Selamat Hari Guru kepada semua guru di mana saja berada. X kira lah anda bekas guru, guru sementara atau guru ganti. Hari Guru merupakan hari yg memperingati jasa guru² di seluruh dunia. Setiap tahun tanggal 16 Mei, sambutan Hari Guru telah diadakan di setiap sekolah di seluruh Malaysia cuma mungkin lambat sehari dua dr tarikh tersebut bergantung pada sekolah masing².
Gambar di atas ni, adalah hadiah yang kami sediakan untuk guru² yang mengajar anakanda pada tahun ini. Tiada apa yang istimewa cuma ingatan tulus ikhlas sebagai tanda terima kasih yang x terhingga kerana telah membantu, memberi tunjuk ajar dan yang penting, mencurahkan ilmu yang x ternilai harganya. Ini cuma "a small token of appreciation" jika dibandingkan dgn apa yg telah diberikan kepada anakanda kami. We only hope that they enjoy the cake.
Satu lagi gambar cake saya x tunjukkan kat sini sebab decorationnya amat comot. It's a Vegan cake specially for guru² yg vegetarian.
Untuk guru² yg pernah mengajar saya masa di Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah & lecturers di ITM, Terima kasih yang x terhingga saya ucapkan. Semoga guru² ini sentiasa dalam lindungan Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik sampai bila².Amin.
Cheers!

No comments:
Post a Comment