Harini, saya telah berjanji pada diri saya sendiri untuk buat lebih post utk blog saya ni berbanding tahun lepas. so chaiyok².
Sebelum saya teruskan dgn bercerita lebih panjang lebar tentang tajuk di atas, saya nk tanya, apa khabar semua? Saya dan keluarga, sihat Alhamdulillah.
Berkenaan tajuk entry harini, Spell-It-Right, minggu lepas, hari Sabtu, telah diadakan pertandingan tersebut dan kami anak beranak bersama² seorang kawan baik anakanda telah pergi dan menyaksikannya. Bkn apa nk pergi tgk, anakanda telah menyertai pertandingan tersebut.
Kisahnya bermula begini, bulan lepas, kitorang dah dengar pasal pertandingan Spell-It-Right ni, so adik saya, dah pergi beli newspaper NST dan suruh saya isikan. Dia kata, nnt dia tlg faxkan. So mlm tu, isi lah borang penyertaan tu dgn harapan dapatlah anakanda terpilih untuk menyertainya. Lama jugak saya tunggu jawapan dr pihak yg menganjurkan sehingga terpaksa memujuk anakanda bahawa dia x terpilih & not to worry. Its probably there's too many people have already entered the competition. So, kami semua dah kira cam, x kisah lah. Alih² minggu lepas, hari Khamis, saya dapat panggilan telefon dr pihak penganjur, bertanyakan email address saya & org tu bgtau yg the event will be held on Saturday. WHAT?? in a matter of 2 days, we have to get our daughter ready for the biggest spelling competition in Malaysia and we're not even sure if she will be selected in the first place. Saya rasa, itulah hari yg sangat2 mengujakan. Terus call encik suami mintak tlg print out email tu. Lepas tu masa ambik anakanda balik dr skolah, terus gi jumpa cikgu English dia, mintak tlg coach anakanda di sekolah the next day.
Hari Khamis tu, anakanda balik jer dr skolah, terus practice dgn dictionary. Alhamdulillah, we have 1 of many dictionary yg akan digunakan utk pertandingan tersebut. Ours is Cambridge Advance Learner 3rd Edition. So ke hulu ke hilir la dgn dictionary. The next day, kat skolah, her english teacher only coach them(anakanda & another boy) for half an hour. Balik rumah, lepas mkn, terus proceed practice spelling lagi.
Come Saturday. Anak beranak bangun before 6 to get ready. Siap saya masakkan bihun goreng for breakfast. Yelah, kena la bangun awal. Semenyih ke Tropicana Mall tu bkn dekat. Nak² kalau jalan sesak. We dare not take the risk to be stuck in traffic, so by 7, we left the house. Picked her bestfriend up and we're on our way. Reached tropicana mall before 8. Masa sampai tu, ramai jugak parents, teachers and students yg dah sampai. Masing² dgn segala macam cara untuk menghadapi pertandingan tu. Selesai pendaftaran, terus cari tempat duduk. Tunggu punya tunggu, lebih kurang pukul 10 barulah nak mula.
Masa anakanda kat atas stage tu, sayalah yg paling nervous. Siap menggigil jari ni. Alhamdulillah, lepas pusingan pertama dan kedua. anakanda telah berjaya terpilih sebagai finalist. Throughout the whole thing tu, terkeluar lah perkataan² yg x pernah didengar walaupun saya ni bolehlah dikira banyak jugak membaca. Nasib x menyebelahi anakanda, dia tersingkir di pusingan kedua final. Kitorang kira² dia no 7. Alhamdulillah la jugak. Dgn masa yg terhad untuk berlatih berbanding skolah² lain. Ini dikira sudah cukup baik bg kami sekeluarga. Anakanda dpt RM100 sebagai hadiah saguhati.
Inilah satu² pengalaman yg x mungkin kami akan lupakan seumur hidup. Dan tahun depan , Insha-Allah dipanjangkan usia, kami akan dtg lagi. =D
Cheers!

No comments:
Post a Comment