Friday, December 5, 2008

Melalut..

Assalamualaikum n salam sejahtera sumer...



Dah beberapa hari aku menyepikan diri dr blog nih.. x der paper..cuma terase diri aku tersangat malas nak menaip walaupun aku dah der beberapa perkara yg sedang bermain kat kepala hutak aku nih. Memang aku nak share ngan korang sumer..tapi aku x tau camner nk ceritakan. heheh

Sebelum aku start membebel about perkara² lain..first n foremost, aku nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di mana saja korang berada. Semoga setiap pengorbanan yang kita dah atau bakal lakukan , kita dapat pengajaran darinya.Amin.

Mcm maner ngan suasana raya korang? Aku n princess n Azlan n Cik Dla(bukan nama sebenar-wakakaka) x buat apa² yg special. Kitorang habiskan Raya haji this year dengan bermain pc game. huhuhuhu..game Saints & Sinners Bowling. sungguh syok bermain game itu. huahuahua.

Aku sebenarnya, tgh mengantuk giler nih. Walaupun baru pukul 7:20 ptg, tp akunyer mata, dah almost x leh nk bukak. Ni aku menaip ni pun pakai kaki kucing aku. Aku soh dia taipkan aper yg aku cakap kan nih. Kucing saya sangatlah bijak pandai seperti Einstein. Mungkin saya sepatutnya menamakan kucing saya Einstein instead. Tapi nama Binky itu juga sudah ok walaupun kadang² dia menoleh kalau dipanggil dengan panggilan "CAT". Owh..kucing saya jugak cuma bleh memahami bahasa inggeris. Dia x faham jikalau saya panggil dia dalam bahasa Jawa atau Jepon. Ini kerana saya bukanlah orang Jawa atau Jepon. Infact, saya juga bukan orang puteh walaupun kulit saya agak cerah. Kucing saya jugak sangat mengada-ngada.

OOOOOOOOOOORAAAAAAAIIIIIIITTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!
Adeh. Sengal betullah... x..bukan otak aku sengal..tulang jari aku yg sengal.muakakakakaka
ok lah korang. Lenkali citer lagi. Aku nk berketiduran dah ni.

Till next entry.
cheers!!

noreez™

No comments: