Wednesday, March 10, 2010

Harini dan Semalam

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer....

sehat? x sehat? ada aku kesah? muahahaha..kejam betul..kalau x sihat..rehat²kanlah diri anda. Jgn nnt melarat jadik sakit len plak kan. Betul x? hehe

Last nite bersembang ngan ♥ sampai kol 1 lebih pg. Adalah berita yg best.. n ada jugak yg x best. Kesian kat ♥ sbb org len, dia jugak kena buat semua keje.. org tu lak..sedap² tdo kat rumah. Kenaper eh, susah sgt ker nk jlnkan amanah yg org bg utk kesenangan masa dpn diri sendiri tu? Aku x faham. Dgn kisah masalah sosial famili dia dah satu hal. X kan lah selama² nyer org nk bg peluang kalau diri sendiri tu x nk berubah ke arah yg lebih baik kan. Suka ambik kesempatan atas kebaikkan dan rasa timbang rasa org lain. Jgnlah mcm tu. Masa x dpt keje tu dulu nk sangat. Dah org bg, buat hampeh plak.sebulan dua jer ok..lps tu sumer &hearts nk kena buat sendiri, mampos lah. Kalau mcm tu, buat aper ko diambik bekerje dulu kalau at the end of the day, ♥ jugak yg nk kena buat sumer keje ko?Lagi satu ko suke "taichi" aper pekdah "taichi²" ni? utk menyelamatkan ur own ass? Terok betul la perilaku ko nikan.

Tu berita x best. Berita best lak..Biarlah Rahsia bak kata tajuk lagu Datuk Siti. hehehe

Anyway, till next entry.
adios amigos!
noreez™(^^,)

Tuesday, March 9, 2010

Apa Punya Turr!!

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer....

harini tadi berjalan seperti biasa. lancar. ptg td lps adinda balik dr keje, dia dan Ipin hangkut aku ngan Princess ke PJ. Kesahnyer bahan² aku nk buat hantaran utk makcik di Penang x cukup..so kena gi replenish lah. heheh

Alang² dah ke PJ, singgah ke rumah MIL skali. Nk ambik kotak jam, baju melayu dan kain songket utk di gubah nnt. Sesampai jer, MIL pun busy lah call org yg bertanggung jawab utk supply Pulut Kuning. Apadaa org tu, tau dia kater aper..." Haaa..saya x leh masak lah pulut kuning pasai abang saya nk mai dok sini. Saya ingat hari khamis la baru nk habaq kat cik ct pasal tu." we were like...HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA????? aper punyer org lah mcm ni. First of all, akad nikah, hari Sabtu. so dah tentu barang² hantaran kena siap n complete by saturday morning to be safe. paling lewat pun by saturday afternoon. Boleh dia kater hari khamis baru dia nk gitau yg dia x leh nk buat pulut kuning tu. hampeh betul lah! Klau hari khamis baru nk bgtau, masa bila yg nk sempat carik org len utk buatkan pulut kuning, hias bagai?? suke suki hati mak pak dia jer kan.

So, utk mengcover ketiadaan pulut kuning tu, kitorang pun dok lah fikir , aper nk ganti kan ngan pulut kuning? makanan lagi ker? coklat dah ader, cake, fruits, n cookies. dah der 4. kalau nk bg mknn lagi kang, cam x der idea lak. MIL lak ckp..what about sejadah? Bkn x leh bg sejadah, skang ni dah hari selasa mlm rabu. Maner nk sempat gi carik sejadah yg samer kaler theme ngan barang² lain. lagipun, saper yg der masa nk gi carik sumer..chek x dak kreta. kalau chek ada kreta, senang gak lah chek nk pi carik. So, kesudahannya, kitorang agree to tambahkan tuala jer. sbb tuala baru yg sama theme color ngan hantaran lain, dah der dan x pakai lagi kat umah MIL tu. So esok, insya-allah, kalau x kebuntuan idea, mungkin leh siap kan sumernyer. cuma nk tunggu dan lihat, cake, dan jugak bakul buah²an jer biler sampai ke Penang nnt.

So..chaiyok² utk diri sendirik! hehehe

cheers!!
noreez™(^^,)

Oh yer.. luper nk bagitau korang.. Ayahanda Lizzee telah kembali ke rahmatullah pada hari rabu minggu lepas. Doakan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang² yang beriman hendaknya. Amin.
Semoga, ahli keluarga Allahyarham di beri ketenangan dan redha dgn pemergiannya itu. Amin.

Idiot-ism

Assalamualaikum n Salam sejahtera sumer...

Pekabor sumer..ada baik? x baik kalu, sile jgn dok lelamer dpn pc.sile bangkit dr tempat dudok anda dan gilah berehat atau makang ubat.

Kali ni, nk citer pasal perangai/sikap manusia.

Dalam dunia ni, macam² perangai/sikap manusia yg kiter leh jumpe, tgk setiap hari. Tp rasenyer yg paling kerap kiter jumpe adalah perangai bangang atau secara politenyer dipanggil BANGANG! huhuhuhu
Perangai bangang ni pulak terbahagi kepada beberaper kategori iaitu, bangang nak mampos, bangang x nak mampos lagi dan bangang kecik² x nk mampos dah besar nyusahkan orang.

Bangang nak mampos ni, contohnyer..bolehlah dilihat disekeliling kiter yer tuan² dan puan². Almaklumlah, kalau x der kategori bangang nk mampos ni, manerlah nk menjadik dunia ni.Ok. Bangang nk mampos ni selalunyer dikaitkan ngan orang yang kurang keupayaan untuk berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan. Contohnyer, menaip status kat YM/FB/Twitter yg maner konon² nyer dialah manusia yg paling bagus/pandai/up-to-date sedangkan aper yg ditaip itu, adalah sah² salah. Aper yg sentiasa menimbulkan kekonfiusan aku, kenaper, manusia ni, x google dulu aper yg dia nk type kan tu? Bkn aper, just in case. Kalau betul, baguslah, kalau salah..kan ker bangang namanyer tu.

Bangang x nk mampos pulak adalah, kes yg agak kerap jugak kiter jumper atau lihat.. Kategori ni selalunyer terjadi apabila, orang berkenaan suke menjaga tepi kain orang lain.kebiasaan-nyerlah. dan manusia ni jugak fikir bahawasanya dialah yang paling penting x kire di mana dia berada, kirenyer dia suke menjadik center of attention lah katakan. Hatta akan terkuar citer² yang x sedap di dengar dr mulut manusia ni. Semata² menginginkan perhatian dari ramai pihak. Kisah benar, Sabtu lalu, kitorang ke skolah Princess untuk aktiviti Kelas Kondusif. adalah seorang hamba Allah ni, yg mula² bising yg dialah yg kemas kelas tu, dan cekgu sebelah pagi just buat bodoh sahaja. Then dia mula bercerita tentang kebusy-an diri dia dgn tugas² yg diberikan oleh skolah tu pada dia. FYI, hamba allah ni baru jer berpindah ke skolah ni. Tiba² apabila semua orang mula x beri perhatian pada dia, dia mula plak citer pasal salah sorang cekgu kat skolah tu nk bercerai sbb tugas terlampau banyak kat skolah n husband cekgu tu x suke ngan kerje² cekgu tu yg terlampau banyak. Apadaaaa. Sungguh x profesional. Niat nk menjalankan tugas pun agaknyer sbb nk keje dan dpt gaji jer kot. Sbb tu asek mengungkit kegiatan kat skolah lama yg dia kuarkan duit sebanyak 2 hatus utk kelas. x ikhlas ler tu.

Kategori yg seterusnyer..adalah kategori bangang kecik² x nk mampos dah besar nyusahkan orang.Ini kategori paling bangang skali di dlm kumpulan bangang. Kumpulan primat ini, suke berlagak dan cakap besar tetapi satu sen pun x leh pakai. Contoh perbuatan bangang kecik² x nk mampos dah besar nyusah orang ni adalah, mencurik bil elektrik, bil broadband dan surat menyurat orang lain dgn harapan boleh memalukan orang tersebut. X bangang namanyer tu? Kalau dia x bangang...dah tentu dia fikir kan.."oh..kalau aku curik skali pun, org ni kan ker ader internet kat umah dia, dah sah² org ni boleh cek bil api dan broadband dia secara online sahaja. Agak membuang masa lah kalau aku curik bil² dia nih." tu kalau dia x bangang ler. tp, aper boleh buat..manusia ni mmg bangang.

So sekian sajerlah tesis aku tentang perangai bangang ni.

Till next entry,
Aku yang BENGANG!

*DISCLAIMER*
Kesemua contoh² yg diberikan tadi, x der kena mengena dgn org² yg rapat ngan aku atau "pernah" rapat ngan aku.

Wednesday, March 3, 2010

Hidup Ini...

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

Lama x update kan. Skang tgh busy buat hantaran utk makcik yg nk melangsungkan perkahwinan bulan 3 ni nnt. Ader masa free pulak, aku ber fesbuk. Biasalah..aku skang kan ker "keje" fulltime ngan fesbuk. ehehe

Harini, aktiviti seperti biasalah. Bangun tido, siapkan princess ke skolah. Buat breakfast, siapkan bekalan air dia, baju skolah dia n tunggu van dia sampai, then naik ke rumah balik langsung ke fesbuk terus. X lah terus-terus tp lepas sarap scramble eggs dan toast ler..kopi x ketinggalan hehe.

Tgh hari, tunggu princess balik dr skolah n seperti aku sedia maklum, setiap hari rabu adalah hari kegiatan ko-kurikulum kat skolah princess..cuma sebelum ni x berjalan seperti yg sepatutnyer sebab ader aktiviti sukan tahunan. So dah lepas sukan ni, start lah kegiatan ko-kurikulum tu. Princess aritu masa memula start skolah, dia apply nk join Persatuan Pengakap, tp sbb dah penuh, so cikgu dia masukkan dia lam Persatuan Tunas Puteri. ahaks! cam tetau jer cikgu tu anak aku Princess.. hahaha!
Disebabkan Puan Transporter x leh nk hantar students utk kegiatan ko-kurikulum, so kenalah aku menapak bersama princess ke skolah tgh ari td. kire² dlm jam 2:45 ptg. Sampai ke skolah, aku teruskan perjalanan ke kedai menjual bahan² utk buat hantaran sbb nk cairk manik dan toolbox kat hardware store. Jauh jugaklah jarak perjalanan aku.
Dah beli sumer tu aku balik semula ke shades tempat tunggu princess. Sampai² jer, ader sorang kakak ni tegur aku. " dr maner dik?" akupun xplain ler, aku baru balik dr kedai hardware beli toolbox. then duduk sebelah dia, sembang² lah. aku tanyer dia, "akak x keje ker?" dia pun ckp kater dia x keje, dia sakit. aku tanyer lak, sakit aper? dia kater, sakit no 1 kat dunia ni. Sakit aper yer? sakit jantung? Bukan..dia der cancer pangkal rahim!!! terkejut gak aku. dah 2 thn dia kene cancer tu. kesian sungguh aku dengar citer dia. Maka bermulalah sessi menangis kat shades tempat tunggu anak, antara aku ngan kakak tu.
sedih lah kan. Baru beberapa hari yg lalu aku dpt tau yg ayahanda kepada adik cyber aku, kene barah paru², ni kakak yg aku baru jumpe ni plak adalah seorang pesakit cancer. sedih bangat! Aku sembang² ngan dia. N aper yg sedih sgt, masa aku nk balik tu, kakak tu peluk aku. ntah ler..rasa hiba sesangat. first time jumpe, tp dah rase cam lama kenal.

tulah kan, hidup kite ni, kite cuma mampu rancang jer..ketentuannyer, hanya Allah yg tahu.
Aku ingat lagi kater² Muvin dulu, "Long, sabar yer long. Hanya Insan² yg terpilih sahaja yang akan menerima dugaan berat dr tuhan." aku ckp mcm tu kat Kakak tu tadi. Dia tanyer aku balik, kenaper dugaan ni yg maha berat? aku x leh jawab. tu sumer urusan tuhan.kite punyer pilihan, bile di turunkan dugaan dan ujian ni, adakah kite akan lupekan Dia? atau kite kembali ke jalan-Nya. Memohon di permudahkan segala perjalanan dlm menempuh ujian ni. Lebih mendekatkan diri pada-Nya yang Maha Mengasihi. aku tau, Allah x akan menduga hambanya, lebih dr kemampuan hamba itu mampu tanggung. dan aku jugak tau, setiap kejadian, ada hikmah di sebaliknya. Hikmah² terindah akan Allah tunjukkan pada kita usainya dugaan dan ujian itu. Insya-Allah.

Aku doakan, semoga kakak tu, temui ketenangan jiwa dan minda. Pasrah terima ketentuan dr Allah. Aku doakan jugak segala yang terbaik buat kakak tu dan jugak ayahanda Lizz.

" Ya Allah, berilah ketenangan jiwa dan minda mereka. Permudahkan perjalanan hidup mereka. Berikan mereka petunjuk agar tabah mereka lalui hari² mendatang. Sesungguhnya hanya diri-Mu Ya Allah, yang maha mengetahui lagi maha mengasihi. Amin amin, ya rabbal alamin."

sama² lah kita doakan mereka ni..

ikhlas
noreez™

Wednesday, February 3, 2010

Princess o Princess

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...

WOW! Lamer gak dah x update blog eh. Kenaper lamer x update? aku x busy.. aku free jer sebenarnyer..cuma mungkin x der idea nk menaip. Sebelum bukak blog, idea berlambak, bile dah sampai ke blog aku, ilang terus, kering kontang, kosong mosong..hahaha..probably x tau camner nk mulekan cerita yg nk di kongsi agaknyer..

Dah lamer x story pasal princess. Arini nk share sikit perihal princess kesayangan beta itu. Pada sesaper yg kenal princess, yg pernah sembang ngan dia, yg pernah jumpe dia mungkin dah sedia maklum yg princess agak kurang fasih berbahasa Melayu. yer² beta tau, sumer salah beta.hehehe. sejak boleh bercakap lagi beta sogok ngan bahasa inggeris.Bercakap kat rumah, buku² tv programmes n what not, sumernyer bkn lam bahasa ibunda.

Thn ni, princess dah darjah 4. Kejap jer kan..pejam celik, pejam celik dah nk masok 10 thn dah umor anakanda beta tu. Ok..thn ni princess skolah sessi pagi. memula tu payah jugaklah nk get our body clock to adjust to (very)early morning get-ups tp now, alhamdulillah, dah beransur ok. Disebabkan dah darjah 4, maka bermulalah latihan Karangan dlm bahasa melayu kat skolah dia. Knowing that she's not that ok in BM, we tried so many methods to get her to write something in bahasa melayu. Everything agak menghampakan.Mmg dia jadik "lembik" bile nk kena buat karangan. Bile dah start letak kepala kat meja tu, pepaham lah kan. huhuhu

Dia "agak" faham BM, dia "agak"boleh menulis/menaip tp nk buat karangan mmg payah for her. mula² tu, dekat nk 4 jam lebih jugak lah utk dia menyiapkan 1 karangan sepanjang 80 pth perkataan. I was like"whoa!! lamer giler!" tp nk wat camner..nk dia keluarkan ayat² sendiri, so terpaksa terima kenyataan yg dia kena ambik masa yg agak lama utk mem-finish-kan karangan tu. Actually cikgu dia masa darjah 3 dulupernah mention pasal ni. Dia kurang faham maksud perkataan, hence, dia x boleh nk buat ayat.

So last week, we decided to get her buku cerita berbahasa melayu. her first BM story book. (Mind u yg princess ni mmg suke membaca. So kire x der hallah.) At the same time, she noticed Archie Comics. So dia ambik 2 of those. sampai² kat rumah, dia dah nk start baca archie. Aku pun, pelagi, dgn muka yg garang, told her to finish off her buku cerita BM before dia mula baca archie. So first nite, she told us, that buku cerita tu menakutkan dia. its not a horor novel tau, just a mystery novels. agak² ni alasan dia lah kan.

Yesterday dia balik dr skolah, told me that kawan dia pun baca buku yg sama. huhuhu. terus habis dia baca buku yg first tu. now dah start on the 2nd one. Then today, dia habiskan karangan dlm masa 2 jam lebih..satu pencapaian yg agak memberangsangkan!

Hopefully, lepas ni blh kurangkan lagi masa yg dia perlu ambik utk siapkan 1 karangan. Insya-Allah. First time tgk princess struggle dlm study. N aku sgt² risau lah kan. bkn aper, Bahasa Melayu tu penting. Sebagai anak melayu, aku nk anak aku boleh berbahasa ibunda ni dgn fasih dan baik skali. X nk dia terpaksa dimasukkan ke International school semata² nk sedapkan ati sendiri dgn kelemahan dia.


Nilah antara contoh² buku yg kitorang beli utk princess.(gambar cilok dr blog org)


p/s*Ada sesaper yg ader idea yg lagi bernas nk share..please jgn segan silu, tinggal jer romen komen .

Till next entry!

cheers!!

noreez™(^^,)

oh ya..feast ur eyes people! its my first ever confession of being wrong towards my dear princess upbringing! don't get used to it.hahah!