Monday, May 6, 2013

Salam

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer..

Laaaamaaaaa gilaaaaaaaa saya x update. Seolah2 saya lupa pada kewujudan blog ini. Saya x lupa.. saya ingat. Cuma saya kurang rajin menaip sahaja. Ada banyak benda yg saya mau ceritakan, tp, seperti yg saya ckp tadi, saya kurang rajin.

Salah satu peristiwa penting yg berlaku dlm kehidupan kami sekeluarga pd permulaan tahun ini adalah, Anakanda yg tercinta telah mendapat tawaran belajar di MRSM Batu Pahat Johor. Anakanda ditawarkan mengikuti program IGCSE-International General Certificate of Secondary Education. Bg sesiapa yg x tau atau kurang tau tentang IGCSE tu, ianya adalah Program Cambridge O Level yg ditawarkan di sesetengah MRSM di Malaysia. Batu Pahat adalah salah satu Maktab yg menawarkan program tersebut. Mmg selepas keputusan UPSR, anakanda apply program ini dan selepas proses temuduga dan exam yg dijalankan di beberapa MRSM, Alhamdulillah, anakanda terpilih. Maka, dgn linangan air mata, saya dan encik suami hantarkan juga anakanda ke Batu Pahat.

Ramai juga yg kata, anak seorang pun sampai hati nk di hantar jauh2.. hantarkan ke skolah biasa sudahlah. Bila sudah habis skolah nnt, barulah hantarkan jauh2. Itu kata orang. Berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul. Anak saya. Anak saya seorang sahaja. Siapa kata saya sampai hati? Siapa kata saya seksa anak saya? Ini semua berlaku dan kami izinkan berlaku untuk masa depan anakanda. Semasa di sekolah rendah lagi.. saya mmg berhajat untuk anakanda dpt pergi belajar ke sekolah yg terbaik. Saya mau dia ke sekolah premier. Saya mau dia belajar dan membesar di dalam persekitaran yg saya sendiri x mampu untuk lalui semasa saya usai skolah rendah dahulu. Ini pilihan terbaik. Ini tawaran terbaik. Ini jalan terbaik yg Allah sediakan untuk anakanda kami. Syukur yg kami panjatkan. Alhamdulillah, x sampai sebulan, anakanda text saya, katanya mahu berubah. Berlinangan air mata saya. Anakanda mula pakai tudung. Keluar rumah berbaju menutup aurat. Apalagi yg perlu saya katakan? Saya dan encik suami sangat2 bersyukur ke hadrat Illahi. Kami sendiri perlu diperbaiki. Tapi tuhan beri hidayahnya pada anakanda. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sekarang sudah masuk bulan yg ke 4 anakanda di sana. Kerap juga kami berulang ke Batu Pahat. Pencapaian anakanda mmg x boleh kami sangkal. Dia sememangnya anak yg bijak. Selepas Ujian Selaras 1, anakanda mendapat ranking ke-2 bg keseluruhan tingkatan 1. Masuk Ujian Selaras 2, keputusan menurun.. setiap mlm bila bicara tentang results, anakanda menangis. Ibu mana yg tahan bila anaknya menangis dan dia tiada di sisi untuk menenangkannya? Saya kuatkan semangat. Saya pujuk dia. Bukan lah teruk mana pun menurunnya keputusan dia.. gred masih lagi A, cuma contohnya: drpd 98 dia dpt 86. Itu sahaja. Anakanda seorang yg competitive when it comes to study. Itu kami tau sejak dulu lagi. Anakanda pernah "break down" satu mlm 2 bln lepas kalau x silap saya. Dia tertekan sbb terlalu banyak yg perlu dia lakukan. Saya x tahan bila dia menangis. Saya jadi marah. Bukan marah pada dia. Marah pada diri saya sendiri. Saya tiada di sisinya untuk peluk dan tenangkan dia. Sesungguhnya, Allah saja yg tau setiap kali anakanda menangis, saya mau berlari ke Batu Pahat. Itu Fakta!

Apapun, saya tau anakanda saya seorang yg sangat kuat. Bkn dr segi physical, tp dr segi psychology-nya. Emosi-nya. Dia memang kuat. Ketabahannya melalui setiap dugaan dan ujian yg dilemparkan sangat2 kami banggakan.

Itu kisah awal tahun ini. We're adapting well to this. It's strange sometimes, but adaptable.



No comments: