Lama x berblog. Rindu nk menulis tp cam biasa, bila bukak jer blog.. semua idea hilang. hehe
Apa khabar u guys? Well, I hope.
Saya dan keluarga, sihat semuanya.
Kali ni untuk setelah beberapa lama saya x ber-blog, saya nk cerita pasal senario politik di negara kita.
Saya ni nk kata ambil tahu sangat pasal dunia politik di Malaysia ni, x de lah. Tp terkadang tu, bila dah keluar suratkhaar dan tv, secara x langsungnya, saya tahu lah sikit². X pandai pun nk komen pasal hal² tersebut. Tp x pandai bukan bermakna saya x punya suara atau perasaan tentang hal² tu.
Saya ni nk kata ambil tahu sangat pasal dunia politik di Malaysia ni, x de lah. Tp terkadang tu, bila dah keluar suratkhaar dan tv, secara x langsungnya, saya tahu lah sikit². X pandai pun nk komen pasal hal² tersebut. Tp x pandai bukan bermakna saya x punya suara atau perasaan tentang hal² tu.
Saya nk advise la, kalau ada org yg berada di dalam atau menyokong pihak pembangkang , sila jangan baca. Sebabnya, saya kenal diri saya, so kebarangkalian untuk saya terover emosional tu adalah sangat tinggi. Saya bukan menulis untuk menyenangkan hati orang lain, ini cuma luahan perasaan saya. Anda x suka, saya x kisah.
Dah lama saya perhatikan segelintir teman² lama, kenalan baru saya yang sangat berminat dgn keadaan politik di negara kita ni. Bagusla macam tu. Nampaknya, peka dgn apa yg sudah berlaku dan bakal berlaku. Alhamdulillah.
Tp, yang x seronoknya adalah, apabila dah terlebih ambil tahu tu, jadi taksub atau obses. Apabila sudah terlalu taksub ni, makanya, semuanya jadi x betul pada pandangan mata mereka, especially pihak pembangkang. Dan, semua yg salah, walaupun benda tersebut berlaku di depan mata sendiri, ia akan secara automatik menjadi betul. Taksub punya pasal.
Tuhan anugerahkan kita dgn akal fikiran, gunakan lah dgn betul. Boleh x kalau kita berfikir secara rasional sebelum kita keluarkan statement yg boleh menyebabkan kita kelihatan begitu BANGANG di mata semua orang. Tiada siapa pun yg sempurna di dalam dunia ni, tp apabila ketaksuban telah mengaburi mata, semuanya menjadi terlalu sempurna. Subhanallah.
Saya mengaku, sejak dari dulu, kini dan selamanya, Insha-Allah, saya adalah penyokong setia BN. Saya x malu. Buat apa nak malu? Andai kata seorang pemimpin yg membuat tindakan yang x betul, x per, dia x sempurna, saya lagilah x sempurna, setiap orang pernah melakukan kesalahan dlm hidup. Saya juga fikir, sejak kecil, saya dan keluarga hidup di bawah pemerintahan Kerajaan BN. Saya hidup dgn aman, sentosa. Saya ke sekolah yg di biayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ayah saya berkerja dgn kerajaan. Hasil itu, menyara kehidupan kami sekeluarga. Walaupun x mewah, tp rasa bersyukur tu tetap ada.
Dulu bila kerajaan dok tlg negara luar, bg bantuan kewangan and such, semua org cemuh, di Malaysia lagi ramai org yg susah , x de sapa nk tlg pun. So bila baru² ni, kerajaan bg Bantuan Rakyat 1Malaysia, kerajaan dikatakan menggunakan kaedah itu utk me"rasuah" rakyat. Yg kelakarnya, org yg menyokong kenyataan rasuah itu pun ikut beratur panjang dan cekik sama bantuan tu. Hahah. Muka lu letak mana der masa ambik duit bantuan tu? Akai ada? X kira yg dulunya bekerja dgn kerajaan then bila dah pencen, terus bertukar arah menyokong pembangkang. X salah. Masing² punya hak. Tp, pelik jugak ye, dpt pencen dr kerajaan tu cekik jugak. Lagilah bangang.
Anak² yg membesar dgn duit kerajaan, yg belajar dgn duit kerajaan a.k.a PTPTN, adoila korang, masa sebelum dpt PINJAMAN tu, kemain lagi. Bila dah dapat, korang dah habiskan dgn beli handphone baru, baju baru, kasut, seluar bagai, time nk bayar balik, terus korang join parti pembangkang yg mengutuk kaedah PTPTN tu. Maknanya, kalau boleh, pinjam x yah bayar balik. Nama pun PINJAMAN. Bayar la balik. Kalau sorang pinjam contohnya dlm 10 ribu( maaf saya x tau berapa nilai pinjaman ni sbb saya x pernah buat pinjaman ni) 10 org dah berapa banyak dah tu. Ambik kalkulator dan kira sendiri. Itu baru 10 orang, kalau dah 100 ribu org?? Semua x nak bayar balik.. habis, anak cucu kita yg nk guna pinjaman yg sama mcm mana? duit dah x de sbb semua yg pinjam sebelum ni x nak bayar. Dlm Islam pun mewajibkan kita membayar balik hutang yg dibuat. So kalau terma PTPTN adalah PINJAMAN, maka, org yg menerima pinjaman tersebut adalah penghutang.
Sedar² lah wahai rakyat yg x tahu di untung ni, semua yg kita ada, kalau tiada asas parti yg kuat, tidak akan ada kereta yg bergerak, tidak akan ada minuman atau kuih² yg murah, makanan yg sedap dan murah tu. Yelah, minyak, petrol, gula, semua tu subsidi tu. Mmg kita boleh beli kalau mahal skali pun, tp selama mana kita nk mampu beli kalau semuanya bkn subsidi kerajaan. Kerajaan tlg mempermudahkan kehidupan kita sejak dulu lagi, tp semakin ramai "cerdik pandai" yg mengaku cerdik ni, semakin terhimpit kehidupan. Kenapa nk susah bila dah senang? Budi yg ditabur oleh kerajaan kepada rakyatnya mmg x terhingga dan x terbalas. Mana pergi nya peribahasa Melayu, "Hutang emas bawa belayar, hutang budi di bawa mati"?? Bak kata Nabil, Lu pikirlah sendiri!
Sekian.
cheers!
1 comment:
Way to go!
Post a Comment