anakanda saya. Siap menangis. Sian. Manakan tidak, adik saya itu telah menjadi sebahagian dr keluarga kecil kami. Apa2 yg terjadi antara kami, adik saya sebahagian drnya. Tp mmg x dinafikan la, keputusan adik saya untuk berpindah mmg mengejutkan kami sekeluarga. Walau apa pun, itu keputusan dia. Saya x kan bantah, kalau dia tau apa yg terbaik untuk dirinya sendiri.

Inilah dia adinda saya. Sengal2 saiko orangnya.
Until next entry.