Showing posts with label Special Occassion. Show all posts
Showing posts with label Special Occassion. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

Menepek

Assalamualaikum n salam sejahtera sem

Harini, x tau apa nk share, so tepek gambar jelah.
Sila Jamu mata.. heheh

Blue Ombre Cake

Carrot Cake

Rainbow Cake

Lemon & Orange Cake

Semua kek2 ni saya buat sendiri. TP bkn utk hariraya. ni kek untuk celebration la. Saja la postkan.. lately ni dok sebok buat kek & biskut utk raya, saya tolak semua order utk kek2 ni. Kiranya saya tutup order la. Nnt seminggu lps raya saya bukak balik order nya. 

Till next entry.

Thursday, June 27, 2013

Baju raya!

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

X lama lagi, seluruh umat Islam di muka bumi ini akan menjalani ibadah puasa. Saya tau, ramai yang dah mula menghantar tempahan baju kurung, kebaya, jubah n whatnot untuk hari raya nanti. Walaupun x start puasa lagi, baju dah tempah.. bkn apa, ada diantara org yg mengambil tempahan baju raya sudah pun berhenti mengambil tempahan. Mana x tutup tuan2 dan puan2, seorang wanita Melayu di Malaysia, kalau x cukup seminggu baju baru untuk beraya, mmg x sah. Betul x? Ini yg menyebabkan org yg mengambil tempahan terpaksa menutup pengambilan tempahan baju terlebih awal.. kalau seorang 4-5 pasang baju, 10 org dah 40-50 pasang. Itu wanita bujang, kalau yg dah berkeluarga, dgn baju anak2 lagi, baju melayu suami lagi.. memang masyuk la tailors se-Malaysia bila nk raya. hehehehe

Bagi saya sekeluarga pula, rasanya lebih mudah kalau beli baju yg sudah siap sahaja. Bkn apa, kami x rajin nak cari tailor yg betul2 menepati citarasa. Sudahnya nnt, baju x siap la, x cukup kain la.. Ini semuanya pernah saya alami sendiri. Sebenarnya, bkn nk tempah pun, tp saya sering juga menerima hadiah yg berupa kain2 untuk dibuat baju kurung/kebaya. Kalau saya x tempahkan nnt, dan x pakai baju yg terhasil dr kain tersebut, kecik pulak hati org yg bg kain tu kan. So, untuk menjaga hati orang, saya tempahkan juga la. Dan adala beberapa situasi dimana saya sebok jugak nk beli kain online. So, adala kain yg perlu ditempah. 3 thn kebelakangan ini, saya telah menempah baju2 kurung untuk beraya.

Thn 2010, saya tempah dgn sebuah kedai cha ya nun alif. Melayu susah sikit nk cari yg ada kedai. kalau ada pun di kawasan kampung persekitaran, dan saya x berapa kenal. Maka saya hantarkan ke kedai itu. Siap taukenya, tanya saya, balik kampung ke raya thn ni? Saya pun jujurla bgtau, x la, kami x balik thn ni. So dia pun ambik ukuran, contoh kain & apa2 je la yg diperlukan oleh seorang tailor utk membuat baju kurung pahang. Saya hantarkan 3 pasang baju utk diri sendiri, dan 2 pasang utk anakanda. Encik Suami pula lebih selesa beli baju melayu di Gene Martino. Nk dijadikan cerita, sehari sebelum hari raya, saya pun ajak encik suami pergi ambik baju yg sepatutnya sudah siap itu, Tailor tu ckp, oh.. cuma 2 pasang baju yg sudah siap! Sepasang baju saya dan sepasang baju anakanda. Melenting berpusing kiri kanan depan belakang saya! Mana x nya, nk pakai utk raya boleh x siap?? Dia ckp, lusa, pagi2 dtg ambik yg selebihnya. Esok mesti sudah siap sbb 2-3 hari itu, pembantunya x dtg kerja sbb x sihat. Ok la, kami pun balik. Masuk hari ke-dua raya, saya x de baju baru. Encik suami pergi ke kedai itu, pagi2 tu, dan cuba teka? Baju saya x siap lagi!!! Ini sudah lebih kan??kan?? Saya yg dirumah tunggu la bagai nk rak, 3 jam suami saya keluar semata2 nk ambik baju tu. Rupa2nya, Tailor tu suruh suami saya balik dan dtg pulak esok untuk ambik baju yg lagi satu. Ada ke gila, asal nk pakai je nk kena ke kedainya ambik baju. Sengal! Padahal bayarannya kami lunaskan masa membuat tempahan. Bila saya kata saya kan dah bayar, kenapa x siap jugak.. dia boleh jawab.. sapa suruh lu bayar? Gila pailang x tailor tu?? wahaha Masa yg 3 jam suami saya keluar tu, encik suami paksa tailor tu siapkan baju saya dan dia sanggup tunggu. Oh encik suami.. sanggup tunggu. sian.

Itu thn 2010. 2011 lain ceritanya, saya tempah dgn seorang makcik di kampung mana entah saya x ingat sbb adik saya yg pergi buat tempahan tu. Dpt balik baju yg dah siap awal gile. Tapi, ada tapinya...hahaha, baju yg saya tempah tidak menepati citarasa. Untuk mengubat kelukaan hati saya itu, encik suami belikan baju yg sudah siap 2 pasang untuk saya. hehehe

2012. Thn lepas, kami balik beraya di kampung saya. Sarawak. Mak saya pulak sudah tetapkan dr awal thn yg dia mau anak2 menantu yg balik mempunyai baju yg mengikut tema hari raya. Warna, kelabu, purple dan biru. Warna kelabu utk raya pertama. Biru utk raya ke-2 dan purple utk Open House nnt(raya ke-4).So saya pun pergi buat tempahan ke sebuah kedai melayu di Tesco semenyih. Baju yg terjual di situ mmg menarik. Beli sehelai baju yg sudah siap utk anakanda dan tempah yg selebihnya untuk dirisendiri dan adik di kedai tersebut. Ceritanya, baju kebaya saya yg berwarna biru adalah terlebih besar, baju purple yg ditempah   katanya x cukup kain, so dia x buatkan. Hangen? opkos la. Kalau dah dia x buatkan tu, dia bgtau terus kat saya kan senang. Ini dia boleh perap kain tu dan tunggu sehingga saya dtg ambik baju yg dah siap utk raya. X pun apalah salahnya dia buka satu slot utk saya bg menggantikan kain yg dia x buat tu. Bernanah je hati! Sudahnya, beli yg sudah siap 2 pasang dan 3 pasang yg siap utk anakanda. Nah! Puas hati saya.

Tahun ini, saya x mau tempah.. saya beli je la. Senang. X pening kepala dgn karenah tukang pembuat baju.
Baju anda semua dah tempah?? hihi

Until next entry.

Friday, May 18, 2012

Hari Guru 2012


Selamat Hari Guru kepada semua guru di mana saja berada. X kira lah anda bekas guru, guru sementara atau guru ganti. Hari Guru merupakan hari yg memperingati jasa guru² di seluruh dunia. Setiap tahun tanggal 16 Mei, sambutan Hari Guru telah diadakan di setiap sekolah di seluruh Malaysia cuma mungkin lambat sehari dua dr tarikh tersebut bergantung pada sekolah masing².




Gambar di atas ni, adalah hadiah yang kami sediakan untuk guru² yang mengajar anakanda pada tahun ini. Tiada apa yang istimewa cuma ingatan tulus ikhlas sebagai tanda terima kasih yang x terhingga kerana telah membantu, memberi tunjuk ajar dan yang penting, mencurahkan ilmu yang x ternilai harganya. Ini cuma "a small token of appreciation" jika dibandingkan dgn apa yg telah diberikan kepada anakanda kami. We only hope that  they enjoy the cake.

Satu lagi gambar cake saya x tunjukkan kat sini sebab decorationnya amat comot. It's a Vegan cake specially for guru² yg vegetarian.

Untuk guru² yg pernah mengajar saya masa di Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah & lecturers di ITM, Terima kasih yang x terhingga saya ucapkan. Semoga guru² ini sentiasa dalam lindungan Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik sampai bila².Amin.

Cheers!

Thursday, May 17, 2012

Spell-It-Right

Assalamualaikum n salam sejahtera semua.

Harini, saya telah berjanji pada diri saya sendiri untuk buat lebih post utk blog saya ni berbanding tahun lepas. so chaiyok².

Sebelum saya teruskan dgn bercerita lebih panjang lebar tentang tajuk di atas, saya nk tanya, apa khabar semua? Saya dan keluarga, sihat Alhamdulillah.

Berkenaan tajuk entry harini, Spell-It-Right, minggu lepas, hari Sabtu, telah diadakan pertandingan tersebut dan  kami anak beranak bersama² seorang kawan baik anakanda telah pergi dan menyaksikannya. Bkn apa nk pergi tgk, anakanda telah menyertai pertandingan tersebut.

Kisahnya bermula begini, bulan lepas, kitorang dah dengar pasal pertandingan Spell-It-Right ni, so adik saya, dah pergi beli newspaper NST dan suruh saya isikan. Dia kata, nnt dia tlg faxkan. So mlm tu, isi lah borang penyertaan tu dgn harapan dapatlah anakanda terpilih untuk menyertainya. Lama jugak saya tunggu jawapan dr pihak yg menganjurkan sehingga terpaksa memujuk anakanda bahawa dia x terpilih & not to worry. Its probably there's too many people have already entered the competition. So, kami semua dah kira cam, x kisah lah. Alih² minggu lepas, hari Khamis, saya dapat panggilan telefon dr pihak penganjur, bertanyakan email address saya & org tu bgtau yg the event will be held on Saturday. WHAT?? in a matter of 2 days, we have to get our daughter ready for the biggest spelling competition in Malaysia and we're not even sure if she will be selected in the first place. Saya rasa, itulah hari yg sangat2 mengujakan. Terus call encik suami mintak tlg print out email tu. Lepas tu masa ambik anakanda balik dr skolah, terus gi jumpa cikgu English dia, mintak tlg coach anakanda di sekolah the next day.

Hari Khamis tu, anakanda balik jer dr skolah, terus practice dgn dictionary. Alhamdulillah, we have 1 of many dictionary yg akan digunakan utk pertandingan tersebut. Ours is Cambridge Advance Learner 3rd Edition. So ke hulu ke hilir la dgn dictionary. The next day, kat skolah, her english teacher only coach them(anakanda & another boy) for half an hour. Balik rumah, lepas mkn, terus proceed practice spelling lagi.

Come Saturday. Anak beranak bangun before 6 to get ready. Siap saya masakkan bihun goreng for breakfast. Yelah, kena la bangun awal. Semenyih ke Tropicana Mall tu bkn dekat. Nak² kalau jalan sesak. We dare not take the risk to be stuck in traffic, so by 7, we left the house. Picked her bestfriend up and we're on our way. Reached tropicana mall before 8. Masa sampai tu, ramai jugak parents, teachers and students yg dah sampai. Masing² dgn segala macam cara untuk menghadapi pertandingan tu. Selesai pendaftaran, terus cari tempat duduk. Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 10 barulah nak mula.

Masa anakanda kat atas stage tu, sayalah yg paling nervous. Siap menggigil jari ni. Alhamdulillah, lepas pusingan pertama dan kedua. anakanda telah berjaya terpilih sebagai finalist. Throughout the whole thing tu, terkeluar lah perkataan² yg x pernah didengar walaupun saya ni bolehlah dikira banyak jugak membaca. Nasib x menyebelahi anakanda, dia tersingkir di pusingan kedua final. Kitorang kira² dia no 7. Alhamdulillah la jugak. Dgn masa yg terhad untuk berlatih berbanding skolah² lain. Ini dikira sudah cukup baik bg kami sekeluarga. Anakanda dpt RM100 sebagai hadiah saguhati.

Inilah satu² pengalaman yg x mungkin kami akan lupakan seumur hidup. Dan tahun depan , Insha-Allah dipanjangkan usia, kami akan dtg lagi. =D

Cheers!







Monday, June 20, 2011

Missing Ingredients~

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Apa khabar? Saya, sihat sejahtera.

This entry, I'd like to talk about my favorite subject. FOODS! Yesterday, a friend came to our house with her daughter. We were spose to discuss our lil project and EAT while doing that. So couple of days before that, I've decided to make Mee Jawa for lunch. Its not what we can find anywhere in semenanjung so, its kinda like a treat for us Sarawakian to be able to get our hands on it.

So, the journey to cook a nice Mee Jawa begun. First, the recipe..a few came out but only 1 that i think i can trust. Got the recipe, Saturday nite, my husband & I went to pasar mlm to get fresh ingredients for the recipe. That nite itself, I did some preparation for the gravy.

The thing is, after so long not having mee jawa, I remember that I actually forgot how it taste n smell. Thats where my sister came to the rescue. She said that the gravy I made, smell & look like Mee Jawa gravy, but its not thick enough. We add some more sweet potatoes to it to make it thicker but unsuccessful. After adding all of the remaining taters, nohing changed. Finally, we decided to add some flour to thicken the gravy. Just this once I thought. Next time, I'll buy more sweet potatoes just in case. hehehe

After Mee Jawa, we sat down to discuss a few details on our project while my brownies doing its wonder in the oven. It smell so good & it didn't took me too long to realize, that I've forgotten to add some baking powder to it. Dang! It still taste good tho. heheh

So thats my entry about food, missing their ingredients but still taste OK. hehehe
Will try not to be too careless next time around. We promised to see each other again this wednesday to continue with our lil project. I will let u guys know what it is when its ready.

Till next entry.
Cheers

Sunday, June 19, 2011

Work.

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..

How u guys doing? Saya, seperti biasa, sihat la jugak.

Seperti biasa jugak, dah lama x update blog saya yg dah berwajah baru ni.. hehehe..sempat saya mencantikkan blog saya ptg semlm sebelum gi keje. Cantik kan? hahaha..

Saya nk citer pasal keje this time. Hari Sabtu yesterday, June 18, bkn seperti any other Saturday. I have to work. Its our centre sorta fun house. It was soo much fun having those students of ours having fun with english. We had, Line Game, Charade & Ghost games. U can really see it on their face that they were having fun. Every game however based on the using of verbs. They have to use verbs to play the game. Every students have to participate at least once. Even the quietest ones have the opportunity to join in the fun. I dont have to tell u about the chatterboxes. LoL.

The fun house starts at 10:30 & ended at 12:30. By the time it was over, I was all hyped out. Tired but fun. The whole thing was a success. The students demanded to have another session so our principal thought that it would be a great idea to do it again in the near future. Can't wait actually. hehehe..sounds crazy yes? but i really enjoy my work.

The thing with my work is that i have to be responsible to some students..ie a monitor teacher to 3 students from 3 different levels. Well of course i have to be responsible to any students that come to my table to learn but those 3 are in need of special attention. 1 in particular is this Malay girl. I would really love to see her move forward in her english class. She can read english, she can answer those questions in the worksheets but she doesn't understand any of it. Weird? No. She answer those questions by scanning thru the passage given. She read english for the sake of reading. Understanding it is still way beyond her reach. She is also the main reason I have to think twice, thrice about quitting my job for god sake! lol.

Ok, moving on. Today is Father's Day! So, Happy Father's Day to all daddies all around the world.

Last week, June 12th , was my 33rd birthday! Yes, saya dah tua!!! boohoo.. lol
We were in Genting n encik hati took me n Princess to Coffee Terrace for buffet dinner. My sister, gave me a Handbag n a cookbook, my MIL, gave me a house like key holder n my aunt gave me 2 recipes book. Then encik hati took us to bookxcess n got me 2 books by my fav author, Patricia Cornwell. Thank you everyone. I heart u guys so much. N my parents call me on my mobile to wish me happy birthday. Very much appreciated! Time kaseh mak & bapak for giving me this life. I love you both sampai kiamat!

Thats all for now. Till next entry.

Cheers!

Friday, March 4, 2011

Chek Ieja gi Camping~

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..salam 1 Malaysia..heehehehehe

Pe khabar? sihat i hope. Saya, sihat alhamdulillah. Walaupun hakikatnya, x berapa nk sihat. Blocked nose, batuk skali skala ..tp alhamdulillah, masih bernafas utk menaip blog arini. =)

Entry title: Chek Ieja gi Camping
Camping Ground: School Field
Date: March 4th & 5th 2011

Haaa...Chek Ieja atau sering saya panggil Princess nk gi camping arini. So sibuk sket dgn preparation utk dia ber-camping. Yelah, ini kali pertama dia nk gi camping. She's uber excited. The hype of this camping trip been buzzing our home for a while. Yelahkan, cuma yg terpilih akan dpt menyertai trip ni. So she was hysterically happy to be selected. Its not just the camping trip that excites her, its the idea of sleeping in the same tent with her best friend ST that make things doubly fun & exciting to her eyes.

Whats with chek ieja? hahaha..that's what her young cousin Anna used to call her when she couldn't pronounce her name properly. We kinda like it. Chek Ieja. Sadly now, she no longer calls princess by that name. Well, she's big enough tho. I love that lil girl. She's the funniest of the troop. hehehe Our very own Drama Queen that she is. lol

Anyway,I've just finished ironing n packing stuff for Chek Ieja's camping trip. Trying hard to make sure everything is in order & ready to go.

Lets just hope everything went well for our darling chek ieja. Will post some pikchers, maybe tomorrow on this matter.

Adios all. Till next entry.

Cheers!

Saturday, October 2, 2010

Sempat Lagi kan?

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

First n foremost, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. fuuhhh..sempat ler nk wish. hehehe

Tahun ni lambat sikit nk wish sbb busy x hengat punye pasal. Bkn busy beraya or busy balik kampung tp busy yg lain. Raya ni pun macam x raya sbb satu rumah pun kitorang x pi thn ni. Cuma beraya di rumah MIL dr first day of Eid, sampailah ke hari yg ke berapa entah. Reasonnyer, Nenda Azlan telah gering sepanjang tempoh tersebut.

Then, hari Isnin hari tu, anakanda plak kena chicken pox. Yesterday plak saya start keje.

Oh..nk tanye u guys, ingat lagi x ngan majalah Dewan Pelajar? Masa skolah rendah dulu, bile dpt Dewan Pelajar, syok kemain lagi kan. Best sbb ada mcm² info berguna dlm tu. So, nk di jadikan cerita, a couple of weeks ago, yours truly, bought that mag for Princess. Well, I've always talk about how poor her BM was n thinking that its time to prepare her for UPSR in 2 years time,so the idea of getting DP seems like a good idea then. Its not all poor now(her BM), she've improved tremendously. Its not becoz of DP of course but we've been getting her Malay Teens Novels. Banyak jugaklah yg dia dah baca n her karangan mmg dah bertambah baik. Penguasaan kata kerja, kata nama juga dah makin bagus. Pengolahan kata pun better.Alhamdulillah.



Back to Dewan Pelajar. Dah 2 minggu saya beli majalah tu. Keputusannya, majalah itu, masih di tempat yg sama that I've left it for her to read n still in MINT condition, ie, x di baca langsung!

Geram pun ada jgk. Sbb kalau beli entertainment mag spt, Galaxie, Hot, Hello, mesti dia baca that instant front to back. Kenape ek sampai jadik cam gitu? sbb banyak sangat kena sogok ngan bende² tu ker eh? YANG PENTING, majalah DP tu x disentuh langsung. Kesian majalah tu, mesti rasa kecik ati sbb x der org yg interested nk baca. Or maybe if dorang paparkan isu seperti selebriti yg bermati-matian belajar just to inspire young readers then maybe it'll be as interesting. Then again they might not call it Dewan Pelajar.

Out of curiosity, do people actually call u lame if cought reading Dewan Pelajar. Back in my days, u'll be the coolest kids to have DP in hand. Then again, those were the days! Princess even made me kiss n hug her at home just so I dont have to do it in front of her schoolmates! She'll go berserk if I ever hug her or kiss her in public. The same idea only applies to parents kissing or hugging their kids but not necessarily applies to them. Oh yeah..they can kiss u or hug u whenever, wherever they felt like it. Ask n u shall get also does not applies to parents in public spot but MAY be done at home.But, Only when they felt like it too. No questions ask.

Apa² pun, saya dah x der idea nk type nih. heheheh

Sebelum saya mengundur diri, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Salah silap, kasar bahasa, halalkan makan dan minum. Thn ni x buat open house sbb rasa cam x appropriate lak nk buat open house. Perancangan dah buat awal² tp keadaan x mengizinkan.

Sekian till next entry.


Cheers!
noreez™(^^,)

Wednesday, August 11, 2010

Marhaban Ya Ramadhan Al-Kareem~

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...


Mula skali..Marhaban ya ramadhan! Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah.

Syukur ke hadrat Illahi kerana ditemukan lagi kita dgn bulan suci mulia Ramadhan tahun ini.

Mudah²an Ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan, keinsafan buat kita semua. Amin.


Unlike the past few years, this year, I hope to celebrate Ramadhan dgn sinar cahaya. Insya-Allah. Not that thn² lps x bercahaya Ramadhan, cuma kali ni, lebih bererti. Permulaan kepada sesuatu yg lebih terang. Mudah²an Allah akan sentiasa bukakan hati insan² tercinta untuk menerima cahaya keinsafan. Amin.


Alhamdulillah jugak, berkat keizinan-Nya, setelah sekian lama, semlm kami sekeluarga, menunaikan ibadah solat Tarawih. Mudah²an jugak, sehingga ke penghujungnya. Insya-Allah.


Bulan² puasa mcm ni, aku selalu terkenang zaman budak² dulu. Masa tu kitorang dok kat Kem polis batu kawa. Setiap menjelang bulan ramadhan, kitorang budak² lah yg paling busy. Bkn busy aper..ke surau dlm kem tu, bertarawih, bertadarus..seronoknya. Rasa seronok sangat bila menjelang Ramadhan. X tau kenaper, tp, perasaan excited semacam. Mungkin masa tu, asek terpikir nk raya kan. X sabar nk beraya & jugak x sabar nk dpt duit. Bkn duit aper..masa tu, bile bertadarus, org surau akan bg saguhati buat budak² yg join tadarus. Dlm 30-50 sen semalam. Syok x? banyak tu masa tu kalau dpt 30 sen semalam pun dah seronok sakan.


Lagi satu seronok pasal masa tulah dpt jumpe kengkawan anak² polis lain. Best tau. Balik tadarus sampai kol 12 tgh mlm, balik berkumpulan. Best giler~ huhuhu.. Mak pak pun x bising sbb tau kitorang ke surau.


Aku, kakak aku ngan beberapa org yg lain plak, akan ditugaskan kat dapur surau utk bancuh kopi dan teh utk jemaah. Dpt duit jugak tu. huhuhu


Sebelum start melalut citer lain plak..baik aku stop dulu. Lenkali sambung balik.


Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak buat semua. Puasalah dgn penuh keikhlasan, keimanan dan ketaqwaan.


cheers!!

noreez™(^^,)

Monday, May 10, 2010

Mums Day!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Happy Mother's Day to sumer ibu² di seluruh dunia ni.

Arini aku bgn tdo agak lambat sikit. bkn sbb aper..tp mls ya rabbi. terjaga kol 8 lebih, then 10 lebih then 12 lebih..then kol 3 baru membangkitkan diri. bangkit tu, rasa sedih jer..yelah..setiap thn, sejak Princess pandai menulis dan buat card, dia akan buat 1 card utk aku, tp arini..x der pun, selalunyer, tgh mlm semlm dah ader org wish happy mother's day..tp last nite..sumer org cam lupe jeer. sedih lah. then aku start mengomel..sambil kemas mana yg patut..sedih lagi ni..sbb x der org wish..last² aku senyap jer..mls dah nk mengomel. penat! huhu

Then, terajin lak..masak utk dinner..dah x der org nk ajak kuar mkn to celebrate..aku pun masak lah..masak nasik, lemon chicken, buttered prawns n stir fried mix vege. sebelum start tu, Princess pass card mother's day yg dia buat pg tadi. dlm tu dia tulis, " Happy Mother's Day! Today , I will be singing "The Best Day" by Taylor Swift. I hope you'll like it. I love you, Mummy!!!p.s remember to look at the back of the card. By, Me....."

I was crying when i heard her singing that song. Its the best mother's day ever!

Here I'd like to share that song with u guys. So..Enjoy!

Till next entry..
cheers!!
noreez™

Friday, April 2, 2010

Penang

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Apa habaq? sehat ka? heheh...kalau x sehat..sendiri mau ingat lah yer...

hurmm..blog ni kan..bile teringat baru nk update..bile x ingat...sunyi sengap jer..sian.
anyway, x der cerita nk di share sebenarnyer..nampak cam boring jer kehidupan aku lately ni kan..x perlah...biarlah boring kan drpd aku buat2 cerita kan..tuhan marah lak, idup x aman...nau'zubillah.

sebelum terlajak..marilah kita bersama² sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Din Beramboi yg telah kembali ke rahmatullah. Kehilangan seorang lagi insan seni yg sering buat aku x kering gusi bile tgk dia kat tv or dgr suara dia kat radio ERA. Semoga, roh allahyarham di tempatkan di kalangan orang² yg beriman. Amin.

sememangnyer, x ramai yg boleh dikatakan peminat dia. tp aku sejak dulu lagi, mmg minat lawak dia walaupun lawak dia kadang² boleh buat org sakit hati tp sendiri mau ingat lah. x semua manusia ni perfect kan. Pak Nil td masa aku tgk tv, menangis bile bercerita ttg arwah. Sedih.

Moving on.. haritu cuti skolah, kitorang ke Penang. Pergi pun bkn utk suka² tp utk menghadirkan diri ke kenduri kahwin makcik azlan.dan saya plak, selaku pengubah hantaran, kenelah ader skali, sbb nk make sure, hantaran semua di settlekan.alhamdulillah, semuanyer berjalan ngan lancar.

Lps kenduri kendara tu, kitorang stay lagi sehari while the rest of the family heads home to PJ. So, plan ler nk ke Toy Museum. berpeluh jugaklah carik toy museum tu n bile sampai tu, Princess lak di charge as an adult sbb kalau nk masok situ kena ikut ketinggian n bkn umor. keadaan dlm toy museum itu sungguh menghampakan. sedih tgk, toys kat situ x dijaga dgn elok. glass kepada display unit kat situ, made of plastic, then some dah pecah². lantai plak jongkang jongkit. Toilet lak..hurmm..terbantut proses pembuangan air kecik. SMELLY.DIRTY. Sayangnyer sebb, kebanyakkan toys kat dlm "so-called-museum" itu quite impressive. Di harap pihak management boleh mengambil langkah yg sepatutnyer utk memastikan lebih ramai pengunjung yg dtg ke situ berpuas hati.

Lps ke toy museum tu, kitorang terus ke Butterfly Farm. Puas hati sbb mmg byk butterfly n critters yg kitorang leh tgk kat situ. So, berbaloi lah rasenyer ke situ.

After Butterfly farm, kitorang pun mengatur langkah , utk balik ke Damansara. Sbbkan princess x pernah rasa lagi naik feri, so we decided to tunggu feri n give her that once in a lifetime xperience coz u never know bile ferry sservices akan di tamatkan. anyway, menunggu punyalah lama..aku siap dah start nk hangen dah sbb kena beratur tunggu sampai sejam lebih. tu tunggu nk masuk ke feri tu, bkn tunggu dlm feri nk sampai ke seberang. dahlah our air-conditioner keta kehabisan gas masa tu. memula tu rase menyesalnyer opt to naik feri. then bile dah on the ferry itself..rasa cam..seronok sgt. its worth the wait.

then balik ke damansara, tidur semlm, pas tu ke semenyih for the rest of the school holiday.

tu jerlah nk share this time. till next entry.

cheers
noreez™(^^,)

Tuesday, March 9, 2010

Apa Punya Turr!!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer....

harini tadi berjalan seperti biasa. lancar. ptg td lps adinda balik dr keje, dia dan Ipin hangkut aku ngan Princess ke PJ. Kesahnyer bahan² aku nk buat hantaran utk makcik di Penang x cukup..so kena gi replenish lah. heheh

Alang² dah ke PJ, singgah ke rumah MIL skali. Nk ambik kotak jam, baju melayu dan kain songket utk di gubah nnt. Sesampai jer, MIL pun busy lah call org yg bertanggung jawab utk supply Pulut Kuning. Apadaa org tu, tau dia kater aper..." Haaa..saya x leh masak lah pulut kuning pasai abang saya nk mai dok sini. Saya ingat hari khamis la baru nk habaq kat cik ct pasal tu." we were like...HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA????? aper punyer org lah mcm ni. First of all, akad nikah, hari Sabtu. so dah tentu barang² hantaran kena siap n complete by saturday morning to be safe. paling lewat pun by saturday afternoon. Boleh dia kater hari khamis baru dia nk gitau yg dia x leh nk buat pulut kuning tu. hampeh betul lah! Klau hari khamis baru nk bgtau, masa bila yg nk sempat carik org len utk buatkan pulut kuning, hias bagai?? suke suki hati mak pak dia jer kan.

So, utk mengcover ketiadaan pulut kuning tu, kitorang pun dok lah fikir , aper nk ganti kan ngan pulut kuning? makanan lagi ker? coklat dah ader, cake, fruits, n cookies. dah der 4. kalau nk bg mknn lagi kang, cam x der idea lak. MIL lak ckp..what about sejadah? Bkn x leh bg sejadah, skang ni dah hari selasa mlm rabu. Maner nk sempat gi carik sejadah yg samer kaler theme ngan barang² lain. lagipun, saper yg der masa nk gi carik sumer..chek x dak kreta. kalau chek ada kreta, senang gak lah chek nk pi carik. So, kesudahannya, kitorang agree to tambahkan tuala jer. sbb tuala baru yg sama theme color ngan hantaran lain, dah der dan x pakai lagi kat umah MIL tu. So esok, insya-allah, kalau x kebuntuan idea, mungkin leh siap kan sumernyer. cuma nk tunggu dan lihat, cake, dan jugak bakul buah²an jer biler sampai ke Penang nnt.

So..chaiyok² utk diri sendirik! hehehe

cheers!!
noreez™(^^,)

Oh yer.. luper nk bagitau korang.. Ayahanda Lizzee telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu minggu lepas. Doakan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang² yang beriman hendaknya. Amin.
Semoga, ahli keluarga Allahyarham di beri ketenangan dan redha dgn pemergiannya itu. Amin.

Tuesday, January 5, 2010

2010

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Ada sihat? tadak sihat? kalau tadak sihat..makan obat. eheh

Firstly, Happy New Year, ssemoga thn baru ni memberi lebih keharmonian, lebih masa utk beramal, lebih masa utk anak n hubby, lebih masa utk sister tersayang, lebih kurang musuh, hahahaha..semua nk lebih..masa bila yg nk kurang..o, ya, kurang berat badan, kurang dosa..dsbnya lah.
Harapan aku, kengkawan dan kenalan sumer, akan lebih berjaya di thn baru ni, lebih rapat hubungan kita k..=D
Azam thn baru:
1. Nk jumpa del n lizz
2. Nk gi bercuti lebih kerap(mengikut kemampuan..kalau terlebih mampu baik wat haji jer kan..)hehe
3. Amal ibadat dan jariah, nk buat lebih thn ni.Insya-Allah!
4. Thn ni x nk gadoh ngan my MIL. hehehehehehe-ni penting nih kalau nk kurang dosa..tol x? hahahaha
5. Nk berbaik² ngan sumer org , kalau blh, thn ni, x nk carik lawan, nk carik kawan..siyes nih..

ape lagi yek..tu jerlah buat masa ni
kalau teringat pulak nnt, i'll update later..hehehe

Papehal, Selamat menyambut thn baru 2010.

cheers!
noreez™

Wednesday, October 21, 2009

neighbors~

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer....

How u guys doing? hope all is fine. As for moi...OFFENDED a lil but otherwise A-okay!

Why do u ask? O nothing...its just that few weeks ago we did the "Open House" thing, everyone was there but my next door NEIGHBORS!!!! Oh how i felt so sakit hati. U may think that..well, they might be somewhere else attending some other Open house invitation or they're too busy with some urgent matters. U r then a 100% wrong my friends!

Okay..neighbor number one-
  • a week before that, I told her myself that we're gonna have this Open House thingy. Invited her then.
  • Few days before the event, I invited her. AGAIN.
  • Saturday-Open House, Friday-she knocks on my door, then calls(YES!CALL-S) me -to my horror should somekind of emergency had occur.Guess what?? She just wanted to have a womenly gossip session!!!! I was so freaking pissed! She should know better than to bother me on Friday coz that would be the busiest day before the event. Note here that i did all the cooking myself. Not to mention the cleaning.
  • Saturday-knock on her door, maid told me, she's not around..she just left with her husband.

I was still very calm then. Not to worry..our Open House starts at 2 pm -8 pm. I then look out the window, n there...their car! Its there!!! Its F*****G there!!!On the parking lot in front of my house!!! Its really there! I wasn't imagining things. Then i remember..since their maid told me earlier that they went out n if they were REALLY out, I think, I'll just wait. They'll have to pass my house anyway. Still no sign of them. N their car-still there.

I know she's inside. Didn't even bother appologizing the next day. Saw them having lunch as their front door's always open. I just couldn't face her or some bad words might go their way. So decided to stop talking to her. It never was a very intelligent conversation I have had with her before anyway. Well..not until i totally cool down. As for now..I'm still upset.

Thats neighbor numero uno. Neighbor no 2 is a no show either. Same case, saw both their cars on the parking lot but they "appear" to be away. HAHA! Very funny people!The next day, she ask me, "Kak Nor, ur open house, its today rite? or that was yesterday??" AHA!! i knew she's gonna ask me that! I knew it!Come on!!!I invited her 2 days before n she said "yes we'll definitely come. we have nothing to do that day anyway." They saw my wet kitchen yesterday. All the big pots n pans, n me being there since early morning. Dont tell me that it didnt occur to them that i was cooking for a whole lot of people. I did answer her though. I said,"YESTERDAY" n i left.

Ooo..both neighbors owe me some moolah. U think it could be the reason they prefer to hide then come n serve my invitation? Well, to me, its raya. Neighbor no 2 owe me a lot more than just moolah. Its the only time we can get together bermaaf-maafan coz believe it or not, no one was ever around on the first few days of Syawal!

Anyway, talk to neighbor number 1 today. She's so full of it. I hate that she's always using me n knows when i'm in no position to say NO.Geram tau. What to do.

N I'm ever so grateful for having the 2 other chinese neighbors. I invited them on Saturday, n they turn up. We talked. Get to know each other. What they're up to. Its great. Really great feeling to finally know who they really are.

So thats me for now. Till next entry.

Cheers!!

noreez™(^^,)

Thursday, October 8, 2009

Wedding

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Seperti yg aku dah janjikan kat esen/isin..ni adelah gambar nikah adik ipar aku. Setelah aku mengodek² photobucket selama beberapa minit. huhuhu..sebb kalau nk upload guna blogger ni lambat yg amat. Sudahnyer, aku give up. Dah lama dah sebenarnyer aku nk masukkan gambar ni, tp tulah..sebb yg di catat di atas. hehe

N mintak maaflah aku x jemput sesaper, bkn per..ni majlis dia kan..bg aku, majlis, nikah kawen ni, mestilah simple, x over the top dan yg paling penting, private. Bkn lah sesuatu yg kite guna utk ambik kesempatan menunjuk kemampuan kita meraikan pengantin dgn cara yg paling membazir sekali. Kalau ikutkan aku, majlis nikah kawen, hanyalah utk ahli keluarga terdekat dan kawan² rapat. X payahlah nk jemput org ternama, artis, datuk datin dr ceruk mana bagai unless dorang tu family. Yg penting pasangan pengantin diraikan secara sederhana tp puas hati. FULLSTOP. Jgn nnt, bile dah buat bagai nk rak..lepas majlis, mengumpat org tu, mengumpat org ni..pakai baju cam tah paperlah, x bg hadiah lah..org tu dpt pahala, kita dpt dosa.Puas hati?x kannnn... huhuhu..

Anyway, sebelum aku membebel lebih lanjut..silelah cuci mata ngan gambar yg x seberapa ni. Ni gambar² masa akad nikah-Masjid PJ, resepsi bride's side-Dewan Felda.



wani

akad

ring time


hantaran

wokeh...tu yg akad nikah

wokey...halfway during the process of uploading pics to photobucket , my internet die on me. thats for the thousand-th times today just so u know.

will put up some more pictures insya-allah.

enjoy!

noreez™(^^,)

where to start?

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Apa khabar u all? Hows ur Raya celebration? Puasa?

Its been a along time since my last update.

Sebelum terlambat, i'd like to wish Selamat Hari Raya Aidilfitri to all my Muslim friends, Maaf Zahir Batin. Segala kata² yg menyakitkan hati yg keluar dr mulut aku, ampun dan maaf dipinta. Halalkan makan dan minum. Terima kasih.

Okie..now, activities.
Lets start with..sebelum raya.
  • busy with my SIL's wedding-akad, receptions
  • busy with sample kuih raya(yes..thn ni aku ambik tempahan buat kuih raya)

Kalau tgkkan list tu, x der lah banyak/ panjang maner kan. Tp, usaha yg dikeluarkan utk semua tu 110% Mmg penat thp cipan puasa di bulan februari.huhuhu

paper pun, segala nya berjalan ngan lancar-Alhamdulillah.

Tempahan kuih raya pulak, x lah banyak tempahan yg diterima, tp syukur jugak ler. Well, its just the beginning kan. lagipun, masa bg sample pun dah 2-3 ari nk puasa..so kire lambat jugak, sebab, org lain hantar sample, sebulan sebelum puasa. Tp x per..thn depan, aku buatkan sample awal². No problemo.

Raya thn ni disambut dgn penuh kesederhanaan tp dgn hati , jiwa raga yg gumbira sebab kitorang balik beraya di Sarawak. lebih kurang 10 hari jugaklah kat sana. Seronok dan syukur.

Sekarang pulak, Aku n Dla, ngah sibuk buat persiapan utk open house. Hari Sabtu ni, jemputlah ke rumah kitorang. Dlm pukul 2 ptg. Nk tau alamat kat ner.. email jer aku.

tu jer lah nk citer kat korang. insya-allah, kalau berkesempatan lagi masa akan dtg, aku update lagi k.

cheers!

noreez™(^^,)

Saturday, July 4, 2009

Cuppies!!!!!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Howdy? Sehat? hehe..aku seperti biasa..alhamdulillah sihat.
Lama giler lah x update blog kesayangan aku nih. so arinih, sesambil x der bende nk buat..heheh

seperti yg dah dijanjikan..ni aku upload gambar cupcakes courtesy of Dla adik aku sempena sambutan harijadi aku bulan june yg lalu.

Sorilah kalau image x brapa nk clear.tetau jerlah camera enpon beta dah cabuk.huhuhuhu



tulisan kat cupcakes ni= Nor is 31



thats all for now. till next time.

cheers!!
noreez™(^^,)


Friday, June 12, 2009

31 y.o

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

hihi...arini June 12, adalah harijadi aku yg ke-31. hehehe

Tgh mlm semlm , adinda aku, Dla, bg cupcakes yg sangat cantik, cute, n sodap sebagai adiah arijadi thn ni.

Azlan org pertama yg wish happy birthday with some mengharukan ayat. hehehe.."Love u daddy!"
My MIL n FIL sms-ed Happy Birthday time² tu gak.
My very own mom wish me this morning.
Now my Princess, bile dia teringat jer..every other minutes keep wishing me a Happy Birthday. huhuhuhu

O..lupe lak..my youngest brother is here. Sampai from Sarawak last nite. Pick him up kat Airport n will be around for a month or so. Dia tgh cuti semester.

Dah 31 tahun aku thn ni. huhuhuhu...so last nite masa drive back to Semenyih, I told Azlan..i still feel the same. x rasa pun yg aku dah 31 thn. Dia just gelak n said something , aku x ingat. o maybe it was something about its how u view it like, is another birthday means another year, or something else. cant remember. i was having a bad headache last nite so cant remember much as i was concentrating on my headache.

Thats all for now.
Till next entry.

cheers!!
noreez™(^^,)

will upload gambar² cupcakes tu bile aku rajin sikit yek. hehehe

Wednesday, May 20, 2009

Things...

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Lama x update blog. Semenjak dua menjak ni..Meksis berokband tersangat lah menyakitkan hati. On9 sekejap² jer..kadang² baru jer connect..dah DC. sakit jiwe wooo

First n foremost, Congratulation to Hafiz AF7! Ur the MAN! Love ur voice, love ur hair eventho the hair makes u look like the fourth Jonas Brothers but who cares rite??. LoL. Congrats too pada, Aril, Akim, Yazid n Isma. Menitis jugak ler airmata aku masa diumumkan Hafiz menang.

Secondly, cheh..Dla aka adik aku, aritu telah pun belakon sebagai xtra in Farid Kamilnyer upcoming movie. Bkn xtra yg der dialog..xtra yg jadik background jer..hehehe
Anyway, we( moi, Azlan, Princess, Farah Kecik(kawan Princess)) pun ada kat set pengambaran tu jugak. This is becoz, shooting di buat kat UNIM. We saw Q Haidar-the humble, Lisa Surihani-the sweetest, Farid Kamil-the macho guy of course!, Nubhan-the...err..err..the ape ntah n Raja Farah the DIVA! So..we get to see camner shooting dijalankan n mcm maner sebenarnyer attitude pelakon² ni. Those yg dah lama belakon..dah banyak filem yg dilakonkan..mmg sangat sempoi. tp yg baru nk naik tu..PLEASE lah ubah perangai. MCM BAGUS!

Thirdly, ape lagi nk citer? Semlm hari yg menakutkan...Our Neighbour punye adik angkat "diganggu". 2 of UNIM nyer students terlibat dlm Accident. 1 fatality. To family members tu..Takziah. Bersabar banyak². I know its painful. Dont rush the recovering time. Let time heals everything for u guys.

Lastly, Aku menang! hahaha..1 of the website yg i surf kenkadang tu..masa ari Earth Hour aritu, aderlah satu game/contest. Contest tu merupakan game Lights Out. mmg x xpect main utk menang pun..aku sekadar mencarik hiburan diri jer masa tu. Then last week, i was contacted via email, to update my mailing address kat website tu, sebb aku dah menang. hahaha..lawak²

So tu jer for now. Till next entry.
Adios.

cheers!!
noreez™(^^,)

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

MyCommentStop.com is your one stop myspace resource

DI kesempatan ini aku nk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" pada semua ibu² di mana saja berada terutama sekali to my Mom yg jauh dimata dekat dihati. Ucapan Hari Ibu ini jugak aku tujukan buat wanita² yg x der anak tp ader anak² saudara x kire arr kalau korang dah kawen ker..bujang lagi ker..yg penting korang der anak sedara. Yelah..ibu lah jugak kan. hehe

RICHER THAN GOLD

You may have tangible wealth untold;
Caskets of jewels and coffers of gold.
Richer than I you can never be --
I had a mother who read to me.

-- Strickland Gillilan (1869-1954)

WONDERFUL MOTHER

God made a wonderful mother,
A mother who never grows old;
He made her smile of the sunshine,
And He moulded her heart of pure gold;
In her eyes He placed bright shining stars,
In her cheeks fair roses you see;
God made a wonderful mother,
And He gave that dear mother to me.

--Pat O'Reilly

"God could not be everywhere and therefore he made mothers."

-- Jewish proverb

MyCommentStop.com is your one stop myspace resource


Till next time.

cheers!!
noreez™(^^,)